Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara, Pekerjaan atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

Setiap perbuatan atau memulakan sesuatu kerja, kita akan mulakan dengan bismillah disusuli dengan doa. Kita mohon kepada Allah supaya memudah segala urusan yang kita lakukan. Berdoa juga mengingatkan kita bahawa segala yang berlaku adalah dengan izin Allah.

Jika Allah izinkan, ia akan berhasil. Jika tidak, bersangka baiklah pada Allah. Mungkin Allah tangguhkan dulu dan digantikan dengan yang lebih baik. 

Amalkan membaca doa sebelum memulakan sesuatu perkara, pekerjaan, perniagaan atau apa juga yang dilakukan. Hanya kepada Allah tempat kita memohon agar urusan kita dipermudah dalam segala hal kerja kita.

Doa-doa Sebelum Memulakan Sesuatu Perkara, Pekerjaan atau Perniagaan Untuk Amalan Setiap Hari

Doa Sebelum Memulakan Sesuatu Pekerjaan atau Perniagaan

Doa mula kerja 1

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
Allahumma inni as aluka i’lman nafi’a, warizqon toiyyiba, wa amalan mutaqabbala

Maksudnya : “Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
Hadis Riwayat Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah

Doa mula kerja 2

اَللهُمَّ اغْفِرْلِى ذَنْبِيْ وَوَسِّعْ خُلُقِيْ وَطَيِّبْ لِيْ كَسَبِيْ وَقَنِّعْنِيْ بِمَا رَزَقْتَنِيْ وَلاَتَذْهَبْ قَلْبِيْ إِلَى شَيْئٍ صَرَّفْتَهُ عَنِّيْ

Allaahummaghfir lii zambi, wa wassi’ khuluqii, wa thayyib lii kasabii, wa qanni’nii bimaa razaqtanii, wa laa tadz-hab qalbii ilaa syai-in sharraftahu ‘annii

Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah dosaku, perluaslah (muliakanlah) akhlakku, berilah untuk ku pekerjaan yang baik, jadikanlah aku puas menerima apapun yang Engkau kurniakan kepadaku dan janganlah Engkau buat hatiku mengingat apapun yang telah Engkau palingkan dariku.”

Doa mula kerja 3

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلىَ اللهِ وَاعْتَصَمْتُ بِااللهِ وَفَوَّضْتُ أَمْرِى إِلَى اللهِ حَسْبِىَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَةَإِلَّابِاللهِ اْلعَلِىِّ اْلعَظِيْمِ
Bismillaahi tawakkaltu ‘alallaahi wa tashamtu billaahi wa faw-wazhtu amri ilallaahi hasbiyallaahu wani’mal wakiilu walaa haula wallaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adzhiim

Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku mulai dan aku bertawakal kepada Allah, aku berpegang teguh kepada Allah, dan aku menyerahkan kepada Allah, cukup Allah tempatku berpegang dan bertawakal, tidak ada yang lebih kuat dan kuasa, hanya Allah yang Maha Tinggi dan Maha Esa.”

Selamat beramal.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.