Filem Rahsia (2023), Remake Filem Seram (1987) di Pawagam 10 0gos 2023

Filem Rahsia, sebuah filem seram lakonan utama Nabila Huda yang ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 10 Ogos 2023. 

Turut berlakon dalam Filem Rahsia ini, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Marsha Milan Londoh, Rashidi Ishak, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa, Mislina Mustaffa, Nabil Zakaria, Aloy Paradoks, Suhaid Mustakim, Othman Hafsham, Susan Lankester dan ramai lagi.

Filem Rahsia telah dinobatkan sebagai pemenang Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-7 (FFM7) dan membolot tujuh anugerah dalam kategori lain pada tahun 1987 dan akan tampil semula dengan versi reboot yang diterbitkan oleh Astro Shaw bersama Five Star Trading.

FILEM RAHSIA (2023)

Tarikh tayangan : 10 Ogos 2023
Lakon layar & penulis skrip : Alfie Palermo
Pengarah : Shamyl Othman
Produksi : Kuman Pictures
Dipersembahkan oleh : Astro Shaw Sdn Bhd, Five Star Trading Sdn. Bhd.
Genre : Seram

Filem Rahsia (2023), Filem Seram Lakonan Nabila Huda di Pawagam 10 Ogos

PELAKON

Pelakon yang menjayakan Filem Rahsia terdiri daripada Nabila Huda, Fikry Ibrahim, Eman Manan, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Marsha Milan Londoh, Rashidi Ishak, Nu’man Salleh, Iris Alessandra Alyssa, Mislina Mustaffa, Nabil Zakaria, Aloy Paradoks, Suhaid Mustakim Yahya, Othman Hafsham, Susan Lankester dan ramai lagi

WATAK

  • Nabila Huda sebagai Ramlah
  • Fikry Ibrahim sebagai Hamdan
  • Eman Manan sebagai Tan Sri Karim
  • Qistina Raisah sebagai Marina
  • Syed Ali Murtadha sebagai Saiful
  • Marsha Milan Londoh sebagai Melor
  • Rashidi Ishak sebagai Young Tan Sri Karim
  • Nu’man Salleh sebagai Pak Salleh
  • Iris Alessandra Alyssa sebagai Young Ramlah
  • Mislina Mustaffa sebagai Che Yah
  • Nabil Zakaria sebagai Bob
  • Aloy Paradoks sebagai Inspektor Hanif
  • Suhaid Mustakim Yahya sebagai Sarjan Azam
  • Othman Hafsham sebagai Ustaz Firdaus

SINOPSIS RAHSIA

Ramlah, seorang suri rumah tangga, pulang bercuti ke rumah ayahnya Tan Sri Karim sempena ulangtahun kelahiran beliau, bersama-sama suaminya Hamdan, seorang pensyarah, serta dua anak kecil mereka, Marina dan Saiful. 

Namun, keadaan bertukar menjadi keruh apabila anaknya Saiful tiba-tiba hilang sewaktu mereka berkelah di tepi pantai. Yang anehnya, Ramlah seorang sahaja yang melihat Saiful diculik oleh kelibat seorang wanita yang hodoh lagi menggerunkan.

Pihak polis yakin bahawa Saiful mungkin hilang di persisiran pantai namun Ramlah berkeras bahawa anaknya diambil orang. Sementara Hamdan menyertai pihak polis dalam operasi mencari dan menyelamat, Ramlah diganggu oleh kelibat wanita yang menggerunkan itu. 

Namun suaminya, Hamdan langsung tidak mempercayai kata-kata Ramlah, dan menganggap segalanya cuma halusinasi akibat tertekan dengan kehilangan Saiful serta keadaan ayah Ramlah yang sakit tenat.

Walaupun tiada bukti kukuh, Ramlah bertekad untuk berdepan dengan puaka tersebut, dan merungkai rahsia disebalik kehilangan anaknya itu.

LAGU TEMA (OST) RAHSIA

Tajuk lagu : Alunan Lara
Penyanyi : Njwa
Komposer : Njwa

FILEM RAHSIA (1987)

Filem berjudul RAHSIA (1987)  dibintangi Noor Kumalasari, Shukery Hashim dan Dato Yusof Haslam, merupakan Filem yang paling seram pada tahun 1987 yang masih menjadi kegemaran ramai.

Filem RAHSIA merupakan sebuah filem Melayu bergenre seram yang diterbitkan di Malaysia pada 1987. Filem RAHSIA diterbitkan dalam bentuk filem berwarna. Filem RAHSIA mula ditayangkan pada 1987 di seluruh Malaysia.

Filem Rahsia 1987

Filem ini mengisahkan sepasang suami isteri, Professor Hamdan (Shukery Hashim) dan Ramlah (Noorkumalasari) bersama anak-anaknya, Saiful dan Marina berpindah ke sebuah banglo lama yang terletak di tepi laut. Banglo itu dibeli dari seorang jutawan Dato' Karim (Datuk Yusof Haslam) dan bapa saudaranya Haji Khalid (S. Roomai Noor).

Pada mulanya kehidupan mereka sekeluarga di banglo tersebut aman tenteram, namun selepas kematian anak perempuan mereka, Marina yang lemas di laut, mereka mengalami beberapa gangguan aneh. Antaranya, mereka mendengar suara seorang kanak-kanak menjerit memanggil ibubapanya dan terhidu bau asap kemenyan.

Professor Hamdan seringkali dihantui mimpi seorang kanak-kanak yang dibunuh seseorang dan mayatnya disembunyikan di dalam almari di dalam sebuah bilik di stor bawah tanah banglo yang didiami mereka. 

Gangguan aneh dan mimpi yang dialami oleh Saiful pula telah membawa kepada penemuan rangka seorang kanak-kanak lelaki yang ditanam di dalam bilik di stor bawah tanah tersebut, sama seperti mimpi yang dialami oleh Professor Hamdan.

Dari loket ditemui pada leher rangka kanak-kanak tersebut dan nama yang tertera pada loket tersebut iaitu Karim Bin Johan, nama kanak-kanak malang itu, Professor Hamdan mula mengesyaki bahawa Haji Khalid adalah dalang di sebalik kejadian ini berdasarkan beberapa kali cubaan membunuh ke atasnya dan pembunuhan seorang pegawai akhbar atas tindakannya cuba menyiasat kejadian ini. 

Dato' Karim sebenarnya adalah anak kandung Haji Khalid dengan isterinya seorang warga Inggeris dan nama sebenar Dato' Karim adalah Salim.

RAHSIA telah diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1987. Jalan cerita filem seram ini tidak memerlukan susuk hantu yang menyeramkan, malah hanya dengan suasana dan skor muziknya juga sudah cukup akan membuatkan bulu roma penonton merinding. 

Malah pelakon kanak-kanak yang berlakon sebagai anak lelaki Shukery memenangi anugerah pelakon kanak-kanak terbaik, menjadikan RAHSIA mampu dipandang sebagai sebuah filem adaptasi seram yang memuaskan daripada Malaysia. 

gambar : Tontonfilem 

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.