Shine Muscat, Buah Anggur Kayangan Viral

Selain buah donat peach, buah shine muscat ni juga viral. Tak pasti dah viral lama atau baru viral. Tertarik dengan rupa parasnya yang berbentuk hampir bentuk bulat.  Sekali imbas nampak macam buah kundang muda je.

Kebetulan kedai yang sama jual donut peach ada jual shine muscat ni. Alang-alang tu beli lah sekali. Dua jenis buah je nak cecah RM50 dah. Betul-betul duduk di kayangan buah-buahan ni. Lagi-lagi viral. Mulalah ada peniaga yang ambil kesempatan. 

Tapi buah-buahan premium memang mahal pun kan. Dia punya proses penghasilan buah tu makan modal, makan teknologi dan makan masa. Sebab itulah mahal. 

Buah Shine Muscat Viral

Shine Muscat ni buah anggur premium Jepun. Buahnya rangup dan tanpa biji. Isi buahnya translucent, jernih macam tu. Rasa pula manis. Rasa satu gerenti tak cukup. Sekali makan je boleh habis sebekas. Tak sempat nak simpan.

Buah Shine Muscat Viral

Sebekas RM18. Tak ingat pula berapa gram. Untuk buat rasa-rasa okaylah sebab harga dia pun boleh tahan kayangan juga. Dapatlah makan kedua-dua buah kayangan ni, buah donut peach dan shine muscat. 

Buah kayangan viral

Buah longan brazil je tak dapat lagi. Ada tanya pada peniaga di facebook. Katanya musim buah longan brazil dah habis. Kenalah kita tunggu musim seterusnya.

10 comments:

  1. Rupanya viral buah ini. Ada baca Sha beli murah sahaja.

    ReplyDelete
  2. cantiknya buah tuu...nampak sedap dan juicy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pun dah tergoda kan Cuya. Memang sedap dan juicy.

      Delete
  3. Teringat buah anggur kayangan harga sekilogram RM80 sewaktu kami ke Muar akhir bulan Mei lepas. Kami beli banyak jenis buah untuk isi bakul hantaran. Apabila tuan kedai hulurkan kami buah anggur kayangan (entah anggur dari negara mana) kami tak mahu sebab mahal sangat. Rupanya dia hendak kami merasa. Kami ambillah sebiji seorang. Masya Allah! Agaknya anggur dari syurga! Sedapnya.... macam ada rasa kurma segar pula. Dah janji dalam hati, cuti nanti kalau ke Muar, akan singgal di kedai buah ... entah apa namanya kedai tu!
    Donut peach tu macam selalu juga nampak di LD tapi belum tergerak hati hendak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uishh mahal nau tu kak Amie sekilo dah RM80. Dapat rasa sebiji pun untung juga. Ada rezeki nanti ke Muar lagi kena beli tu kak Amie. Nanti boleh cuba donut peach di LD pula kot tergerak hati nak cuba.

      Delete
  4. banyak buah2 viral skrg ni.. tp semua tak cuba lg

    ReplyDelete
  5. donut peach pun sy x rs lagi. yg ni entah bla dpt rasa agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot tersinggah kedai buah atau tempat buah dalam Mall tu bolehlah beli dan cuba rasa nanti Anies.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.