Belgian Chocolate Chips With Sea Salt Cookies
Banyak pula entri cookies bulan ni. Sebenarnya gambar bulan Jun ni, diperam masuk bulan Julai. Bila mood blog dah sampai jangan ditangguh-tangguh. Kelak nanti entri tak jadi. Selain dapat tart nanas nyonya yang sedap itu, dapat juga belgian chocolate chips with sea salt cookies.
Belgian chocolate chips with sea salt cookies dalam balang bersaiz sederhana. Tak pasti berapa pcs dalamnya. Sebenarnya pertama kali nampak Belgian chocolate chips with sea salt cookies dan pertama kali jugalah merasa.
Belgian chocolate chips with sea salt cookies mengancam tekak betul. Cookies yang rangup dengan chocolate chips yang cair dimulut. Ditambah pula taburan sea salt atasnya, sesekali rasa masin-masin garam laut yang tak berapa masin tu.
Eh, sedap juga cookies ada taburan sea salt di atasnya! Biskut kayangan ni. Belgian chocolate chips with sea salt cookies ni biskut dah lama di pasaran ke baru lagi?
Behave lah sangat kan. Hari ketiga dah licin tinggal habuk biskut je. Apooo...tandanya memang sedap lah tu. Adik ipar beli di Vanilla Lemon Bakery berdekatan KFC Kuala Pilah. Nak rasa bolehlah membeli buat raso-raso. Kalau sedap boleh beli lagi.
Fuhh...panjang betul nama biskutnya pun! Belgian chocolate chips with sea salt cookies adik ipar bawa masa datang rumah bersama dengan bento cake birthday. Beli dikedai yang sama kaedahnya.
Belgian chocolate chips with sea salt cookies dalam balang bersaiz sederhana. Tak pasti berapa pcs dalamnya. Sebenarnya pertama kali nampak Belgian chocolate chips with sea salt cookies dan pertama kali jugalah merasa.
Eh, sedap juga cookies ada taburan sea salt di atasnya! Biskut kayangan ni. Belgian chocolate chips with sea salt cookies ni biskut dah lama di pasaran ke baru lagi?
Sedap biskutnya pun! Orang bagi memanglah sedap. Ye tak ye kan..Tak, sebenarnya memang sedap pun. Kalau ikut nafsu makan memang boleh habis sebalang. Tapi kita ni jenis behave makan, tak adalah habis kan sebalang walau sedap mana.
Behave lah sangat kan. Hari ketiga dah licin tinggal habuk biskut je. Apooo...tandanya memang sedap lah tu. Adik ipar beli di Vanilla Lemon Bakery berdekatan KFC Kuala Pilah. Nak rasa bolehlah membeli buat raso-raso. Kalau sedap boleh beli lagi.
Alamak... teringin pulak... terpaksalah cari choc chip cookies jugak lepas ni
ردحذفHaa..nak mudah beli chipsmore je dulu KakMim.
حذفCookies mcm ni lebih kepada kalau sedap dan ketagih mesti repeat huhuu
ردحذفDekat ofis dekat 10 org jual cookies hahah.. mmg atas meja sendiri pun 2 3 balang cookies mcm ni :D
Betul, kalau sedap mesti repeat. Wahh..meriah dengan peniaga cookies di office. Senang lah kalau teringin, order je.
حذفKemain panjang eh nama biskut 😄
ردحذفBiasa yang nama panjang ni sedap…hehe
Biskut dah bukak kena perabih cepat, nanti lemau tak sedap 🤭
Itulah tu, banyak betul nak menyebutnya. Ya, yang ni sedap Kak Ujie.
حذفHehe..tu ayat penyedap tu.
aaa sedapnya..telan ailio nengok gambor...akak pun suka biskut yang bertemakan seasalt macam ni..
ردحذفFirst time makan biskut yang ada sea salt. Sedap rupanya kan.
حذفSelalunya cookies macam ni tertumpah gula. 😄
ردحذفYang ni gula tak tumpah. Hehe...
حذفNampak sedap tu
ردحذفBukan nampak sedap je, memang sedap!
حذفSuka kalau ada biskut yang ada masin dan selang-seli dengan manis.
ردحذفMesti tidak muak makan.
A'ah tak muak makan. Suka juga diselang seli rasa masin sea salt yang tak keterlaluan ni.
حذف