Tarikh dan Niat Puasa Sunat, Puasa Tarwiyah, Puasa Arafah Bulan Zulhijjah
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia telah mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada 20 Jun 2023 Masihi. Dengan itu, Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban/ Hari Raya Aidiladha/ Hari Raya Haji pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi bersamaan 10 Zulhijah 1444H.
Bulan Zulhijjah merupakan salah satu bulan istimewa bagi umat Islam kerana rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan ibadah haji dilakukan pada bulan ini. Ia juga dikenali sebagai bulan haram iaitu diharamkan untuk berperang kerana dianggap sebagai bulan yang suci.

Daripada Abi Bakrah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
الزَّمَانُ قَدْ اِسْتَدَارَ كَهِيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، السَّنَةُ اِثْنَا عَشَرَ شَهْرًا، مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ: ذُو الْقَعِدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالمُحَرَّمُ، وَرَجَبُ مُضُرٌّ، الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
Maksudnya :
“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadil Akhir dan Syaaban.” —HR al-Bukhari, hadis sahih
Sesungguhnya Allah SWT bersumpah dengan 10 malam terawal Zulhijjah dengan berfirman:
وَالْفَجْرِ ﴿١﴾ وَلَيَالٍ عَشْرٍ ﴿٢﴾
Daripada Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda :
مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ، قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ؟ قَالَ: وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ
Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini iaitu Baginda memasukkan 10 hari terawal Zulhijjah. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?” Baginda bersabda, “Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”—HR al-Bukhari, hadis sahih

Berdasarkan kepada firman Allah SWT dan hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa kita seharusnya mengambil kesempatan dan peluang yang diberikan agar keistimewaan pada bulan Zulhijjah ini dapat kita nikmati dengan sebaiknya.
10 hari pertama bulan Zulhijjah, hari yang lebih baik dari jihad
1. 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
Sabda Rasulullah :
مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامِ الْعَشْرِ أَفْضَلَ مِنَ الْعَمَلِ فِي هَذِهِ ”. قَالُوا وَلاَ الْجِهَادُ قَالَ ” وَلاَ الْجِهَادُ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَىْءٍ ”.
Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya : Walaupun Jihad? Baginda menjawab : Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.—HR al-Bukhari

2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar :
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.—Fath al-Bari

3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah :
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah.—Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287

5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” —HR al-Tabrani

Umat Islam dianjurkan berpuasa sunat pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Puasa sunat Zulhijjah 1444H mulai hari Selasa, 20 Jun sehingga hari Isnin, 26 Jun 2023.
Tarikh puasa Sunat 1-9 Zulhijjah
1 Zulhijjah = Selasa, 20.06.2023
2 Zulhijjah = Rabu, 21.06.2023
3 Zulhijjah = Khamis, 22.06.2023
4 Zulhijjah = Jumaat, 23.06.2023
5 Zulhijjah = Sabtu, 24.06.2023
6 Zulhijjah = Ahad, 25.06.2023
7 Zulhijjah = Isnin, 26.06.2023
8 Zulhijjah = Selasa, 27.06.2023
9 Zulhijjah = Rabu, 28.06.2023
2 Zulhijjah = Rabu, 21.06.2023
3 Zulhijjah = Khamis, 22.06.2023
4 Zulhijjah = Jumaat, 23.06.2023
5 Zulhijjah = Sabtu, 24.06.2023
6 Zulhijjah = Ahad, 25.06.2023
7 Zulhijjah = Isnin, 26.06.2023
8 Zulhijjah = Selasa, 27.06.2023
9 Zulhijjah = Rabu, 28.06.2023
Niat puasa sunat Bulan Zulhijjah 1-7 Zulhijjah
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ ذِيْ الْحِجَّةِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَىSahaja aku berpuasa sunat bulan Zulhijjah kerana Allah Taala.
PUASA SUNAT HARI TARWIYAH
Puasa sunat hari Tarwiyah pada hari Selasa, 27 Jun 2023M bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1444H
Niat Puasa sunat hari Tarwiyah, 8 Zulhijjah
نَوَيْتُ صَوْمَ تَرْوِيَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَىSahaja aku berpuasa Tarwiyah, sunat kerana Allah Taala.
PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Puasa sunat hari Arafah pada hari Rabu, 28 Jun 2023M bersamaan dengan 9 Zulhijjah 1444H
Niat Puasa sunat hari Arafah, 9 Zulhijjah
نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِّلِه تَعَالَىSahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah Taala.
HARAM berpuasa pada hari-hari Tasyrik
Hari-hari Tasyrik dalam istilah Islam merujuk kepada Hari Raya Aidiladha (jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah) serta hari ke-11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah. Hari-hari Tasyrik pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan amalan melontar jamrah di Mina bagi yang mengerjakan ibadah haji.
Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada tarikh tersebut bagi yang berkemampuan.
Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya :
Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban).
Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
- HR al-Tirmizi, hadis hasan

Umat Islam juga dianjurkan untuk menikmati makanan dan minuman sebagai bentuk syukur atas nikmat Allah SWT. Rasulullah SAW menyebutkan Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.
Sabda Nabi Muhammad SAW :
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya : “Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.”
- HR Muslim, hadis sahih
- HR Muslim, hadis sahih
Pada hari-hari Tasyrik, umat islam HARAM berpuasa.
Tarikh hari-hari Tasyrik
10 Zulhijjah = Khamis, 29/06/2023
11 Zulhijjah = Jumaat, 30/06/2021
12 Zulhijjah = Sabtu, 1/07/2023
13 Zulhijjah = Ahad, 2/07/2023
11 Zulhijjah = Jumaat, 30/06/2021
12 Zulhijjah = Sabtu, 1/07/2023
13 Zulhijjah = Ahad, 2/07/2023
Tarikh Hari Raya Aidiladha
Khamis, 10 Zulhijjah 1444 Hijrah, 29 Jun 2023 MasihiSumber : Ustazah Asma Harun | Dr Ahmad Sanusi
Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Bayan Li al-Haj Siri ke-32: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-li-al-haj/682-bayan-li-al-haj-siri-ke-32-keistimewaan-dan-fadhilat-10-awal-zulhijjah-marilah-kita-beramal
Selamat berpuasa sunat bulan zulhijjah
ReplyDeleteSelamat berpuasa juga.
Delete