Cara Perbaharui Cukai Jalan (Road Tax) Online dan Lesen Memandu Digital Menggunakan Aplikasi MyJPJ

Mulai 1 Ogos 2023, Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan cukai jalan (road tax) dan lesen memandu fizikal. Pihak JPJ telah menamatkan penggunaan disk road tax dan lesen memandu fizikal. Daripada fizikal bertukar kepada digital secara meneyeluruh bagi memudahkan urusan pengguna pada masa akan datang.

Orang awam tidak perlu lagi ke pejabat JPJ untuk urusan pembaharuan (renew) cukai jalan (road tax) dan juga lesen memandu. Kini JPJ road tax renewal (pembaharuan) dan lesen memandu digital secara online je. Pastikan muat turun aplikasi MyJPJ dalam telefon pintar.

Renew road tax dan lesen guna Aplikasi MyJPJ

Cara Perbaharui Cukai Jalan (Road Tax) dan Lesen Memandu Digital Menggunakan Aplikasi MyJPJ Online

Cara daftar di aplikasi MyJPJ

  1. Muat turun aplikasi MyJPJ.
    • Pengguna android, muat turun di Google Playstore
    • Penguna iOS, muat turun di Apple App Store
  2. Daftar masuk sebagai pengguna baharu dengan menyediakan butiran berikut :
    • Nombor kad pengenalan
    • Nama pemilik kenderaan
    • Nombor telefon untuk dihubungi
    • No. rujukan : biarkan kosong
    • No. siri lesen memandu : Rujuk belakang kad lesen memandu (pemilik yang tidak memiliki  lesen memandu, pastikan untuk mengambil no. rujukan di kaunter JPJ sebelum mendaftar)
    • Masukkan alamat emel yang aktif kerana kata kunci (password) sementara akan dihantar melalui emel tersebut.
    • Jawab soalan keselematan (3 soalan)
  3. Seteleh berjaya mendaftar,s emak emel untuk mendapatkan kata kunci (password) sementara.
  4. Kembali semula ke aplikasi MyJPJ dan masukkan nama pengguna (username) dan password sementara yang diberikan. Ikuti arahan seterusnya untuk menukar kepada password baru.
  5. Setelah berjaya log masuk, boleh mula menggunakan aplikasi MyJPJ untuk semak butiran perlesenan kenderaan, perselenan memandu, saman JPJ secara online menggunakan aplikasi MyJPJ.

Renew road tax dan lesen guna Aplikasi MyJPJ

Cara Renew Roadtax Di MySikap

Cara renew roadtax JPJ secara online menggunakan id (no kad pengenalan) dan kata kunci (password) yang sama dengan pendaftaran di aplikasi MyJPJ.
  1. Login ke portal MySikap https://public.jpj.gov.my/
  2. Sila pilih menu kenderaan
  3. Kemudian, pilih Pembaharuan Lesen Kenderaan Motor
  4. Isikan maklumat pembaharuan lesen
  5. Buat bayaran
  6. Semak dan buat pengesahan
  7. Selesai
Okay senang kerja kita untuk renew road tax dan lesen secara online je. Kini semuanya urusan hanya dihujung jari je boleh settle. Tak perlu nak perbaharui lesen memandu di pejabat pos pun. Senang pun senang ada lesen memandu digital. Pastikan telefon sentiasa ada data internet.

Harga renew lesen memandu 2023

Lesen B2, D

1 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM30
Jumlah Amaun : RM60

2 tahun
Amaun Penyelarasan : 30.
Amaun Lesen : RM60
Jumlah Amaun : RM90

3 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM90
Jumlah Amaun : RM120

4 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM120
Jumlah Amaun : RM150

5 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM150
Jumlah Amaun : RM180
 
6 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM180
Jumlah Amaun : RM210

7 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : 210
Jumlah Amaun : RM240

8 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM240
Jumlah Amaun : RM270

9 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM270
Jumlah Amaun : RM300

10 tahun
Amaun Penyelarasan : RM30
Amaun Lesen : RM270
Jumlah Amaun : RM300

Harga lesen memandu motorsikal 2023

1 tahun : RM20
2 tahun : RM40

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.