Guna Grace And Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum, Ketiak Bau Wangi Dan Lebih Cerah Katanya
Ini satu lagi racun TikTok yang asyiklah lalu lalang di FYP. Selagi tak beli, selagi tu dia muncul. Disebabkan saya dah tersuka dengan bauan black opium dari Grace and Glow hair mist tu, makanya tak banyak bicara kita pun belilah. Tapi bukan di TikTok. Beli di Shopee. Sebab boleh dik...
Rasanya dah banyak cerita deodorant dalam blog ni. Mencari kererasian dan bajet itu penting ye kawan-kawan.
Sampai sekarang masih kekal dengan menggunakan grace crystal deodorant yang murah dan tersangatlah berkesan. Sejenis deodorant tak ada bau yang mampu menghapuskan bau badan dan tersangatlah selesa pakai tak melekit dan tak merosakkan fabrik baju.

Guna rareblee xanadu body filter deodorant pun okay sangat. Memang best pakai. Bau wangi dan selesa. Tapi yang tak selesanya macam melangkaui bajet sikitlah.
So sekarang kita cuba Grace and Glow black opium smooth deodorant serum pula. Mulanya macam malas nak cuba sebab jenis roll-on. Kita ni tak suka jenis roll-on sebab tak suka deodorant jenis melekit-lekit tu.
Tapi kalau dah semua review kata bagus, kita pun terpengaruhlah apa lagi. Beli juga Grace And Glow black opium smooth deodorant serum. Wangi dan mencerahkan ketiak katanya.
Tapi kalau dah semua review kata bagus, kita pun terpengaruhlah apa lagi. Beli juga Grace And Glow black opium smooth deodorant serum. Wangi dan mencerahkan ketiak katanya.
Grace and Glow Black Opium Smooth Deodorant Serum
Black opium Smooth Deodorant Serum memiliki bauan minyak wangi berjenama iaitu Black opium dari Yves Saint Laurent (YSL) dengan bahan utama Niacinamide dan AHA yang berfungsi untuk menghalang peluh dan bau yang tidak menyenangkan daripada keluar dan mencerahkan ketiak.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu melicinkan kawasan ketiak kerana mengandungi AHA sebagai pengelupasan lembut dan juga berguna untuk mengecilkan pori-pori kulit ketiak yang besar.
Bukan itu sahaja, ia juga membantu melicinkan kawasan ketiak kerana mengandungi AHA sebagai pengelupasan lembut dan juga berguna untuk mengecilkan pori-pori kulit ketiak yang besar.
Kandungan utama Grace and Glow deodorant (ingredients)
- Niacinamide 5%
- Mencerahkan kulit ketiak
- Tegangkan kulit ketiak
- Mengawal sebum
- AHA 0.5%
- Kulit ketiak licin
- Menanggalkan sel kulit mati di ketiak
- Mencerahkan kulit ketiak dengan mengelupas
- Mengecilkan pori-pori kulit ketiak yang besar
Kelebihan/ Manfaat Grace and Glow black opium deodorant serum
- Menghalang peluh dan bau yang kurang menyenangkan dari kawasan ketiak
- Mencerahkan kulit ketiak Kulit ketiak licin
- Menanggalkan sel kulit mati yang melekat di kawasan ketiak (pengelupasan)
- Mengecilkan pori-pori kulit ketiak yang besar
Cara pemakaian Grace and Glow black opium deodorant serum
Golekkan bebola deodorant secara menyeluruh pada kawasan ketiak yang bersih. Sebaiknya selepas mandi lah.Grace and Glow black opium smooth deodorant serum review
Dedorant ni didatangkan bersama kotak. Nampak exclusive lah kan. Pek tiub dengan design minimalist. Mengekalkan warna ungu untuk bauan black opium. Disebabkan saya pernah bau black opium, jadi bauan tu ternyata memang wangi macam hair mist yang saya pernah beli sebelum ni.Jenis roll-on ni dia macam melekit sikit bila kita roll tu. Tapi dia cepat kering dan selesa rupanya. Kalau tak tunggu kering terus pakai baju pun takpe. Dia akan mengering juga. Bila berpeluh pun tak keluar bau badan.
Wangian pun tahan lama tau! Pakai dari pagi sampai petang pun kita rasa confident badan tak berbau. Best! Mencerahkan tu ketiak tu satu bonus. So far, saya suka dengan grace and glow black opium smooth deodorant serum ni. Ubat ketiak yang berkesan menyahkan bau dalam jangka masa yang lama. Tak menyesal beli.
Petua hilangkan bau ketiak secara semulajadi
Ada pengguna TikTok share, cara orang dulu-dulu kalau tak nak badan berbau gosok ketiak dengan kepala lutut. Kalau dah biasa mungkin senanglah. Cara macam ni saya rasa tak semua orang boleh buat. Bergantung pada keadaan badan masing-masing.Selain tu, ada cara mudah yang lain gosok ketiak guna bahagian belakang tapak tangan semasa mandi. Yang ni mudahlah semua orang nak buat kot kan.
Sambil mandi tu picit-picit sikit bahagian kalenjar untuk keluarkan minyak ke apa entah. Saya lupa info yang tu. Katanya cara macam tu tak perlu pakai deodorant pun tak apa sebab badan tak berbau dah.

Menarikk jugak ni
ReplyDeleteYe, boleh cuba.
DeleteBagus juga deoran bau minyak wangi. Tidak perlu sembur minyak wangi pula.
ReplyDeleteTertarik pula. Harga berapa ya?
Kira confidentlah jugak kalau tak pakai minyak wangi. Harga belas² kak. masa tu harga promo.
Delete