Nasi Goreng Ringkas Untuk Sarapan Pagi

Terajin pula nak buat entri sarapan pagi hari ni. Sebabnya hari ni encik suami MC sebab demam. Dapatlah kita berleha-leha sediakan sarapan pagi. Sempat juga memotret nasi goreng untuk dijadikan entry pagi ni. Menu nasi goreng ni boleh dikatakan menu hari-hari sarapan pagi.

Dalam seminggu tu adalah dalam 3-4 kali menu nasi goreng. Selebihnya kadang menu roti, bihun, mi atau kuetiau. 

Disebabkan encik suami MC juga lewat sikit siapkan sarapan. Biasanya lepas solat  subuh tu, awal pagi dah keletang keletung bunyi lesung batu. 

Harini masak nasi goreng tanpa ikan bilis. Tapi tetaplah nak tumbuk bahan guna lesung batu, lebih sedap. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang merah kecil rose dengan sedikit garam kasar. Sikit je, tak banyak. Ikut cara orang dulu suka masukkan garam dengan bahan tumbuk.

Mak dan mak mentua pun kalau menumbuk, begitulah caranya. Kita ikut je lah cara mereka. Tapi derhaka sikitlah masa menumis tu tambah setengah sudu sos tiram buat rasa-rasa sebab garam letak sikit je tadi. Kalau dah letak garam banyak memang tak lah letak sos tiram lagi. Nanti bertambah masin pula kan.

Letak rencah kacang panjang, buat nasi goreng bertambah sedap untuk pencinta sayur. Kacang panjang atau kubis antara stok sayur yang rajin dibeli sebab boleh tahan lama simpan. Kacang panjang pilih yang muda-muda baru rangup. Kubis pula pilih kubis beijing yang rangup dan tahan lama juga.

Bahan tumis pula biar garing ada hangus-hangus sikit, itu ikut selera saya lah. Telur pula saya pecahkan selepas letak nasi dan kemudian gaulkan bersama nasi. Hasilnya dapatlah nasi goreng macam lembap-lembap sikit.

Nasi Goreng Ringkas Untuk Sarapan Pagi

Kadang pecahkan telur masa tumisan dah garing. Ikut mood dan selera kaedahnya. Lain orang lain cara masaknya. Begitulah...

Nampaknya kita kena kerja overtime lah, jadi misi interim. Harap cepat baiklah. Kami ni jenis jarang sakit. Tapi kalau dah sakit, demam tu macam lama sikit. Saya pula selsema on off je. Musim sakit beginilah. Tiba-tiba dapat sakit. Tanda suruh berehat lah tu. Sakit penghapus dosa.

Allah menguji seorang hamba-Nya yang mukmin dengan sakit maka akan dihapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dengan syarat dia bersabar dan redha dengan ujian daripada Allah itu.

Dari Ibnu Mas’ud r.a. daripada Nabi saw bersabda :

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يُصِيبُهُ أَذًى مِنْ مَرَضٍ فَمَا سِوَاهُ إِلَّا حَطَّ اللَّهُ بِهِ سَيِّئَاتِهِ كَمَا تَحُطُّ الشَّجَرَةُ وَرَقَهَا
Maksudnya :
“Tidak ada seorang Islam yang menimpanya olih keburukkan seperti sakit atau seumpamanya melainkan Allah akan menggugurkan dengan sebabnya akan dosa-dosanya sebagaimana pohon-pohon menggugurkan daunnya.” —Hadith Bukhari.

Dan dari Aisyah r.a. Rasulullah saw bersabda :

مَا يُصِيبُ الْمُؤْمِنَ مِنْ شَوْكَةٍ فَمَا فَوْقَهَا إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً أَوْ حَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً
Maksudnya :
“Tiada suatu pun yang menyakitkan seorang Islam daripada duri atau yang lebih lagi dari itu melainkan Allah akan mengangkat dengan sebabnya akan darjat dan menghapus darinya dengan sebabnya akan kesalahannya.” —Hadit Muslim

sumber : UIA 

14 comments:

  1. Moga dipermudah kan semua urusan dan cepat sembuhnya utk en suami.

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap sangat walaupun ringkas. Moga segera diangkat segala kesakitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Aaamiin...Terima kasih untuk doanya.

      Delete
  3. saya pun peminat nasi goreng tapi ahli dalam rumah ni tak berkenan dengan nasi goreng,jadi menu ni jarang2 la ada untuk sarapan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh ye ke..Jarang orang tak suka nasi goreng. Hihi..takpe, ada menu lain yang jadi kesukaan ahli rumah.

      Delete
  4. Akakpun suka letak kacang panjang dalam nasi goreng.
    Tq ingatkan pasal sakit dan kesusahan.
    Semoga Fiza dan suami cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan letak kacang panjang dalam nasi goreng. krup krap rangup dia.
      Aamiin..terima kasih kak wina.

      Delete
  5. Kak Amie paling suka tambah hirisan kacang panjang muda dan segar dalam nasi goreng. Naik aromanya. Sedap kan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..betul tu Kak Amie. Terpaling suka letak sayur kacang panjang muda rangup selain kubis segar.

      Delete
  6. Kapan2 saya nak bikin nasi goreng pakai kacang panjang begini. Blm pernah, biasanya selalu daun bawang atau kubis.

    Cepat sehat kak fizah, udara memang sedang tak baik saat ini. Kdg terlalu panas, bikin sering sakit flu , demam atau batuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cubalah taro kacang pajang pula.

      Aaminn.. Terima kasih Fanny. Betul, cuaca salah satu faktor mudah demam ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.