Epal Hijau Dengan Taburan Serbuk Asam Boi

Bila batuk, tekak gatal kena makan something baru lega sikit tekak ni. Minum air suam ke, air lemon madu suam ke. Nak senang makan gula-gula macam Strepsils, Halls atau gula-gula berangin yang seangkatan dengannya.

Saya suka gula-gula Dequadin berbanding strepsils. Tahan lama sikit dalam mulut dan lambat habis. Murah pun murah sikit daripada Strepsils. Dan bila tekak perit ni, suka pula makan benda masam-masam selain gula-gula berangin. Kuah sup panas atau kuah asam pun menyedapkan tekak juga.

Mujurlah bila sakit tekak dan selsema tu, selera tak lari jauh. Berselera jugalah makan. Yang penting, buah-buahan kena ada. Stok buah-buahan di rumah ni kena tukar-tukar juga. Sekarang giliran buah epal hijau ambil alih.

Epal Hijau Dengan Taburan Serbuk Asam Boi

Lama juga tak membeli buah epal hijau. Selera ni pun kadang ikut mood. Kadang ikut trend buah-buahan viral macam donut peach dan shine muscat tu. Tapi buah viral yang tahap kayangan tu mana mampu nak makan selalu. Beli buah raso-raso bolehlah.

Buah epal hijau ni selain dimakan begitu saja, sedap buat air juga. Air epal asam boi! Kalau tak buat air, potong-potong, taburkan serbuk asam boi pun layan juga. Rasa buah epal yang rangup masam-masam manis berkabung dengan rasa masin masin asam boi tu sedap juga. 

Nak lagi sedap, taburkan juga chili flakes untuk rasa pedas sikit. Eh, dah macam mangga asam boi lah pula. Pun boleh...Sebab boleh dik!

Ada juga orang suka makan epal cicah garam. Tapi nak lagi sihat, kenalah makan macam tu je tanpa perisa tambahan.

6 comments:

  1. MA kurang skt epal hijau.. xsuka masam2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh jenis tak suka masam eh. Kena makan epal merah lah macam tu kan.

      Delete
  2. Selalunya epal hijau ni Kak Amie buat jus, tambah asam boi. Aduhai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, buat air jus epal asam boi tu memang sedap kak Amie. Segar rasa tekak dengan masam masam epal hijau dan asam boi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.