Peringkat Pengajian Di Malaysia Selepas SPM : Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PHD
Kemana hala tuju selepas SPM? Walau apa jua keputusan SPM, pastinya semua ingin sambung belajar di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Selain sijil, boleh ambil program asasi/ matrikulasi. Lulusan peringkat ni boleh terus langkau ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Tempoh pengajian peringkat Diploma ini mengambil masa 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15 ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari jumlah tersebut.
Contohnya saya ambil Diploma Kejuruteraan Elektrik, bila sambung Ijazah Kejuruteraan Elektrik juga saya terus masuk semester 4. Dia langkau setahun. Jadi tempoh pengajian ambil masa 3 tahun daripada 4 tahun.
Encik suami lepasan Matrikulasi terus langkau ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jalan short cut menuju ke Ijazah Sarjana Mudah.
Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 4-5 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak
Dari pengalaman suami, pengajian PhD mengambil masa lebih dari 5 tahun. Tolak extend belajar, tolak tempoh PKP. Banyak dugaan dan semestinya mencabar! Jiwa kena kental. Alhamdulillah berjaya menghabiskannya. InshaAllah...Soon, Konvokesyen hujung tahun ni Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia dan Proses, UKM juga.
kredit info : sumber
Menuntut ilmu ni proses dia panjang dan tak kan pernah habis. Tuntutlah ilmu selagi ada peluang. Ilmu adalah kunci segala kebaikan dan pengetahuan. Jadilah manusia yang berilmu.
5 Peringkat Pengajian di Malaysia selepas SPM
Pengajian Di Malaysia ni ada peringkat-peringkatnya selepas SPM yang terdiri daripada 5 peringkat iaitu Sijil, Diploma, Ijazah, Sarjana dan PhD.SIJIL/ ASASI/ MATRIKULASI
Sijil (Certificate) merupakan peringkat pertama dalam peringkat kelulusan. Jika keputusan SPM tidak cemerlang, boleh mulakan dengan peringkat Sijil. Lazimnya, program/kursus tersebut dimulai dengan Sijil Kejuruteraan or sebagainya.Tempoh maksima pengajian selama 2 tahun atau mengikut program/kursus di tempat pengajian. Tempoh minima pula selama 6 bulan. Yuran pengajian kebiasaanya RM 500 untuk sekali belajar dan kebiasaanya RM 450 dan biasiswa pula bergatung kepada penaja kursus tersebut.
Jika kursus tersebut ditaja oleh agensi berkaitan kerajaan kebiasaanya biasiswa disediakan menerusi latihan dalam pembelajaran yang dilaksanakan.
Seperti UiTM satu masa dulu ada program PRA-SAINS. Dia macam program asas sebelum sambung peringkat Diploma. Tempoh minimun 6 bulan, 1 sem.
Seperti UiTM satu masa dulu ada program PRA-SAINS. Dia macam program asas sebelum sambung peringkat Diploma. Tempoh minimun 6 bulan, 1 sem.
Selain sijil, boleh ambil program asasi/ matrikulasi. Lulusan peringkat ni boleh terus langkau ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
DIPLOMA
Peringkat Diploma merupakan peringkat separa professional. Jika mendapat keputusan SPM yang cemerlang, boleh terus sambung ke peringkat Diploma tanpa perlu mengambil Sijil terlebih dahulu.Bagi lulusan Sijil, boleh terus ke peringkat Diploma pula. Tempoh pengajian adalah 3 tahun dan bayarannya berbeza mengikut institusi pengajian. Kursus diploma ini dinamakan Diploma, contohnya seperti Diploma Kejuruteraan Elektrik dan banyak lagi.
Tempoh pengajian peringkat Diploma ini mengambil masa 3 tahun dan kos pengajian kira-kira 15 ribu. Jika pengajian di universiti swasta mungkin lebih dari jumlah tersebut.
Diploma Kejuruteraan Elektrik, UiTM |
IJAZAH (IJAZAH SARJANA MUDA/ DEGREE)
Peringkat Ijazah merupakan peringkat professional. Tempoh pengajian lebih kurang 3-5 tahun bergantung pada program yang diambil. Jika pelajar dari Diploma menyambung Degree dalam program yang sama, tempoh pengajian mereka akan berkurang dari 4 tahun jadi 3 tahun sahaja.Contohnya saya ambil Diploma Kejuruteraan Elektrik, bila sambung Ijazah Kejuruteraan Elektrik juga saya terus masuk semester 4. Dia langkau setahun. Jadi tempoh pengajian ambil masa 3 tahun daripada 4 tahun.
Nama penuh peringkat Ijazah ini dinamakan Ijazah Sarjana Muda. Peringkat ini adalah peringkat profesional dengan memerlukan kelulusan sekurang-kurang mempunyai Diploma ataupun kursus persediaan seperti di Matrikulasi ataupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Contoh kursus ialah Ijazah Sarjana muda perubatan.
Tempoh pengajian pula ialah sekitar 5-3 tahun kebiasaannya adalah 4 tahun, tetapi kebanyakan kursus perubatan mungkin memakan masa 6-5 tahun bergantung kepada bilangan matapelajaran yang diambil. Kos pengajian pula tidak tetap dan kebiasaannya sekitar 20 ribu ringgit bagi sepanjang kursus diambil.

Semasa pengambilan jubah sebelum konvo Ijazah Sarjana Muda Elektrik (Elektronik) campur dengan student instrument, power, UITM |
Encik suami lepasan Matrikulasi terus langkau ke Peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jalan short cut menuju ke Ijazah Sarjana Mudah.
IJAZAH SARJANA (MASTER)
Peringkat Ijazah Sarjana atau Master merupakan peringkat yang mencabar dan agak sukar. Ia melibatkan lanjutan pembelajaran dari program Ijazah Sarjana Muda/ Degree. Tempoh pengajian lebih kurang 2-3 tahun bergantung kepada program yang diambil.Program ini ada 2 mod pengajian iaitu pengajian Sepenuh masa (full time) atau sambilan (part time) dengan program Jarak Jauh (PJJ). Tak ramai yang akan sambung peringkat Master selepas mengambil Ijazah Sarjana Muda disebabkan agak sukar. Kos pengajian Peringkat ini kebiasaannya sekitar 15 ribu bergantung kepada institusi yang dimohon
Masa zaman saya, ramai juga rakan-rakan sambung Master tapi bukan dalam program yang sama. Dari program kejuruteraan, mereka ambil master dalam perniagaan. Buat tambah ilmu, berguna juga tu dimasa akan datang.

Sarjana Kejuruteraan Kimia dan Proses, UKM |
PhD (DOKTOR FALSAFAH)
Peringkat akhir pengajian adalah PhD atau Ph. D. atau DPhil; Latin: philosophiae doctor atau doktor philosophiae. Mereka yang sudah tamat pengajian PhD akan mendapat gelaran Doktor Falsafah. Peringkat ini pengajian lebih mencabar dan memerlukan komitmen yang tinggi dalam mentelaah dan membuat kajian. Peringkat ini memerlukan syarat mempunyai Sarjana untuk diterima menyambung pengajian.Kos belajar peringkat ini kira-kira 20 ribu dan tempoh pengajian 4-5 tahun. Tetapi kebiasaanya adalah 4 tahun kecuali kursus yang sukar atau mempunyai masalah dalam menyelesaikan kajian ataupun bilangan matapelajaran yang banyak
Dari pengalaman suami, pengajian PhD mengambil masa lebih dari 5 tahun. Tolak extend belajar, tolak tempoh PKP. Banyak dugaan dan semestinya mencabar! Jiwa kena kental. Alhamdulillah berjaya menghabiskannya. InshaAllah...Soon, Konvokesyen hujung tahun ni Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Kimia dan Proses, UKM juga.
kredit info : sumber
Menuntut ilmu ni proses dia panjang dan tak kan pernah habis. Tuntutlah ilmu selagi ada peluang. Ilmu adalah kunci segala kebaikan dan pengetahuan. Jadilah manusia yang berilmu.
ramai je yg amik.masters lri dari bidang yg dia belajar masa amik degree... sy salah seorg😁
ReplyDeleteOhh..lari bidang jugak ye. Tahniah sampai ke peringkat Master.
Delete