Telefilem Resort Berhantu Di TV3
Tonton Telefilem Resort Berhantu ulang siaran pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 pukul 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3. Telefilem Resort Berhantu dibarisi pelakon Izzue Islam, Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Masrenny Masri, Hamdan Senario dan ramai lagi.
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton
Idea asal : Eddy Imran Bin Mohamed Zokry
Penulis skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.
Dalam mereka merungkai kejadian misteri itu, mereka sering diganggu hantu Rosalinda. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Saksikan Telefilem Resort Berhantu pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 pukul 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3.
TELEFILEM RESORT BERHANTU
Waktu siaran : Sabtu, 3 Jun 2023, pukul 10.00 malamSiaran TV/ Platform penstriman : Slot Cerekarama TV3, astro (CH103), Tonton
Idea asal : Eddy Imran Bin Mohamed Zokry
Penulis skrip : Isqandar Jebat
Pengarah : Isqandar Jebat
Produksi : Hujan Lebat Sdn. Bhd.
PELAKON (CAST) DAN WATAK
Izzue Islam, Ain Edruce, Jaja Ilyas, Amirul Faqeem, Shah Sulaiman, Din Che Pak, Masrenny Masri, Hamdan Senario dan ramai lagi.- Ain Edruce sebegai Rosalinda
- Izzue Islam sebagai Key Ell
- Jaja Iliyes (DFKL) sebagai Suzi
- Amirul Faqeem sebagai Ikram
- Shah Sulaiman sebagai Sham
- Din Che Pak sebagai Langkawi
- Masrenny Masri sebagai Amira
- Hamdan Senario sebagai Pakcik Manap (pengawal keselamatan)
SINOPSIS RESORT BERHANTU
Kejadian buli zaman sekolah dahulu menyebabkan Rosalinda dan kawan baiknya Amira ingin mengadakan “Reunion Diner” untuk menyatukan kembali semua 13 orang pelajar sekolah selepas 10 tahun tidak bertemu.Kisah bermula apabila Rosalinda yang tidak mempunyai rupa paras yang cantik seringkali dibuli dan diejek oleh kawan sekelasnya Key Ell, Sham dan Suzi. Rosalinda dan Amira berbincang tentang majlis reunion diner yang akan diadakan di sebuah resort.
Mereka menjemput semua pelajar didalam kelas mereka. Disebabkan bilangan bekas pelajar yang tidak begitu ramai akhirnya mereka mendapat sebuah resort yang terpencil sesuai dengan bajet yang mereka ada.
Tiba hari yang dinantikan, selepas 10 tahun mereka tidak berjumpa suasana riuh dan masing-masing melepaskan rindu antara satu dengan yang lain. Muncul juga Key Ell, Sham dan Suzi. Rosalinda dibuli dengan teruk oleh mereka bertiga.
Semasa menikmati makan malam, Ikram jejaka idaman Suzi muncul. Tapi Ikram menyukai Rosalinda sejak dari zaman sekolah lagi. Disebabkan itu, mereka merancang untuk kenakan Rosalinda. Rancangan mereka gagal bila ternampak Rosalinda kaku terapung dalam kolam mandi.
Dalam mereka merungkai kejadian misteri itu, mereka sering diganggu hantu Rosalinda. Apakah yang berlaku sebenarnya?
Saksikan Telefilem Resort Berhantu pada hari Sabtu, 3 Jun 2023 pukul 10.00 malam di Slot Cerekarama TV3.
Nnti tgk
ReplyDeleteSelamat menonton
Delete