Almond cluster, sejenis kuih raya atau biskut raya yang pernah viral satu masa dulu. Cara membuat almond cluster ni mudah je. Mengikut resipi almond cluster ringkas hanya menggunakan 2-3 bahan je mengikut resipi masing-masing.
Mudah memang mudah tapi perlu ada teknik yang betul nak membuatnya. Almond perlu disangai dan coklat pula perlu dicairkan menggunakan kaedah double boil. Ada kerajinan bolehlah membuatnya. Nak lagi senang, beli je lah. Lagi-lagi kalau teringin nak makan.
Kalau teringin makan almond cluster tanpa menunggu waktu raya, boleh order almond cluster dari Aslykitchen. Boleh order anytime je. Tapi untuk area tertentu je lah iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Seremban, Kuala Pilah dan Perlis mengikut masa-masa tertentu. Tapi based in Kuala Lumpur tu anytime je lah.
Potongan almond banyak yang crunchy dan banyak. Puas hati! Lagi-lagi peminat almond mesti suka. Coklat pula sedap berlemak tak manis sangat. Sedang elok orang kata.
Satu tak cukup! Dah makan satu, mesti nak makan lagi dan lagi. Jadi addicted pula. Bahaya ada depan mata ni. Tahu-tahu habis sebalang. Hihi...
Almond cluster berpeluh masa shoot gambar sebab baru keluar dari kulkas. Kita malas nak tunggu lama sebab tak sabar nak ngap.
Untuk pembelian dan harga almond cluster, boleh rujuk di instagram
@aslykitchen
Yang ni senang je buat kan...
ReplyDeleteA'ah senang buat kak. Tapi saya tak pernah buat lah. hihi...
Deletefebret jugak ni..zaman viral pkp dulu pernah la buat and share resepi dia kat youtube dengan TT..memang naik la view time tu..
ReplyDeleteWahh..masa tu memang popularlah kan almond cluster ni. Zaman PKP segala resipi viral.
Deletedulu rajin buat, skrg malas hahahaha
ReplyDeleteHihi..faham faham..Kadang macam tu lah kan. Tapi kalau teringin, auto jadi rajin. Takpun terus membeli.
DeleteHaha mengapalah baru tahu sekarang pasal almond cluster ini. Sedap ya. Takut cuba ini nati tidak berhenti makan.
ReplyDeletePada saya sedaplah sebab tak manis sangat. Hihi..kena makan satu hari satu camtu, kalau tidak dah habis craving pulak.
Delete