Singgah Sebentar Bergambar Di Buaian Pokok Durian Tunggal, Sekinchan
Kita ke Sabak Bernam lagi selepas jejak kali terakhir hujung bulan April haritu masa birthday anak buah 1 Mei. Kali ni meraikan double birthday, encik suami dan anak buah yang birthday mereka dekat-dekat iaitu 30 Jun dan 1 Julai. Sebelum sampai di Sabak Bernam, kita singgah sebentar bergambar di Buaian Pokok Durian Tunggal Sekinchan yang viral.
Malam sebelum bertolak tu, saya dah survey tempat-tempat menarik di Sekinchan untuk singgah sebab kami akan menginap di Sekinchan selepas ke Sabak Bernam. Mulanya nak menginap di D'Muara Marine Park Sabak Bernam tapi penuh pula.
Semasa mencari-cari tu, rasa kecewa sikit bila tahu sekarang bukan musim padi menghijau. Sekarang musim padi dah dituai. Silap timing pula datang bercuti ke Sekinchan. Takpe, next time kena repeat.
Malam sebelum bertolak tu, saya dah survey tempat-tempat menarik di Sekinchan untuk singgah sebab kami akan menginap di Sekinchan selepas ke Sabak Bernam. Mulanya nak menginap di D'Muara Marine Park Sabak Bernam tapi penuh pula.
Semasa mencari-cari tu, rasa kecewa sikit bila tahu sekarang bukan musim padi menghijau. Sekarang musim padi dah dituai. Silap timing pula datang bercuti ke Sekinchan. Takpe, next time kena repeat.
Dalam perjalanan menuju ke Pohon/ Pokok Durian Tunggal nan sebatang yang viral ni nampak kecoklatan je sebab padi dah dituai. Ibarat padang jarak padang terkukur. Luas dan kosong. Tapi alang-alang dah sampai tu kita ambil je lah gambar. Tak bergambar rugi, walaupun tak ada sawah padi menghijau.
Semasa kami sampai, tak ada orang lansung. Baguslah macam tu, boleh buat tempat ni macam kita yang punya. Kalau ramai-ramai nanti kena tunggu giliran pula. Agaknya bila tak ada padi ni orang tak datang sini kot. Kita je sibuk datang nak bergambar.
Dari jauh agak kecewa juga dengan permandangan buaian di pokok durian tunggal ni. Kurang seri tanpa padi. Tapi kalau orang 'seni', suasana ni sebenarnya kalau digambarkan ada 'jiwa'nya. Cantik juga bila dipotretkan.
Mulanya tak berani nak duduk dibuaian sebab senget. Ambil gambar pun tak cantik nanti. Risau juga nak duduk, risau tak kukuh. Orangnya dahlah berat. Kang dahan patah naya Pak Karimmm...Sakit dapat, malu dapat kang!
Dah bergambar sorang, tak kan tak ada gambar berdua. Mujur juga bawa tripod penyelamat keadaan. Bolehlah bergambar berdua.
Confirm kena repeat datang di buaian pokok durian tunggal masa sawah padi menghijau. Dah pesan pada encik suami. Kena datang lagi. Mesti lagi cantik permandangannya. Masa datang ni pun gambar agak kelam sebab mendung macam nak hujan. Jangan lupa tau encik suami, kita datang sini lagi!
Harapnya buaian tu ada penambahbaikkan bila datang sekali lagi. Nampak macam dah uzur sangat dah tu. Siapa pulak yang nak buat tu kan. Pokok durian pun dah nampak uzur juga. Berapakah usia pokok durian ni agaknya ye.
Diberi nama durian tunggal mungkin sebab pokok tu sebatang je disitu. Buah durian pula tidak kelihatan. Tak sempat pula nak membelek sangat sebab leka bergambar.
cantik cantiknya lah gambar situ .
ReplyDeleteTempat ni memang cantik untuk digambarkan.
DeleteKalau padi tengah menghijau mesti lagi cantik gambarnya kan.
ReplyDeleteItulah tu, kena repeat datang sini nanti nak tengok view sawah padi pulak.
DeleteMemang cantik dapat bergambar duduk atas buaian yang diikat pada dahan pokok.
ReplyDeleteOrang macan Fiza yang berjiwa berseni, di mana-mana pun hasil jepretan memang tetap ada nilainya.
Baru saya perasan, banyak tempat yang saya lawati di Sabah memang ada buaian, baik buaian duduk atau buaian ikat tali di dahan pokok!
Alang-alang dah datang, rugi pula kalau tak bergambar Kak Amie. hihi, mujur jugalah hasil jepretan fotonya nampak okay sikit sebab cuaca kelam sungguh masa ni. Terima kasih kak Amie.
DeleteYa, rasanya banyak percutian ada buaian dan juga signboard landmark macam hollywood tu.
Bagi saya, cantik Dan uniklah suasana kat sini 🤩 Menarik untuk digambarkan Dan bergambar ❤️
ReplyDeleteYa, keunikkan tu yang menariknya. Wajib bergambar. hihi...
DeleteCantik pemandangannya.. Memang menarik untuk bergambar..
ReplyDeleteSangat cantik! Lagi cantik bila musim padi menghijau. Ye, antara hotspot menarik untuk bergambar.
Delete