Beli Khalil Top Siti Khadijah, Percuma Sapu Tangan

Last minit beli baju raya untuk encik suami. Sehari sebelum raya! Ikutkan tak ada baju raya baru pun takpe. Tapi itulah, dah puan isterinya dah membeli baju awal-awal lepas raya Aidilfitri. Pula tu tak ada baju melayu yang boleh dipadankan. Makanya, belilah baju raya.

Itupun warna lebih kurang je, tak betul-betul sepadan. Janji tona warna lebih kurang tu ada kira bolehlah. Mulanya nak beli hitam sebab baju saya warna hitam. Tapi tak ada pula stok warna hitamnya. Pilihan kedua, kita beli warna rust, bata.

Okay juga warnanya, lebih kurang warna tanah kain saya. Kira lulus lah ni. Kebetulan Siti Khadijah ada buat sale sempena Hari Raya Aidiladha. Dapatlah beli harga murah-murah dari harga biasa. Jimat banyak juga beli masa sale.

Warna rust ni sejenis warna rare jugalah. Menarik warnanya terang tak terang sangat.

Khalil Top Siti Khadijah

Diperbuat daripada 98% kapas. Agak tebal juga kainnya dan tahan lasak. Jahitan yang kemas dan cantik. Selesa lah cerita dia. Tambah menarik dan seri baju bila ada butang baju logo SK (Siti Khadijah) macam telekung Siti Khadijah Flair Aria.

Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan

Tahu-tahu masa nak bayar baju Khalil Top Siti Khadijah ni dapat percuma sapu tangan. Bukan sehelai, tapi 3 helai! Cantik sapu tangan Siti Khadijah. Simple plain tapi nampak exclusive.

Beli Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan

Dapatlah kami sedondon bertemakan warna hitam, tanah dan bata di hari raya pertama Hari Raya Aidiladha 2023

10 comments:

  1. nampak sangat exclusive. Boleh tahu harganya? boleh belikan untuk ayah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, exclusive sangat. Untuk harga terkini boleh check di website Siti Khadijah.

      Delete
  2. Jahitannya memang nampak kemas.
    Untung dapat sapu tangan. Sudahlah cantik, tiga helai dibagi. Rezeki sungguh tu Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untung sangat dapat sapu tangan exclusive tu kak Amie. Berbabloi membeli. Dahlah dapat diskaun. Dapat free gift pula tu.

      Delete
  3. Cantik warna baju tu.. Alhamdulillah.. dapat sapu tangan juga ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan. Warna dia rare sikit. Sapu juga cantik. Alhamdulillah.

      Delete
  4. Tebal nampak kain sapu tangan.
    Cantik dan berbeza warna baju Melayu. Betul jarang nampak warna ini orang gayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tebal sangat kak. Sesekali menggayakan warna rare, warna kebetulan lebih kurang padan dengan baju saya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.