Lirik Lagu Maal Hijrah

Maal Hijrah 2023 bersamaan 1 Muharam 1445 Hijrah jatuh pada hari Rabu, 19 Julai 2023 Masihi. Tema Maal Hijrah 2023 adalah “Perpaduan Dagangan Dunia Kuala Lumpur”.

Satu Muharam detik permulaan lirik lagu Hijrah yang biasa kita nyanyikan waktu sekolah semasa sambutan Maal Hijrah. Masih ingatkah lagi lirik lagu Hijrah, Maal Hijrah yang membuatkan kita ingat kisah Maal Hijrah.

Lagu Maal Hijrah ini juga merupakan lagu rasmi dan juga sebagai lagu tema tahun baru Hijrah semasa sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

baca juga
doa akhir tahun 1444H dan doa awal tahun 1445 H, Awal Muharam
senarai koleksi ucapan, pantun dan poster Maal Hijrah 1445H/2023M

Berikut lirik lengkap lagu Maal Hijrah.

Lirik Lagu Maal Hijrah

Lirik lagu Maal Hijrah menyingkap sejarah

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Satu Muharam Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Mekah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman

Untuk Sepanjang Zaman…

 

4 comments:

  1. salam jumaat, kak ana follow sini, lagu ni setahun sekali je kita dengar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak Ana. Ye, betul setahun sekali je kita dengar.
      Blog kak Ana saya dah follow dulu :)

      Delete
  2. lagu ni akan selama-lamanya ada dalam ingatan saya sebab masa sekolah rendah 2 thn berturut2 masuk pertandingan nasyid sempena maal hijrah. tp syg tak ada rezeki mng 2x pertandingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..melekat dalam kepala walaupun sambutannya dan nyanyi setahun sekali. Jangan sedih²..dapat rezeki yang lain pula kan.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.