Grace And Glow Black Opium Silky Hair Mist Wangi Betul!

Bahaya tau kalau tengok TikTok ni. Risau tak berhenti nak beli macam-macam. Mudah sangat terpengaruh dengan jualan di TikTok Shop. Tak pasal-pasal terbeli Grace And Glow Black Opium Hair Mist pula.

Saya beli ni Grace And Glow Black Opium Hair Mist sebelum membeli stok baru NEEDS keratin hair spray serum tu. Kononnya nak cubalah jenama grace and glow yang tengah hype sekarang ni. Ramai yang suggest beli bauan black opium ni. Bau wangi yang best ibarat bauan minyak wangi YSL Black Opium black opium katanya.

Kita ni mana pernah bau minyak wangi semahal itu. Jadi tak tahulah bau dia macamana kan. Bila dah membeli barulah dapat rasa bau dia macamana.

Wow! Wangi betul masa spray tu. Terus suka dengan bauan black opium. Best juga ye bau black opium ni. 

Grace And Glow Black Opium Hair Mist

Grace and Glow black opium silky hair mist review

Wangi tu dah bagus dah tapi yang tak bestnya rambut agak kasar sikit lepas tu. Mungkin ini terjadi pada rambut saya je kot. Dia bukanlah kasar sangat tapi tak selembut biasa.

Untuk pakai Grace And Glow Black Opium Hair Mist ni saya perlu pakai NEEDS keratin hair spray serum terlebih dahulu. Barulah rambut jadi lembut, mudah urus dan wangi dengan bauan mewah black opium. 

Grace and Glow Black Opium Silky Hair Mist

Black opium silky hair mist memiliki bauan perfume branded/high end iaitu Black Opium by YSL. 

Bahan utamanya iaitu Golden Marula yang berfungsi menyuburkan dari akar hingga ke hujung rambut, menjadikan rambut mudah diurus tanpa meninggalkan rasa berminyak/tidak selesa. 

Minyak Zaitun berfungsi untuk mengelakkan rambut kering, membaiki rambut bercabang, dan menyuburkan folikel rambut. Sebagai perlindungan tambahan untuk rambut yang sering digayakan.

Kebaikan Grace and Glow Black Opium silky hair mist

  1. Memberikan kesan rambut lebih sihat berkilau
  2. Mencegah bau kurang enak rambut dan kulit kepala
  3. Menutrisi rambut

Kandungan utama Grace and Glow Black Opium silky hair mist

Golden Marula (sclerocarya birrea fruit extract)

  • Menyuburkan akar hingga ke hujung rambut 
  • Menjadikan rambut mudah diurus 
  • Menjadikan rambut anti keriting

Olive Oil (olea europaea (olive) fruit oil)

  • Mencegah rambut kering 
  • Membaiki hujung pecah/bercabang
  • Menyuburkan folikel rambut

Cara penggunaan

  1. Goncang sebelum digunakan untuk meratakan kandungannya dan mengaktifkan aroma. 
  2. Semburkan pada seluruh bahagian rambut.
  3. Sikat rambut supaya Black Opium Silky Hair Mist menyerap secara rata. 
  4. Boleh digunakan selepas syampu rambut samada separa kering atau kering sepenuhnya.
Kalau nak rambut wangi silalah cuba pakai grace and glow black opium ni. Rambut pun cantik berkilau.

12 comments:

  1. Akakpun tidak tahu bagaimana bau black opium. Tengah viral ya? Hehe tidak tahu apa tengah popular sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Viral dalam TikTok kak. Bauan yang best. Boleh cuba.

      Delete
  2. Kalau teringin apa2 dan tidak membebankan beli aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Terima kasih wak untuk nasihat ni. Nampaknya begitulah. Lalu membeli terus.

      Delete
  3. wahhh menarikkkk tapi racunnnn racunnn (poket) hahaha

    ReplyDelete
  4. Cuya kalau bab2 kesihatan rambut memg tkkn terpengaruh pon...
    kalau bab makann mungkin ya....ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bab makanan memang mudah terpengaruh kan. Tempting tengok.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.