Gambar Logo Hari Kemerdekaan 2023 dan Hari Malaysia 2023, Malaysia MADANI

Bulan Ogos adalah bulan Kemerdekaan negeri kita, Malaysia. Nama lain bagi Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan (Independence Day) adalah Hari Kebangsaan (National Day) yang disambut setiap tahun pada tarikh 31 Ogos setiap tahun.

31 Ogos 2023, Hari Kemerdekaan Malaysia 2023 jatuh pada hari Khamis. Tarikh Hari Malaysia 2023 pula pada 16 September 2023 iaitu hari Sabtu. Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi seluruh Malaysia.

Soalan : Merdeka 2023 keberapa?
Jawapan : Hari Kemerdekaan ke-66

Setiap tahun, sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan logo dan tema yang berbeza. Logo Hari Kemerdekaan ke-66 tahun 2023 berteraskan Logo Malaysia MADANI. Logo ini juga digunapakai untuk sambutan Hari Malaysia.

Logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan Hari Kemerdekaan/Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023

Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia MADANI dan sebagai simbolik ‘tangan yang sedang diangkat untuk melafazkan ikar Rukun Negara’.

Logo Malaysia MADANI HKHM 2023

Logo HKHM 2023 ini juga mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.

Logo Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ini terletak pada enam rukun iaitu :

M (keMampanan)
A (kesejAhteraan)
D (Daya cipta)
A (hormAt)
N (keyakiNan)
I (Ihsan)

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (Malaysia MADANI)

Malaysia MADANI merupakan panduan dan ikhtiar secara bersepadu dan holistik sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi. Malaysia MADANI bertunjangkan sikap saling menghormati, meraikan kepelbagaian dan menjadi medan dialog peradaban.

Kerangka Malaysia MADANI menjadi pemacu kewujudan masyarakat maju dan bertamadun berdasarkan ilmu pengetahuan, tradisi, khazanah dan kearifan tempatan.

Rasional Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 Malaysia MADANI

  • Jalur – 5 jari dengan jalur merah putih merupakan simbolisme kepada Rukun Negara, asa ideologi Malaysia
  • Bulatan – Bulatan berwarna biru menandakan kebulatan, muafakat dan perpaduan di kalangan rakyat
  • Bulan Sabit – Bulan merupakan simbol agama Islam sebagai agama Persekutuan
  • Bintang – Bintang berbucu 14 menandakan perpaduan di kalangan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan
  • WARNA BIRU – Kesatuan nasional, keterangkuman dan persaudaraan
  • WARNA MERAH – Keberanian, jatidiri dan keazaman
  • WARNA KUNING – Nilai tradisi, kebudayaan dan kearifan tempatan
  • WARNA PUTIH – Keluhuran budi, kesucian hati dan hasrat murni
Untuk maklumat lanjut mengenai logo, tema dan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, layari http://merdeka360.my/

Sumber info dan gambar : Merdeka360

Info tambahan

Senarai logo mengikut tahun bermula tahun 1976 sehingga 2022

Senarai logo mengiku tahun bermula tahun 1967 sehingga 2022
sumber :infosentral

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.