Terjebak Sudah Dengan Aplikasi Threads By Meta

Aplikasi Threads/ Threads app sedang diperkatakan di media sosial. Dikatakan lebih 10 juta pengguna dilaporkan telah mendaftar akaun Threads sekitar tempoh tujuh jam pertama pelancarannya oleh syarikat induk Facebook, Meta.

Aplikasi Threads By Meta

Threads app adalah

Threads adalah aplikasi baharu media sosial yang dibangunkan oleh Instagram bertujuan menyediakan platform untuk perbualan dalam talian masa nyata dengan perkongsian berbentuk teks seperti twitter, milik Elon Musk. 

Threads app juga boleh dikatakan seperti aplikasi microblogging (post dengan teks singkat). Disebabkan itulah, Threads app ini adalah pesaing terbesar kepada aplikasi Twitter milik Elon Musk yang terkenal sebagai salah satu syarikat media sosial paling ikonik dengan lebih 200 juta pengguna setiap hari.

Threads app adalah milik CEO Meta, Mark Zuckerberg yang juga memiliki Facebook, Instagram, dan WhatsApp. Threads by meta terhubung dengan aplikasi Instagram. Untuk menggunakan Threads, pengguna perlu login menggunakan akaun Instagram. 

Untuk pertama kali login, pengguna boleh mengimport profil Instagram ke aplikasi Threads. Aplikasi Thread telah dilancarkan untuk pengguna Apple dan Android di 100 negara secara serentak dan akan beroperasi tanpa iklan buat masa ini.

Ciri-ciri Aplikasi Threads

  • Paparan Threads seperti Instagram
  • Memaparkan ikon menu seperti Home, Search, New Thread, Activity dan Profile seperti Instagram.
  • Jika instagram dengan ikon kamera, Threads pula dengan simbol @ 

Aplikasi Threads By Meta

  • Threads lebih sederhana yang menampilkan teks seperti Twitter.
  • Warna tampilan antarmuka (UI) Threads didominasi dengan warna hitam,  teks dan ikon berwarna putih.
  • Threads boleh memuat naik posting dalam bentuk teks sehingga 500 karakter. Selain itu pengguna Threads juga boleh meletakkan gambar, file bentuk GIF dan video dengan durasi hingga lima minit.
  • Jika bebenang teks twitter disebut tweet, Threads pula disebut 'thread'.

Cara download threads untuk pengguna iPhone dan Android

Pengguna iPhone

  1. Buka App Store
  2. Cari "Threads". Akan muncul Threads, an Instagram app
  3. Tekan butang "get"
  4. Setelah habis download, buka aplikasi Threads dan log masuk menggunakan akuan Instagram

Pengguna Android

  1. Buka Play Store
  2. Cari "Threads". Akan muncul Threads, an Instagram app
  3. Klik butang "Install"
  4. Setelah habis download, buka aplikasi Threads dan masuk menggunakan akuan Instagram

Cara membuat Threads Instagram

Untuk mendaftar akaun Threads, pengguna perlu memiliki akuan Instagram. Setelah download Threads app, semasa membuat profil baru Threads akan memberikan pilihan untuk memindahkan informasi dari akuan Instagram yang dihubungkan seperti username, bio, gambar profile, link dan centang biru (verified) jika ada. 

Pengguna juga boleh mengikuti akuan yang sudah follow di Instagram dengan mudah. Threads juga mempunyai pilihan untuk pengguna membuat akuan private atau public.

Akan tetapi, disebabkan akaun Threads dan Instagram saling terhubung, pengguna yang ingin menghapuskan akaun Threads terpaksa menghapuskan akaun Instagram juga. Jadi, fikir-fikirkan. Mana tahu akan datang dia boleh deleta tanpa perlu delete akaun instagram.

Aplikasi Threads By Meta

Okay, done terjebak into the scene. Mehlah follow saya di Threads @heyimpeeja

6 comments:

  1. done follow u ahaksss...tapi blur juga kita sbb yang ada logo burung biru tu pun tak reti nak pakai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mekasih follow. Dah follow Ammi jugak. hihi..burung biru kita tak khatam lagi, marilah kita belajar sama² yang baru ni. Harap tak peninglah kan.

      Delete
  2. Mantap! Dah ada jugak! Hahaa..Tak berkenan sangatlah..Tapi saja nak try kan...Entah entah lepasni terkubur begitu saja 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, dah follow juga rasanya kan. Awal-awal ni biasalah. Kena explore more...hihi banyak sangat medsos.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.