Telemovie Rindu (TV2)

Tonton Telemovie RINDU, telemovie khas sempena sambutan Maal Hijrah 1445H/2023M ditayangkan pada hari Rabu, 19 Julai 2023, jam 9.00 malam di RTM TV2. Rindu memaparkan kisah kekeluargaan yang sarat dengan mesej sebuah pengorbanan dalam penghijrahan.

Juga boleh tonton telefilem Rindu full movie secara online live streaming online menerusi platform penstriman RTM Klik atau menggunakan aplikasi RTM Klik. 

TELEFILEM RINDU

Waktu siaran : Rabu, 19 Julai 2023, jam 9.00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Ezynaz
Idea dan Konsep : Nor Ashikin Zainal
Pengarah : Nor Ashikin Zainal
Produksi : Unit Drama TV RTM

Telemovie Rindu TV2

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Rindu menampilkan pelakon Ezzaty Abdullah , Adrianna Qasmia , Laila Nasir , Haeriyanto Hassan , Linda hashim , Izzy Reef , Lia Natalia , Shazman Isaac , Anggun Cassandra dan Shyrim Husni dan ramai lagi.
  • Ezzaty Abdullah sebagai Zarina
  • Adrianna Qasmia sebagai Zarina (Kecil)
  • Laila Nasir sebagai Aini (Ibu)
  • Haeriyanto Hassan sebagai Zahir (Ayah)
  • Linda Hashim sebagai Laila
  • Izzy Reef sebagai Amin
  • Lia Natalia sebagai Abil
  • Shazman Isaac sebagai Amin (Kecil)
  • Anggun Cassandra sebagai Abil (Kecil)
  • Shyrim Husni sebagai Cikgu Mat

SINOPSIS RINDU

Rindu mengisahkan tentang kisah seorang gadis cekal bernama Ina yang walaupun sering tidak dihargai, dia tidak kenal erti lelah mencari rezeki dan berbakti buat ibu bapanya sejak kecil hingga dewasa dan akhirnya berjaya. 

Kemalangan yang menimpa benar-benar menampar keluarga ini dan sedar tentang pengorbanan seorang anak. Kedaifan yang diharungi oleh keluarga tidak pernah melenturkan semangat Ina untuk terus membantu meringankan beban ibu bapanya. 

Ibu bapa Ina dihimpit dengan kenangan perit dan ketidak puasan hati dalam rumahtangga hingga menjadikan mereka seorang yang hanya pentingkan perasaan sendiri. Ibu bapa Ina seakan lupa tentang kebajikan dan kebahagian anak-anak mereka.

Telemovie Rindu TV2

Bagi meneruskan hidup keluarga dan menampung kos pelajarannya, Ina sanggup bekerja sambilan semenjak dari sekolah rendah lagi. Walaupun memiliki sifat yang rajin serta pandai dalam pelajaran, Ina tidak lari dari masalah yang tercipta di sekolah. 

Ina dicemburui oleh rakan sebaya yang menabur fitnah ke atasnya hingga biasiswa pelajarannya ditarik semula. Namun begitu kata-kata semangat dan kepercayaan oleh cikgu kesayangannya membuatkan Ina tidak berputus asa. Ina berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke universiti dan bekerja sebagai eksekutif.

Ina merupakan kekuatan keluarga. Dia adalah sumber pendapatan keluarga dan menjadi tempat mengadu segala masalah. Masalah rumahtangga ibu bapanya sentiasa berterusan sehingga Ina dewasa. Ina berkorban masa, tenaga dan juga mental bagi menjaga kebajikan ibu bapanya.

Mereka berhijrah berpindah randah, dari bilik yang kecil hingga ke rumah yang lebih besar. Ada sahaja yang tidak kena dengan ibu bapanya. Tahap kesihatan ibu bapanya juga semakin merosot dan ini memerlukan perhatian yang lebih dari Ina. 

Telemovie Rindu TV2

Sedikit sebanyak masalah keluarga Ina menjadi punca sakitnya semakin parah. Ina merahsiakan sakit kepala yang dihidapinya. Ina tetap memegang prinsip seteruk mana ibu bapanya, sesusah mana sekalipun hidup Ina, dia tetap mahu berbakti kepada orang tuanya kerana dia percaya kejayaan di dunia dan akhirat adalah berkat doa ibu bapa.

Kakak dan adik-adik Ina masing-masing telah berumahtangga dan cuba lepas tangan hanya kerana Ina belum berkahwin dan punya pendapatan lebih. Ina semakin tertekan kerana dia juga punya komitmen hidup dan mohon bantuan adik beradik menjaga ibu bapa mereka ketika dia bertugas di luar negara.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.