Bihun Bodo Je Pagi Ni
Malam tadi dah rendam bihun siap-siap. Memang dah rancang nak masak bihun bodo je lah pagi ni. Sebabnya stok sayur sawi nan hado. Kobis pun yilek. Malas nak keluarkan udang jadikan rencah. Kita rencah dengan telur sebiji je sudah. Jadilah kan..taklah dia nampak bodo sangat kosong gitu je.
Biasanya kalau masak bihun macam ni, saya akan buat telur dadar lepas tu potong-potong. Harini hari maha kelam kabut dah macam hari Isnin gayanya. Padahal hari Khamis! Inilah akibatnya bila cuti sehari macam cuti hujung minggu kaedahnya.
Pagi ni saya masak bihun guna blender. Nak cepat nak cepat nak cepat. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili api. Dah tumis, masuk bihun dan pecahkan sebiji telur. Haa dah siap! Masak separuh pek. Sekali masak banyak daaa...
Mujur encik suami makan bertambah. Kalau tidak, jenuh nak habiskan sampai membawa ke petang pun boleh. Ada lah tinggal sikit untuk saya makan tengahari nanti. Makan sorang je, okaylah tu tak payah masak tengahari dah. Boleh fokus pada kerja lain.
Bihun bodo macam ni kadang boleh jadi menu emergency juga bila tetamu datang tak ada bahan-bahan lain. Bodo-bodo pun sedap juga.
![Bihun Bodo Bihun Bodo](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2lGS2X3axkgu0TafnenwoquB8KJ1ZoON0L3mZeTxZO8GD0p_Zqo81CvIPkUl1nh5k1e0IKHKLA2xVx6iL9yHg6j99auoz49ID9AP6O4Tis_AfttjKh8gb9l8_kAZyTEeohMoqmGCT-D2Jmq9eiy8zq86scJjBZ6xiw9S4xqMidt7RD2Ya9OpKXwnDa75C/s16000-rw/Bihun%20bodo%20goreng%20udang%20kering.webp)

Tak makan udang kering, boleh gantikan dengan ikan bilis. Tapi saya rasa udang kering sedap lagi lah. Ada orang alergik atau tak suka udang kering. Ikut selera masing-masing lah ye. Warna kuning tu sebab guna minyak goreng ayam.
Pagi ni mendung je. Rasa nak tarik semula selimut. Tapi banyak kerja sedang menanti. Marilah kita bancuh secawan kopi dan menikmati bihun bodo yang sedap ni.
Bodo² pun nampak sedap tu, Fiza.
ردحذفHihi... Yang penting sedap kan Mak Inche'.
حذفbiasanya yang bodo ni lah yg paling sedap..kalau bihun saya suka makan dengan keropok ikan,krupkrap2 habis sebalang keropok
ردحذفItulah tu, kalau ada keropok lagi bertambah sedap. Kena standby keropok awal-awal gitu.
حذفSelalunya yang ringkas macam ini yang buat bertambah..
ردحذفHihi..tahu takpe KakSha. Memang bertambah makan.
حذفSelamat bersarapan
ردحذفSelamat bersarapan wak.
حذفKann..nikmat betul kopi panas dengan bihun goreng waktu sejuk sejuk ni.
ردحذفSaya selalu bawa bekal bihun bodo juga, tapi bubuh peha ayam goreng.
ردحذفLagi sedap tu kak Amie letak paha ayam goreng. Tak jadi bihun bodo dah dia. hihi...
حذفSedap tu
ردحذفSedap! even bodo pun. hihi...
حذفkalau sy mesti ada telur mata tu hehehe tak pun hirisan timun hehehe
ردحذفTimun pun habis stok. Telur mata takdan nak goreng. hihi..betul betul bodo bihun ni.
حذفSedap tuh! Janji encik suami bertambah,ok la tu...Kalau kosong sangat, biasa saya makan je dengan sos...Huhu..Simple ever...
ردحذفJanji kita masak tu habis, kann...
حذفselalunya yang bodoh2 ni memang sedap dia semacam..lagi2 bila lapar. HAHA
ردحذفkann..selalunya camtu lah. kalau lapar semua benda auto jadi sedap. hihi...
حذفKuning mihunnya, tidak nampak telur pecahnya. Takpe asal sedap.
ردحذفA'ah , saya ada mention guna minyak goreng ayam. Itu yang jadi kuning. Telur pun tak nampak sebab hancur sangat kot atau duduk bawah bihun.
حذف