Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Lepas makan malam di Resto MF Kitchen, dorang saja nak jalan-jalan ke tempat penginapan kami di Padi Sentral Homestay. Marilah kita! Tak ada seorang umat pun di luar Padi Sentral Homestay ni. Mungkin masing-masing keluar makan atau kepenatan berehat di bilik.

Pengunjung luar pun tiada yang datang. Dah malam, siapa je yang nak datang bergambar di sini kan. Mestilah ramai datang waktu siang. Okay kita sambung cerita di Padi Sentral Homestay ni.

baca juga
check in Padi Sentral Homestay, Sekinchan

Suasana waktu malam Padi Sentral Homestay ni tenang je ditemani bunyian fauna di sekeliling. Memandangkan tak ada orang, boleh lah berlama-lamaan lepak di luar ni. Sambil tu bergambar di waktu malam.

Meriah lampu menghiasi suasana Padi Sentral waktu malam. Dihujung tempat parkir kereta ada cahaya spotlight menyimbah ruang menyinari malam. Tak ada spotlight tu mesti kelam suasananya.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Logo Padi Sentral Homestay juga bercahaya. Menarik dilihat pada waktu malam. Nampaklah berseri sikit dengan cahaya tu kan.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Tempat mula-mula yang dituju anak buah adalah buaian ni diberi nama 'hayun sawah padi'. Berebut masing-masing menunggu giliran. Sambil berbuai kita ambil gambar. Kalau waktu siang ni, mesti kena menunggu giliran.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Selain hayun sawah padi, ada cinta hati sawah padi. Kita pun tumpang lah sekali bergambar di sini. Cinta hati sawah padi ni bahagian bangunan Padi Sentral Homestay. Agak gelap sikit. 

Ambil gambar dengan bantuan flashlight handphone. Barulah nampak terang begini. Itupun macam kelam juga. Aduhaii...muka pun ready!

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Ke tangga pelangi pula. Anak buah bergilir gilir naik sampai atas. Saya pula hanya sekadar separuh tangga je. Gigil juga nak naik sampai atas dengan angin sepoi sepoi bahasa mengoncang tiang tangga pelangi setinggi 15 kaki ni.

Dari jauh nampak tak tinggi, dah naik terus goyang lutut nak naik. Dorang steady je naik sampai atas. Sejak bila gayat tak tahulah...tsk tsk tsk...

Tangga menuju kayangan disimbahi cahaya spotlight, terang juga bergambar di tangga pelangi waktu malam.  Condongkan handphone ke atas sikit biar nampak visual seperti di kayangan gitu.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Sedang berborak, terperasan rooftop yang dihiasi mentol warna kuning. Ada apa ek atas tu? Lepas dorang beredar, kami pun naik ke rooftop. Padahal dalam lif ada tampal gambar rooftop ni. Kami je tak perasan. Yang menginap tu bolehlah lepak santai di rooftop.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Cantik permandangan malam di rooftop. Kami hanya sekadar ambil gambar dan video sahaja. Tak lepak lama sebab masing-masing kepenatan nak lepak dalam bilik je lah.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Lorong bilik juga diterangi cahaya. Banyak juga bilik dalam satu level ni. Masa kami book pun hanya tinggal 3 bilik kosong je. Masa check sekali, terus full house.

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Permandangan dari tingkap bilik. Menarik juga permandangan waktu malam. Layan sekejap sebelum mandi, solat dan tidur.  

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Tidur lena kami malam tu, kepenatan kesana kesini. Tenang...ribut jiwa..Eh, termenyanyi pula.

Bersambung lagi...

10 comments:

  1. Seronok berfoto ni, banyak spot menarik.
    Ngam sudut foto kat tangga tu Fiza. Cantik dengan latar langit malam, tangganya colorful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, satu terapi ambil gambar ni.
      Tangga colourfull tu yang menariknya. Atau warna putih semua pun okay jugak. sudut tu nampak macam tinggi sikit tangganya gitu. hihi...

      Delete
  2. Cantiknya semua foto. Lawa betul.

    ReplyDelete
  3. Tudiaaa....
    Kalau dah pakar ambil gambar memang semua hasilnya cantik-cantik belaka biar pun pada waktu malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya bukan pakar kak Amie. Saja memotret gambar buat kenangan. Apapun terima kasih Kak Amie.

      Delete
  4. Replies
    1. Sangat cantik in real. Rasa nak berlamaan lepak di luar. Tapi itulah, penat menguasai diri.

      Delete
  5. Seronoknya lepak kat atas itu malam-malam. Hirup udara.
    Puaslah itu budak-budak posing pelbagai tempat. Nasib baik percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kalau dapat lepak lama. Tapi kami sekadar ambil gambar je lah.
      Ye, budak budak suka tempat macam ni. Itulah tu, masuk percuma boleh bergambar sepuasnya. Pulak tu tak ada orang lain.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.