Beli Khalil Top Siti Khadijah, Percuma Sapu Tangan
Last minit beli baju raya untuk encik suami. Sehari sebelum raya! Ikutkan tak ada baju raya baru pun takpe. Tapi itulah, dah puan isterinya dah membeli baju awal-awal lepas raya Aidilfitri. Pula tu tak ada baju melayu yang boleh dipadankan. Makanya, belilah baju raya.
Itupun warna lebih kurang je, tak betul-betul sepadan. Janji tona warna lebih kurang tu ada kira bolehlah. Mulanya nak beli hitam sebab baju saya warna hitam. Tapi tak ada pula stok warna hitamnya. Pilihan kedua, kita beli warna rust, bata.
Okay juga warnanya, lebih kurang warna tanah kain saya. Kira lulus lah ni. Kebetulan Siti Khadijah ada buat sale sempena Hari Raya Aidiladha. Dapatlah beli harga murah-murah dari harga biasa. Jimat banyak juga beli masa sale.
Warna rust ni sejenis warna rare jugalah. Menarik warnanya terang tak terang sangat.
![Khalil Top Siti Khadijah Khalil Top Siti Khadijah](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6sW2nnO5O84I11R5cD2lCgGW_brWDiZAg13M2Oyd8oGJ3rGDtWA1s6qwzLmKUXZZtQj_mhx3WohxHD0hTBt2WvUR4KRxrs9HnTkaHtOj5qTEVvjIaOlQoAY0nKNBT3YvtAVR26SxJnIgE2vS4x3l44SxPLkFVdF8vlbylLY_NOcgM3igoT6E9_GKLeD8-/s16000-rw/Kurta%20Siti%20Khadijah.webp)
Diperbuat daripada 98% kapas. Agak tebal juga kainnya dan tahan lasak. Jahitan yang kemas dan cantik. Selesa lah cerita dia. Tambah menarik dan seri baju bila ada butang baju logo SK (Siti Khadijah) macam telekung Siti Khadijah Flair Aria.
![Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_W77UXtAwSCI80GMwCI3eGELGlTr-GZHhpGiCIViU_UPTAXzlIML0MMa16xcu9EzuzwztLCai5DA-LJX8-yyiIHi0Qcqugzwbo71WPF5BrUYBVchWS9VEDAKV8ieP6RvfJIkoXmFJ1bnQGGPRcu6DyGUdz78OxEpmtn71vBhpHyBPO0I8PnrQUvhrttwv/s16000-rw/Kurta%20Siti%20Khadijah%20Close%20Up.webp)
![Beli Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan Beli Khalil Top Siti Khadijah Percuma Sapu Tangan](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiNYs2uiLEO7k12MaK0fOWhu2u_7U4wS3hKP2BLI3CPT_jiTJbWtNwKeak1FdnuMhjbqGBsKOe8eneEBAF3yAVh1X776A0gxsNZ-6PmLWPleprfpR1X5xudXNbeRoA_njeMcIXlGrJAGpQn7ovCFr8TXsWrIUt1U7qfJjHttL_Ip-M4r9gb1R_k4wvDss3B/s16000-rw/Kurta%20Siti%20Khadijah%20Free%20Gift.webp)
Dapatlah kami sedondon bertemakan warna hitam, tanah dan bata di hari raya pertama Hari Raya Aidiladha 2023.
Cantik baju raya en somi
ردحذفBajunya cantik wak.
حذفnampak sangat exclusive. Boleh tahu harganya? boleh belikan untuk ayah hehe
ردحذفYe, exclusive sangat. Untuk harga terkini boleh check di website Siti Khadijah.
حذفJahitannya memang nampak kemas.
ردحذفUntung dapat sapu tangan. Sudahlah cantik, tiga helai dibagi. Rezeki sungguh tu Fiza.
Memang untung sangat dapat sapu tangan exclusive tu kak Amie. Berbabloi membeli. Dahlah dapat diskaun. Dapat free gift pula tu.
حذفCantik warna baju tu.. Alhamdulillah.. dapat sapu tangan juga ye..
ردحذفCantik kan. Warna dia rare sikit. Sapu juga cantik. Alhamdulillah.
حذفTebal nampak kain sapu tangan.
ردحذفCantik dan berbeza warna baju Melayu. Betul jarang nampak warna ini orang gayakan.
Tak tebal sangat kak. Sesekali menggayakan warna rare, warna kebetulan lebih kurang padan dengan baju saya.
حذف