Lampu Solar Hiasan Halaman Luar Rumah Tambah Seri Di Waktu Malam
Balik kampung kalini, banyak pula aktiviti sebab anak-anak buah pun balik kampung sekali. Bila dah ramai balik, bertambah seronoklah buat aktiviti gotong royong kemaskan rumah mak apa yang perlu.
Biasanya saya balik sebulan sekali tu mengemas dengan encik suami je. Itulah rutin bila balik kampung. Mana-mana kampung pun mesti ada aktiviti mengemas dalam dan luar rumah.
Kakak balik bawa lampu solar hiasan untuk halaman luar rumah. Saya dan anak buah tukang letak di tempat yang sesuai. Nampak menarik lampu solar hiasan taman luar rumah ni. Nampak macam taman Jepun lah pula.
Benda tak banyak, ada 10 batang je. Jadi separuh sebelah kanan, separuh belah kiri rumah. Cuaca pula tengah panas, memang elok lah dapat tenaga yang cukup untuk bercahaya malam nanti.
Tak sabar nak tunggu malam, sempat juga saya potretkan beberapa warna lampu yang ada. Setiap lampu akan keluarkan cahaya lampu warna putih, merah, biru muda, biru gelap, hijau, dan kuning. Ada beberapa warna yang tak sempat saya potretkan.
warna merah |
warna biru muda |
warna kuning |
warna merah |
Suka dengan pengcahayaan warna merah tu. Nampak menarik. Sampai je warna merah, cepat-cepat saya ambil gambar. Warna dia cepat berubah dari satu warna ke warna yang lain. Tak pasti boleh set mode dia atau tidak. Tak sempat membelek.
Terus cucuk pada tanah je. Tahu-tahu malam dah menyala macam tu. Harganya saya tak pasti sebab bukan saya beli. Pernah nampak di Shopee, harga dia dalam RM4 dan ke atas kalau tak silap. Menarik dan tambah seri halaman luar rumah letak lampu solar hiasan ni.
Jimat tenaga elektrik sebab gunakan tenaga solar. Jadi, tak perlu gunakan tenaga elektrik. Tak perlu sambung wayar bagai. Cantik pun cantik. Terang tu taklah terang sangat. Tapi bercahaya jugalah laman tu dari gelap gelita dan hanya mengharapkan lampu jalan je.
leh geng ngan ibu MA suka ngan lampu2 solar ni..
ReplyDeleteHihi..menarik kan lampu solar ni. Tambah seri landskap.
DeleteCantik lampu solar
ReplyDeleteKann..cantik lampu warna warni.
DeleteCantik ada pelbagai warna
ReplyDeletePelbagai warna tu yang bertambah serinya kan wak.
Delete