Hokkaido Baked Cheese Tart & Baby Hokkaido

Weiiii...lama gila tak makan Hokkaido baked cheese tart! Sebenarnya dah lama teringin nak makan cheese tart yang perisa original. Di Baker's cottage cuma ada cheese tart perisa coklat dan blueberry je kalau tak silap.

Tahu-tahu encik suami belikan Hokkaido Baked Cheese Tart & Baby Hokkaido. Dia teringat yang saya teringin nak makan cheese tart, nampak kedai Hokkaido Baked Cheese Tart, terus membeli. Begitulah, kadang rezeki dapat di lain waktu.

Dia taklah mengidam sangat pun. Teringin makan sebab lama tak makan kot. Tak silap saya 2017 last membeli Hokkaido baked cheese tart. Kira lama jugalah tu kan. 

Encik suami beli kotak berisi Hokkaido Baked Cheese Tart berperisa sakura orange, chocolate dan original. Yang original tak bergambar bersama sebab dah kena ngap dulu dalam kereta. Yang tu dah biasa sangat orang tengok kan. Biarlah dia kena ngap dulu.

Hokkaido Baked Cheese Tart

Sakura Orange
Sakura Orange ni menarik hiasan atasnya dengan kelopak bunga rose. Konon-konon macam kelopak sakura lah kot. Mana nak cari bunga sakura ni dekat Malaysia? Confirmlah tak ada kan! Bolehlah tu bunga rose ala ala bunga sakura.

Shell cheese tart dia perisa red velvet, itu sebab dia macam gelap sikit warna. Merah-merah baldu sebenarnya. Perisa red velvet tak berhenti setakat itu sahaja ye. Cream cheese tart itupun macam bercampur dengan rasa red velvet warna merah jambu lembut.

Bagi menambah rasa masam-masam sikit ada potongan buah limau. Kombinasi rasa yang pelbagai. Rasa yang tak pelik sangat. Sedap uiii..Untuk peminat red velver macam saya, memang sukalah.

Sakura Orange Hokkaido Baked Cheese Tart

Chocolate
Cheesetart berperisa coklat ni bukan hanya sekadar coklat, siap ada taburan kacang almond lagi tu. Sedap mengunyah kekacang dengan coklat yang tak terlalu manis. Manis yang biasa biasa boleh ditelan. Rasa coklat tu blend elok dengan rasa cream cheese masam-masam. Kurangkan rasa manis, mungkin.

Chocolate Hokkaido Baked Cheese Tart

Bila dah lama tak beli Hokkaido Baked Cheese Tart ni, lahhh...Baru tahu ada baby Hokkaido pula. Encik suami beli 4 jenis perisa iaitu cream cookies & cream, durian, chocolate dan original. Comel je saiz baby Hokkaido ni. Sekali ngap je masuk mulut.

Baby Hokkaido Baked Cheese Tart

Cookies & Cream
Mulanya saya macam ragu-ragu sikit nak makan perisa cookies & cream ni, risau manis gila. Tapi tidak ye, dia tak manis sangat sebabnya mungkin ada cream cheese tu lah kot. Walaupun shell cheese tart tu berasaskan biskut oreo juga tapi taklah terlalu manis. 

Baby Hokkaido Baked Cheese Tart Cookies & Cream

Durian
Perisa durian ni, perisa pertama yang saya cuba makan antara empat baby Hokkaido ni. Sekali gigit terus rasa nak luahkan semula. Tapi ku jua. Walaupun suka durian, tapi kuih muih yang ada durian ni tak semua saya suka. 

Okay, perisa durian ni saya reject. Tak boleh repeat. Cukup setakat disini saja jodoh kita. Mujur juga beli saiz baby. Itupun makan separuh separuh dengan encik suami. Nak habiskan satu yang comel sorang-sorang mungkin struggle juga ni.

Baby Hokkaido Baked Cheese Tart Durian

Chocolate
Perisa Coklat ni seperti yang diterangkan di atas. Cuma ni saiz baby je. 

Baby Hokkaido Baked Cheese Tart Durian Chocolate

Original
Perisa original dan klasik ni rasa dia tetap win. Tak perlu disangkal lagi. Rasa terpaling sedap ikut selera saya. Sedap tak tahu nak habaq!

Baby Hokkaido Baked Cheese Tart Original

Okay lepas rindu nak makan cheese tart original. Dalam banyak-banyak perisa ni boleh repeat perisa original, sakura orange dan chocolate. 

21 comments:

  1. Sha suka semua perisa tart hokkaido ini tapi saiz baby la.. Kalau yang besar tu emmang susa sikitlah nak habis.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar tu kena share baru cepat habis. hihi..saiz mini ni sekali ngap je terus lesap.

      Delete
  2. hokaido ni mkn satu dua ok, banyak2 muak jugak.... tp mmg sedap cheesenya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam masa yang sama memang takleh makan banyak. Kena makan sikit sikit gitu kan kaedahnya baru rasa menikmati satu satu perisa tu.

      Delete
  3. Replies
    1. Ini betul betul pencinta durian sejati ni Kak Amie.

      Delete
  4. yg sakura orange je sy belum try lagi. lain2 dah. cuma tu laa shell tart dia manis laaa niiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manis ke? Rasa macam biasa pulak shell tart dia. Mungkin lain branch tertumpah gula kot. nanti try sakura orange pulak

      Delete
  5. Baru tahuuu..ada baby ek..hahaa..Menarik..Nanti try....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu. Rasa sama cuma saiz berbeza. Agak agak nak makan sikit boleh beli yang saiz baby ni.

      Delete
  6. Sama lama tidak makan. Tempat beli itu sudah tutup. Bagus boleh cuba yang mini untuk rasa perisa lain. Buat masa ini akak baru cuba yang asli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak rasa macam-macam better beli mini. Yang asli tu memang sedap.

      Delete
  7. lama jugak tak makan tp memang suka semua jenis topping!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly semua sedap cuma durian tu je lah macam kurang sikit bagi saya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.