Header Ads

Filem Sue-On (2023), Kisah Hantu Korea

Tonton Filem Sue-On, Filem terbaru yang akan menyelinap di pawagam seluruh Malaysia mulai 6 Julai 2023. Dikatakan filem ini memaparkan kisah hantu Korea menampilkan barisan pelakon dan pelawak. 

Filem Sue-On merupakan filem pertama terbitan Rumah Merah, Dato Awie yang turut berlakon bersama pelakon-pelakon lain seperti Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Achey, Shawani dan ramai lagi. Penampilan khas oleh Kumpulan Wings dan juga Hajjah Erra Fazira.

FILEM SUE-ON

Tarikh tayangan di pawagam : 6 Julai 2023
Pengarah : Razif Ajiboy Rashid
Produksi : Rumah Produksi Merah

Filem Sue-On 2023 Full Movie

PELAKON DAN WATAK 

Pelakon Filem Sue-On dibarisi Dato’ Awie, Reen Rahim, Ropie, Shawani, Alif Rafiq, Shaifullah, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Joey Daud, Achey, Amy Nur Tinie, Kamarul Yusoff dan ramai lagi.

  • Dato’ Awie sebagai Mat Dosa
  • Reen Rahim sebagai Sue-on
  • Ropie sebagai Missnin
  • Shawani sebagai Wanu
  • Alif Rafiq sebagai Alip
  • Shaifullah sebagai Jimi
  • Azlee Senario sebagai Yb Li
  • Nazia Mustafar sebagai Cik Yah
  • Joey Daud sebagai Mat Motor
  • Achey sebagai Pocong
  • Amy Nur Tinie sebagai Pontianak
  • Kamarul Yusoff

Penampilan Khas : Kumpulan Wings dan Hajjah Erra Fazira

SINOPSIS SUE-ON

Filem Sue-On mengisahkan tentang Sue-On, seekor hantu Korea yang sering menganggu manusia dengan mengeluarkan dirinya dari kaca televisyen. Pada satu malam nasib Sue-On Ddak begitu baik kerana selepas keluar dari skrin tv, Adam yang dimarahi oleh bapanya kerana menonton tv dengan begitu lama, mematikan suis tv dan membuatkan Sue-On terperangkap dan tidak boleh pulang ke tempat asalnya. 

Sue-On berusaha sedaya upaya untuk mencari jalan pulang ke tempat asalnya dengan mencari sesiapa sahaja yang sedang menonton filem Sue-On. Nak dijadikan cerita, ketika Sue-On sedang mencuri masuk ke dalam satu rumah, kewujudan Sue-On telah disedari oleh sepasang suami isteri yang pada ketika itu sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah.

Oleh kerana takut diapa-apakan, Sue-On mengambil keputusan untuk melompat masuk kedalam skrin tv itu. Pasangan suami isteri itu terus memadamkan tv mereka. Kini Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.


هناك 4 تعليقات:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

يتم التشغيل بواسطة Blogger.