Check In Padi Sentral Homestay, Sekinchan

Semasa datang jalan-jalan di Kapal Terbang Sekinchan bulan April haritu, terlimpas Padi Sentral Homestay. Lepas tu macam bercita-citalah nak menginap di Padi Sentral Homestay Sekinchan ni. Tapi bila?

Bila birthday hampir tiba, timbul mentol nak jalan-jalan birthday trip di Sabak Bernam sambil tu celebrate birthday anak buah sekali. Mulanya nak menginap di D'Muara Marine Park. Tapi disebabkan penuh, kita beralih ke pilihan kedua, check in Padi Sentral Homestay Sekinchan je lah. 

Pergi Sabak Bernam dulu, kemudian patah balik Sekinchan. Lepas celebrate birthday encik suami dan anak buah, terus kami gerak ke Sekinchan. Check in macam biasa pukul 3.00 petang. Cuaca masih mendung.

Kelihatan ramai di luar Padi Sentral Homestay yang sibuk merakam kenangan disini. Beratur untuk bergambar sikit punya panjang daaa...Demi sekeping gambar kan. Fenomena biasa yang biasa kita nampak. 

Hotspot menarik sekitar Padi Sentral Homestay ni percuma untuk pengujung. Yang bukan menginap pun boleh bergambar disini. Itu yang macam ramai tu. 

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Sampai je di Padi Sentral Homestay, kami check in terus tanpa sibuk nak bergambar di luar. Nanti-nantilah bila dah reda tak ramai orang. Takpun esok esok pagi pun boleh.

Urusan check ini lebih kurang 10 minit macam tu dengan menggunakan mesin check in ni. Terkial-kial jugalah nak guna. Ada je staff yang membantu memudahkan urusan check in.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

RM50 deposit bayar di kaunter. Sambil menunggu encik suami urusankan urusan check in dan dapat access card, jomlah kita ambil gambar setiap sudut menarik dalam Padi Sentral Homestay ni. Interior Design jenis industrial. Bangunannya dari luar macam bangunan burung walet.

Mungkin diubah suai menjadi hotel. Atau baru wujud bangunannya?

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Design industri yang menarik perhatian saya. Cantik pula lampu tergantung dengan tali kapal tu. Di hadapan lobi, ada meja kerusi tempat untuk bersantai atau makan-makan.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Disebelahnya pintu transparent. Bolehlah kita menikmati permandangan sawah padi di luar. Tapi itulah, sawah padinya tak ada, kita layan permandangan luar tanpa padi pun okaylah kan.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Sebelum naik ke bilik, sempat juga minta encik suami ambilkan gambar di sini. Comel pula dekorasi orang-orang sawah padi ni. 

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Macam biasa kalau menginap di hotel, kami suka pilih higher level dan view yang menarik. Rasanya semua bilik di Padi Sentral Homestay ni view sawah padi. Tak ada yang without window. Rimas dan lemas kalau bilik hotel tak ada tingkap. Kami dapat bilik tingkat 3.

Lorong bilik-bilik terang disimbahi cahaya luar. Ingatkan kelam dan seram sebab cuaca mendung di luar kan.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Masuk bilik, sebelah kiri ada bilik air. Pintu kuning tu bilik air. Luarnya ada cermin besar. Puas hati ada cermin besar macam ni. Puas hati nak bersiap pun.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Bilik air serba lengkap, ada pengering rambut, sabun 2 in 1 (shampoo dan sabun badan). Tapi kami dah biasa bawa sendiri toiletries. Tiada disediakan ubat gigi dan berus gigi. Bilik air tu kira boleh diterima lah. Walaupun tanpa tiles, boleh dikatakan bersih lah.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Open wardrobe dengan hanger yang melekat. Orang pendek macam saya kena kerja keras sikit nak gantung baju sebab tinggi sikit. Nak senang, suruh encik suami je gantungkan. Hihi...

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Bilik yang serba ringkas tapi menarik. Luas, bersih dan selesa. Kami pilih bilik Deluxe King dengan katil saiz King.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Kita buka sikit langir tu. MashaAllah...cantik betul permandangan dari tingkap bilik ni. Walaupun tak ada sawah padi menghijau. Tetap cantik pada padangan mata saya. Luas terbentang permandangan indah ni rasa healing terus.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Tingkapnya ada dua, sebelah kiri tu ada tingkap kecil yang boleh dibuka tapi dikunci atas faktor keselamatan.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Marilah kita menikmati permandangan dari tingkap bilik ni. Duduk berlamaan di tingkap ni pun tak apa. Bilik kami menghadap permandangan belakang bangunan Padi Sentral Homestay. Dalam hati berkata "ini kalau sawah padi menghijau mesti lagi cantik". Bagitau encik suami siap-siap. Nanti padi menghijau kita datang lagi ye.

"Yo", balas encik suami. Orang Nismilan kan, kenalah jawab 'yo' instead of 'ye'. Tak sabar pula nak tunggu musim padi menghijau. Harap ada rezekilah menginap di sini lagi. Kena pergi weekdays lah baru tenang sikit. Datang masa weekend ni dimana-mana pun ramai orang.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Leka dengan permandangan cantik tu sampai lupa nak explore yang lain dalam bilik. TV pula ada banyak siaran. Ada meja dan bangku disediakan. Tiada kupi-kupi. Hanya disediakan 1 jug dan juga cawan atas meja.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Bangku dia unik diperbuat daripada tong. Kiri kanan pemegang tu dari tali. Design insdutri style begitulah.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Tertarik dengan dekorasi lampu gantung ni. Unik design basikal. 

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Tak lupa juga, ada disediakan juga selipar saiz kecil dan besar. Lantai dia simen jenis kasar sikit. Jadi, nak jaga tapak kaki, silalah pakai selipar ye.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Acara wajib jangan dilupakan, tujuan utama kita celebrate birthday encik suami berdua. Setumbler kopi panas caramel macchiato dan sepotong kek peanut butter Starbucks. Starbucks dekat je dengan Padi Sentral ni. Anytime boleh mengopi. 

Tahun lepas kita ke Cameron Highland sambut birthday, tahun ni dekat saja di Sekinchan, Selangor.

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Best betul menikmati kek dan kopi dengan permandangan sawah padi selepas dituai terbentang luas depan mata. 

Bilik kami sebelah je dengan ruang menggosok baju dan mesin air panas sejuk. Senang kerja sikit. Tapi saya tak guna pun iron sebab dah bawa tudung dan baju yang tak perlu digosok. Cuma ambil air sejuk je lah. 

Check In Padi Sentral Homestay Sekinchan

Selesai urusan check in, mandi, solat dan berehat. Malamnya kakak kata nak datang Sekinchan makan malam sama-sama. Nanti sambung cerita lagi di Padi Sentral Homestay ni.

Bersambung...

6 comments:

  1. Iyalah Fiza, view dari bilik tu tetap menarik walaupun tanpa padi. Saujana mata memandang. Ada rezeki teringin juga nak menginap di sini. Cari kelainan.

    Akak tak suka hanger melekat tu. Leceh nak menggantung. Jadinya akak beli travel hanger. Murah dan mudah bawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. View memang superb anyway anyhow. Nanti bolehlah akak menginap kat sini pulak. Lain sikit dari biasa.

      Saya pun tak suka hanger macam tu. Bagus cara akak tu, berguna juga kan masa travel kesana kesini. Terima kasih untuk ideanya tu.

      Delete
  2. Wah.. Lawanya tempat penginapan tu.. Pemandangan pun cantik..
    Memang viral betul tempat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik IDnya dan saya suka ID industrial style ni. Permandangan tu yang mahal tu. Ye, viral betul tempat ni sebab rare kan.

      Delete
  3. Teringat masa kecil rumah Uwan lantai begitu. Sekarang letak jubin.
    Unik pilihan industri. Kadang-kadang rekaan industri rasa macam tidak selesa sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simen rumah orang lama gitu kan. Design industrial ni memang cantik cuma kalau bilik air tu bertiles lagi better kot kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.