Celebrate Birthday Encik Suami Dan Anak Buah

Dari Pantai Redang Sekinchan, kami berhenti di Secret Recipes Sungai Besar membeli kek birthday dulu. Apalah birthday tanpa kek kan.  Lepas tu baru menuju ke rumah kakak di Sabak Bernam. 

Sampai-sampai terus bergambar duluan. Sayang kalau permandangan belakang cantik kita tak bergambar sekali kan. Mengikut tema sangat, kehijauan gitu. Seorang Fiza ni kalau tak bergambar tak sah, semua dia nak potretkan.

Celebrate Birthday Encik Suami Dan Anak Buah

Kakak buatkan puding caramel dihiasi dengan buah-buahan peach, mangga dan buah naga untuk birthday encik suami saya dan anaknya. Alang-alang birthday selang sehari je. Kita sekali kan je lah.
 
Celebrate Birthday Encik Suami Dan Anak Buah

Sambutan yang serba ringkas. Tak ada yang fancy sangat. Sekadar meraikan hari istimewa mereka tanda ingat dan untuk kenangan. Nanti masa depan tiba, tentu rindu kenangan macam ni.

Celebrate Birthday Encik Suami Dan Anak Buah

Kami menjamu nasi lemak dengan ayam goreng. Kemudian barulah acara potong kek dan puding caramel. 

Celebrate Birthday Encik Suami Dan Anak Buah

Seronok sesekali berkumpul meraikan hari istimewa. Kek Secret Recipe ni kalau musim perayaan, laku teruk dan terhad. Mana yang ada je kami beli. Tak banyak pilihan yang ada. Haritu masa birthday kakaknya 1 Mei Red Velvet juga. 

Cumanya kalini kek Red Velvet saiz besarlah yang dapat. Sebab kek mini semua habis. Yang ada rainbow je. Rainbow pernah beli, kurang sedap sikit.

Semoga dipanjangkan usia mereka dengan segala kebaikan dan dilimpahi rezeki yang berpanjangan dengan segala keberkatan serta diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...


10 comments:

  1. semoga dipanjangkan umur..seronok tgk berkumpul beramai ramai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...Terima kasih untuk doanya.
      Memang seronok berkumpul walaupun kurang ramainya tetap meriah.

      Delete
  2. Selamat hari lahir buat mereka berdua.. sedap puding karamel tu nampaknya banyak mango.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Mak Inche'.
      Ye, sedap gabungan dengan buah tu. Buat sendiri boleh letak extra topping gitu.

      Delete
  3. Happy belated birthday buat suami Fiza, dan juga anak kakak.
    Puding caramel tu ya ampun.....! Terus mata jatuh cinta melihat buah-buahan di atasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Amie untuk ucapannya.
      Buahan-buahan tu jadi daya penarik juga. Tambah seri puding caramel dari dibiarkan kosong begitu saja. Sedap juga dinikmati dapat rasa buah-buahan.

      Delete
  4. Happy belated birthday buat keduanya..
    Aktiviti macam ini seronok bila ramai yang berkumpul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KakSha. Berkumpul ramai ramai ni memang seronok.

      Delete
  5. Tengok tenang sahaja suasana sekitar tempat sambutan.
    Itu rumah ke ? Ternampak perkataan Mart.
    Betul jadi kenangan. Terkenang-kenang selalu.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.