Singgah Sebentar Di Pantai Redang Sekinchan
Dah puas hati dapat ambil gambar di buaian pokok durian tunggal Sekinchan, kita singgah pula di Pantai Redang Sekinchan. Pantai Redang Sekinchan ni tempat viral yang wajib singgah juga kalau ke Sekinchan katanya.
Alang-alang dah sampai Sekinchan, why not kita singgah sebentar. Dah dekat sangat tu lokasinya. Akhirnya sampai juga jejak di Pantai Redang Sekinchan ni. Dari kejauhan rasa tak sabar nak ambil gambar. Orang pun tak ramai sangat masa kami sampai. Lebih kurang pukul 10 pagi macam tu.
Signboard ni tempat wajib bergambar. Tanda dah sampai sini. Gambar bersama dengan signboard ni kelam je. So kita letak gambar signboard je lah.

Ada yang sedang berjalan dipersisiran pantai. Ada yang sedang bergambar di signboard Sekinchan, ada yang menikmati permandangan pantai Redang. Macam-macam gelagat manusia disini. Ada taman permainan dan banyak aktiviti boleh dilakukan disini.
Air laut nampak agak kotor dan tiada aktiviti mandi manda. Barangkali orang datang sini untuk bersantai atau berkelah je kot. Masa sampai, buka je pintu kereta hidung disapa bau yang kurang enak. Kuat betul baunya.
Tak tahu nak digambarkan bau tu dengan perkataan. Macam bau hanyir, macam bau air busuk pun ada. Setelah saya cari maklumat rupanya disini memang ada pencemaran bau. Pencemaran bau busuk tu datang dari kilang proses baja ikan dimana bahan mentah dia daripada ikan busuk.
Tengok pengunjung yang datang rileks je dengan bau tu. Kami yang baru pertama kali sampai rasa tak tahan dengan baunya. Jadi, cepat-cepat kami ambil gambar dan sekejapan je disitu.
Signboard ni tempat wajib bergambar. Tanda dah sampai sini. Gambar bersama dengan signboard ni kelam je. So kita letak gambar signboard je lah.
Selain bergambar di signboard, wajib bergambar juga di benteng Pantai Redang Sekinchan salah satu Instagrammable hotspot menarik disini.
Kalau bergambar di benteng ni, berdiri di hujung hujung baru nampak cantik permandangan luas di belakang guna 0.5 dulu.
Tak banyak bergambar sangat sebab tak tahan bau busuk mencengkam hidung. Lepas ambil gambar terus beredar dari situ. Saya perasan disini peniaga majoriti kaum Cina. Tak nampak pula orang kita berniaga di sini. Mungkin saya tak perasan kot. Saya pun tak explore habis-habisan tempat ni.
Pantai Redang Sekinchan ni cantik. Seronok juga menikmati permandangan tepi pantai laut. Banyak gazebo dan permainan ada di sini. Tapi itulah, dicemari oleh bau yang kurang enak. Tentu tak selesa nak berlamaan di situ.
Kalau nak singgah sebentar tu okaylah. Tapi ada je yang datang lepak di sini tenang je dengan bau. Mungkin dah imune dengan baunya. Atau malas nak ambil port pasal bau, janji healing. Ikut masing-masing punya ketahanan hidung lah kan.

Nak datang ke Pantai Redang waze kan je, tahu-tahu sampai.
Sayangnya tempat cantik tetapi baunya kurang menyenangkan
ReplyDeleteSayang sekali bila ada pencemaran bau
DeleteCantik pemandangan kat sini. Pernah pergi sekali je, sesak dgn orang ramai nak cari parking susah.
ReplyDeleteMungkin masa tu tempat ni baru bukak dan viral, memang ramai orang datang.
DeleteCantik permandangannya, mula tadi ingatkan di Terengganu. Cuma spoillah kalau ada pencamaran bau.
ReplyDeletePermandangan memang cantik. Buat tempat healing best juga ni. Tapi itulah, spoil jugalah dengan bau tu.
Deleteview dah lawa tapi dicemari dengan bau ikan pulak.
ReplyDeleteItulah tu, agak tak best juga macam tu kan
DeleteSayang sekali ada pencemaran bau :(
ReplyDeleteKann..sayang betul. Kalau tidak mesti seronok datang sini.
DeleteAduh!! Kalau ada bau, memang tak lalulah.. Walaupun cantik tapi bau memang akan mengganggu..
ReplyDeleteBau tu yang tak menyenangkan tu. Rasa macam nak balik cepat je. Ikutkan malas keluar disebabkan bau. Tapi sayang pula dah sampai kan.
Delete