Cerita Aidiladha 2023 Kami
Lambat sikit update cerita raya Aidiladha 2023 yang telah berlalu pergi hampir seminggu. Orang lain cerita dah bermuka-muka surat. Kita baru nak panas enjin baru nak gerak. Takpelah, biar lambat asalkan ada untuk simpan dalam blog.
Aidiladha 2023 dimulakan beraya di kampung saya pula. Hari Raya pertama Aidilfitri haritu dah beraya di Kuala Pilah dulu. Kami sampai di kampung petang sebelum hari raya. Adik beradik yang jauh, hanya saya dan abang sorang yang balik beraya. Yang lain rumah dekat-dekat balik hari je.Dalam panas-panas tu, sempat pula bergambar ek! Haa itu acara wajib bila raya. Gambar kenangan masa raya. Itupun sekejap je lah sebab tak mampu nak hadap panas.
Hari raya Aidiladha 2023 kami bertemakan warna hitam, tanah dan bata. Loose kebarung moden dengan kain pareo macam biasa. Ingatkan pakai baju hitam nampak kurus. Sekali nampak gemuk pula. Sebab loose kot kan. Alah, dah gemuk tu mengaku jelah. Hihi...
Disclaimer : tidak mengandung ye, baju je kelihatan besar |
Lepas dan bergambar, bersalam, berpeluk cium, terus gerak ke Kuala Pilah pula. Mak mentua ada buat ibadah korban tahun ni. Jadi, kita pun memeriahkan suasana di sana. Memeriahkan dengan hanya melihat je lah sebab orang-orang kampung di kampung Uwan pun dah tersedia ramai.
Tak dapat tengok dari awal sebab dah sampai pun mak tengah tunggu orang bagi² bahagian korban. Cuaca pun panas ya amat. Tak dapatlah kita berlamaan di sana. Payah bila dah level puteri lilin ni.
Gambar lembu dan kambing korban tak dapat dipotretkan, kita ambil gambar yang ada dalam reban je lah ye.
Amboii dak kambing, pandang camera kemain |
Tak banyak cerita di Aidiladha 2023 ni. Tak banyak juga aktiviti boleh dibuat bila sakit banyak pantang larang. Apa-apa pun syukur dapat meraikan raya bersama keluarga.
Wah..rendang daging kerbau. Macam belum pernah makan.
ReplyDeleteComel je dak kambing posing ya 😀
Ye Kak Ujie, rendang daging kerbau. Lagi sedap dari daging lembu sebab kurang lemak. Kalau ada orang hidangkan daging kerbau, kena cuba rasa.
Deletehihi..dak kambing behave bergambar.
Harap2 dah kembali sihat sepenuhnya
ReplyDeleteMasih berjaga² dalam pantang. Terima kasih wak.
DeleteCantik baju kak
ReplyDeleteTerima kasih Rabia. Selamat Hari Raya Aidiladha
DeleteGambar akhir tu nampak nostalgia sungguh.
ReplyDeleteDi atasnya, kadang dak kambing, tengok di bawahnya .... aduhai! Rindu suasana kampung zaman dulu-dulu.
Nostalgia zaman dulu tak pernah padam kan kak Amie. Rindu! untung juga ada suasana begini di kampung uwan encik suami.
DeleteHai kambing yang comel! Hehe...
ReplyDeleteHm..memang tak berapa seronok bila tak ramai pulang ke kampung Dan tak sihat time raya..Sekarang dah ok ke tu..
Itulah tu, mungkin masanya untuk berehat seketika. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit. Tapi datang waktu alahan tu, seksa jugalah. huhu...
DeleteSalam Aidiladha Fiza..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha KakSha.
DeleteAlhamdulillah ada juga aktiviti ketika raya.
ReplyDeleteAlhamdulillah..aktiviti biasa je kak.
Deletecomel jer kambing dlm kandang...walaupun tak ramai, bahagia dapat balik kpg, rai bersama bonda tercinta..
ReplyDeleteHihi..kambing agak behave juga. Kalau dilepaskan mahu melompat lompat keriangan. Alhamdulillah dapat balik kampung meraikan hari raya bersama.
Delete