Kuetiau Goreng Dapo Omak Den Sodap Tekau!

Malam tadi, balik dari Pilah macam lapar. Memang lapar lah cerita dia sebab belum makan malam. Kononnya nak makan menu western di Pilah tapi cafenya ramai orang. Macam tak selesa pula. Takut dapat order lambat pun ye juga.

Jomlah kita balik rumah terus cari makan di Seremban je. Encik suami nak makan nasi goreng ayam kunyit. Kalau menu tu disebutnya, makanya kita terus ke Resto Dapo Omak Den di Paroi. Menu encik suami, nasi goreng ayam kunyit je lah dia.

Saya pula biasanya akan order set asam pedas ikan kembung atau kuetiau. Selalu bungkus makan di rumah je. Tak pernah lagi makan-makan disitu. Tak pernah tak ramai situ. Parkir pun nasib-nasib je kalau ada.

Sampai rumah kita terus menjamu selera. Kuetiau pun masih panas lagi. Tambah berselera makan lagi-lagi ada cili jeruk tu. Cili jeruk selalu ada dalam Char Kuetiau je kan. Jarang kuetiau goreng ada cili jeruk. Sedap rasa kuetiaunya dengan tumisan macam hangus-hangus sikit tu. 

Kuetiau halus lagi menyelerakan. Tak ada bau yang kurang enak. Kadang ada kedai tak basuh kuetiau dan berbau sikit. Tapi yang ni tak. Bau hangus garing-garing yang menyelerakan. Ada taugeh satu nikmat bagi peminat taugeh. 

Kuetiau Goreng Dapo Omak Den Sodap Tekau

Daun kucai adalah sikit. Itu tak kisah sangat. Walaupun tak ada kerang atau udang. Macam ni pun rasa dia sedap dah. Sodap Tekau oghang Nismilan cakap. Apatah lagi kalau ada kerang dan udang. Kan? Porsi pun besar. Puas hati!

Ikut selera saya sedap dah tu. Ikut tekak orang lain tak tahu lah. Kot teringin makan tu bolehlah cuba.

Sebelum keluar dari Pilah, sempatlah kita membeli kopi buat minum dalam perjalanan. Lepas tu macam menyesal minum kopi masa perut kosong. haishhh...Sudahnya agak lambat habiskan kuetiau yang serba banyak itu.

facebook : Dapo Omak Den

Agak-agak rasa nak makan asam pedas claypot, kuetiau goreng dan nasi goreng ayam kunyit bolehlah ke Dapo Omak Den. Menu tu je yang saya pernah rasa dan sedap. Menu lain sila tengok di facebook page Dapo Omak Den tu yo.

Next time nak try dine in lah. Nak rasa asam pedas claypot di kedai pula.

10 comments:

  1. bolehlah ammi masuk dlm list juga. semenjak pindah balik seremban ni masih tercari2 port makan yg sedap

    ReplyDelete
  2. Tengah lapar² terliur jugak baca review kuey teow Fiza, hihi.

    ReplyDelete
  3. pagi ni pun kat rumah akak ada kue tiow goreng...kalau ada kerang fresh2 mestintambah sedap kan..x lupa tauge kena banyak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kerang lagi best tu kak. Yaa wajib tauge banyak. Kita pencinta tauge

      Delete
  4. Bau hangus-hangus tu yang sedap. Biasanya kuetiaw digoreng dengan api besar. Alahai.... sedapnya kuetiaw goreng! Terasa lapar pulak malam-malam merayap ke sini jumpa makanan sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kak Amie. Yang hangus hangus sikit tu penambah sedap rasa. A'ah, guna wok tu. Kalau kat rumah memang taklah guna api besar kan. Hihi..Kalau saya ke dapur kak Amie, auto lapar terus.

      Delete
  5. Itulah kalau kedai ada char/rasa hangus, kalau buat rumah rasa biasa sahaja.
    Uiks menarik ada masak asam. Style N9 agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul. Kat kedai guna wok besar dan api besar. Memang ada hangus hangus sedap tu. Kat rumah tak boleh buat macam tu.hihi...Rasa dia macam asam pedas melaka. Tapi tak tahu lah asam pedas mana sebenarnya.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.