Restock Essential Oil Young Living Promo Bulan Julai 2023. Berbaloi-Baloi!
Alamak! Essential Oil (EO) dah nak habis dah. Nampak pula mak minyak kita tengah buat promosi EO Young Living Bulan Julai 2023 untuk member. Macam tahu-tahu je kita memang nak beli EO. Promo pun macam berbaloi-baloi.
Beli 4 EO Lavender saiz 5ml, dapat percuma EO Spearmint saiz 5ml. Berbaloilah sangatlah dapat percuma EO Spearmint. EO Peppermint yang ada pun dah macam hujung-hujung dah. Dapat spearmint pun okaylah.
Alang-alang dah membeli, kita tambah lagi 2 EO Orange saiz 15ml buat stok.
baca juga
Essential Oil Spearmint vs Peppermint
Essential Oil Lavender
Essential Orange
Lama jugak tak membeli EO lavender ni sebab asyik membeli EO citrus dan bauan manis macam ylang ylang, palmarosa dan grapefruit.
EO Lemon pun dah lama tak membeli juga. Lain kalilah kita restock. Bagi habis dulu yang ni baru membeli yang baru. Bauan keluarga citrus ni semuanya best. Menyegarkan udara dan rasa segar bila dibaurkan, terutama sekali bila buat kerja pagi-pagi. Mood seronok pun dapat!
Bauan citrus yang pernah saya cuba, lemon, citrus fresh, orange dan grapefruit. Next time nak cuba lime, jade lime dan sewaktu dengannya.
EO Lavender ni bukan sekadar untuk dapatkan tidur yang lena. Boleh juga sapu pada luka kerana Lavender bersifat antiseptik dan anti inflamasi untuk melegakan dan menyembuhkan luka pda kulit. Banyak sebenarnya fungsi EO ni. Bukan sekadar bau wangi je. Yang tu kena kaji lagilah.
bau oren tu tentu rasa mcm nak telan je kan? hehehe
ReplyDeleteHihi..tak, dia lebih kepada menikmati baunya yang segar..Tak rasa macam nak makan.
Delete