Mengopi Dan Menikmati Croffle Sedap Di Dot Tiny Cafe
Kejadian mengopi di Dot Tiny Cafe Kuala Pilah dah seminggu lebih berlalu. Baru ni lah ada masa nak menulis cerita dalam blog. Nampak tak betapa sibuknya seorang Fiza ni. Sibuk tak sibuk sangatlah. Biasalah kehidupan seorang blogger. Mood naik turun macam graf. Kadang 'writer's block' pun ye. Hadap je lah.
Dah dapat kopi barulah boleh berposing bersama kopi. Nampak akward pula posing ni. Muka masih dalam process recovering kena alahan merah-merah dan gatal-gatal yang tak tahu puncanya.
Sementara menunggu kopi siap, dapat juga menangkap satu moment yang ada jiwa. Nampak menarik pula untuk digambarkan saat bayang-bayang terhasil pada dinding dalam cafe. Tulisan dari cermin pintu.
Selain dari kopi, kami order set croffle yang mereka recommend. Satu set ada 4 jenis topping croffle iaitu biscoff, coklat, matcha dan mangga. Kalau takeaway satu set ni dalam satu kotak. Sebenarnya nak take away tapi dia letak dalam bekas untuk dine-in pula. Takpelah, kami okay je.
Dah ambil gambar jomlah kita menikmati kopi dan croffle di luar cafe pula. Di luar ni ada banyak kerusi dan meja. Kat dalam cuma ada 2 meja je. Memandangkan kami je yang ada masa ni, bolehlah memilih nak duduk lepak mana.
Menikmati kopi dan croffle yang sedap sambil menikmati permandangan luar kenderaan dan manusia lalu lalang. Croffle dia sumpah sedap! Dihidangkan pula panas-panas. Rangup dan lembut ditambah pula topping yang sedap. Saya suka kesemuanya! Susah nak memilih mana yang terpaling sedap.
Kopi pula okaylah sedap. Boleh layan. Harga kopi harga standard cafe hipster. Satu set croffle RM20 lebih. Tak ingat sudah harganya. Lain kali kalau balik Kuala Pilah bolehlah repeat beli croffle.
Dot Tiny Cafe
Menu : Coffee, Croffle & Pastry
Waktu operasi : Selasa - Ahad, jam 11.00 pagi - 7.00 malam
Lokasi : Lot 3730, Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Sebenarnya dah lama berniat nak datang mengopi dan merasa croffle Dot Tiny Cafe ni sejak dibuka. Itupun terperasan Sari Yanti yang promote cafe ni. Dia kan orang Pilah. Mungkin kenalan atau saudara mara dia yang buka cafe ni kot. Mungkinlah...
Kebetulan masa balik kampung seminggu sebelum raya tu tiba-tiba macam Jom singgah Dot Tiny Cafe, saya usulkan pada encik suami. Alang-alang dah macam terlimpas berdekatan situ.
Walaupun pergi hari Sabtu, tapi tak ramai orang. Hanya ada seorang pelanggan je masa tu. Okaylah tak ramai, boleh singgah. Kalau ramai, aku harus lari ke hutan lalu belok ke pantai? (YTJT).
Ada bermacam-macam jenis pastry dan croffle Selain Kupi-kupi. Kami order 2 cawan kopi. Salted caramel dan dark chocolate kot tak silap. Lupa dah nama penuh menunya.

Sebelum masuk, mari kita gambarkan dia dulu. Tak dapat nak ambil full sampai sebab kena pergi seberang jalan kalau nak ambil full. Kita gambarkan mengikut kemampuan handphone.
Dekorasi bangunan luar bertemakan hitam putih, ada signature menu Dot Tiny Cafe. Cafe ni comel je di tengah-tengah bangunan jalan besar berdekatan Bus Stand Kuala Pilah. Diberikan nama dot tiny mungkin sebab cafe ni kecil ibarat titik kecil di situ. Agaknya lah kot.
Ada bermacam-macam jenis pastry dan croffle Selain Kupi-kupi. Kami order 2 cawan kopi. Salted caramel dan dark chocolate kot tak silap. Lupa dah nama penuh menunya.
Dah dapat kopi barulah boleh berposing bersama kopi. Nampak akward pula posing ni. Muka masih dalam process recovering kena alahan merah-merah dan gatal-gatal yang tak tahu puncanya.
Yang pasti tak boleh kena panas, tak boleh kena haba, habuk, berpeluh dan sebagainya. Azab weii bila gatal, merah dan bengkak muka tu. Kulit pun jadi kering kalau lambat pakai moisturizer. Tak boleh pakai contact lens sebab bahagian lingkaran mata gatal, kering dan merah-merah.
Sekarang dah baik sikit. Tapi masa ni nak senyum pun kelat haihh...
Sementara menunggu kopi siap, dapat juga menangkap satu moment yang ada jiwa. Nampak menarik pula untuk digambarkan saat bayang-bayang terhasil pada dinding dalam cafe. Tulisan dari cermin pintu.
Selain dari kopi, kami order set croffle yang mereka recommend. Satu set ada 4 jenis topping croffle iaitu biscoff, coklat, matcha dan mangga. Kalau takeaway satu set ni dalam satu kotak. Sebenarnya nak take away tapi dia letak dalam bekas untuk dine-in pula. Takpelah, kami okay je.
Sebab tengok kami santai menunggu macam nak makan disitu kot. Layankan je lah. Apa-apa hal ambil gambar dulu.
Dah ambil gambar jomlah kita menikmati kopi dan croffle di luar cafe pula. Di luar ni ada banyak kerusi dan meja. Kat dalam cuma ada 2 meja je. Memandangkan kami je yang ada masa ni, bolehlah memilih nak duduk lepak mana.
Menikmati kopi dan croffle yang sedap sambil menikmati permandangan luar kenderaan dan manusia lalu lalang. Croffle dia sumpah sedap! Dihidangkan pula panas-panas. Rangup dan lembut ditambah pula topping yang sedap. Saya suka kesemuanya! Susah nak memilih mana yang terpaling sedap.
Kopi pula okaylah sedap. Boleh layan. Harga kopi harga standard cafe hipster. Satu set croffle RM20 lebih. Tak ingat sudah harganya. Lain kali kalau balik Kuala Pilah bolehlah repeat beli croffle.
Dot Tiny Cafe
Menu : Coffee, Croffle & Pastry
Waktu operasi : Selasa - Ahad, jam 11.00 pagi - 7.00 malam
Lokasi : Lot 3730, Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Selamat mengopi
ReplyDeleteSelamat sudah mengopi wak.
Deletekek die menarik la.
ReplyDeleteKek RV ni deko dan topping yang biasa je AD.
DeleteBaca entri ini teringat adakalanya dating berdua dengan Encik Suami tanpa Firdaus.
ReplyDeleteAdakalanya perlu juga berdating berdua sesekali kan. Tapi dah tentu teringat Firdaus dengan friesnya.
DeleteWah akk minat kopi kee....geng la ngn Cuya hehe
ReplyDeleteYe, suka kopi. Geng lah kita.
DeleteKopi dan croffle.. Memang menarik..
ReplyDeleteSuasana nya pun nampak best..
Gabungan yang padu ni. Dua dua pun sedap! Ya, suasana tu yang menjadi daya tarikan.
DeleteKiranya tidak boleh tampung ramai pengunjung makan di situ.
ReplyDeleteMenarik rupa croffle. Nasib baik sedap.
Ya, ruangan dalam agak sempit juga kalau ramai dengan 2 meja dan kaunter. Selari dengan namanya, tiny dot. Kalau take away tak ada masalah kot. Atau masa tak ada orang dapatlah lepak santai lama sikit.
Deletemenarik cafe & craffle nya...Kuala Pilah jauh dari pantai...hehe...
ReplyDeleteHaa tu lah tu, jauh dari pantai. Kalau cafe ni tepi pantai memang syoklah cerita dia kan.
Delete