Roti Pisang Bakar Terpaling Mudah Dan Sedap

Tiba-tiba macam lapar. Nak makan apa ye? Ada roti, ada pisang. Ting! Muncul idea nak buat roti pisang bakar. Ke roti bakar pisang? Mana-manalah kan, janji ada bunyi roti, pisang dan dibakar.

Sapukan butter atas bawah roti, letakkan dalam pan. Susunkan pisang, tekan-tekan sikit. Bila bahagian bawah roti dan garing sikit, terbalikkan roti. Biarkan pisang tu terbakar sikit dan roti tu pun biar garing sikit.

Terbalikkan semula dan letak dalam pinggan. Semasa roti tengah panas tu taburkan je gula atas pisang tu. Saya guna perang dan tabur sikit je secubit buat rasa-rasa. Pisang dah manis, jadi kita tambah manis sikit je lagi. Nanti gula tu mencair jadi karamel lah.

Sedap dimakan ketika roti masih panas dan garing bersama kemanisan pisang dan gula. Kena makan panas panas tau baru sedap. Dah sejuk, kurang sikit rasa sedapnya.

Sedap betul gabungan butter dan karamel pisang campur gula. Saya guna pisang kapas, pisang yang sedap dimakan. Buat 2 keping je sudah. Nak makan sorang je pun. 

Roti Pisang Bakar Terpaling Mudah Dan Sedap

Resipi roti pisang bakar

Bahan-bahan

roti putih 
butter
pisang
gula perang

Cara penyediaan

  1. Sapukan butter atas bawah roti
  2. Panaskan kuali dan letakkan roti. Sambil tu susun pisang dan tekan-tekan bagi mampat masuk dalam roti. 
  3. Bila dah garing bahagian bawah roti, terbalikkan roti. Biarkan pisang berkaramel dan roti garing sikit, baru terbalikkan dan letak dalam pinggan.
  4. Akhir sekali baru taburkan gula.

Nak lagi mudah, boleh guna air fryer atau oven. Saya malas nak nak guna oven, jadi kita gunakan secara manual guna pan je sudah. Roti bakar dengan butter lepas tu sapukan kaya pun sedap. 

Cerita pasal roti dan kaya, teringat pula roti bun marjerin kaya Kluang Rail Cofee yang sedap tu. Aduhaii..bila lah nak ke Kluang lagi. Nama je orang Johor, tapi jarang nak terokai negeri sendiri. Almaklumlah daerah kita lebih dekat dengan Negeri Sembilan dan Melaka.

16 comments:

  1. Wah…resepi ciptaan Fiza ya ni?
    Mudah nak tiru buat.

    Hmm…kami pun laki bini orang Johor. Tapi jangan tanyalah pasal tempat di Johor, tak berapa tau 😅. Dah lama sangat merantau, sesekali balik terus tuju rumah mak-mak kami. Susah nak cari masa jalan-jalan di Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ciptaan saya kak. Tengok ada orang buat, saya tiruvasi cuma cara penyediaan tu cara saya lah. Ada orang guna air fryer dan tabur cheese.hehe...

      Itulah tu, kalau balik menuju ke rumah je tak kemana sangat. Kena betul betul lama duduk Johor baru ada masa berjalan agaknya kot kan.

      Delete
  2. Ololo.. omey angat Roti Pisang Bakar tu, Fiza. Ni kalau ada Teh O dari Cameron Highlands, sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..mujurlah nampak comel. Wahh..dapat teh o cameron memang sedap.

      Delete
  3. Senang dan sedap ni memang saya suka hehe

    ReplyDelete
  4. wah..menariks jugak ni, leh try.. tq for sharing!

    ReplyDelete
  5. Saya hantu roti pisang bakar!
    Biasanya panggang dalam air fryer.
    Memang sedap sangat kan Fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi senang kerja tu kak Amie panggang dalam air fryer.
      Iyee..sedap ya amat!

      Delete
  6. Selalu resipi yang simple ada resipi yg paling sedap! hehe

    ReplyDelete
  7. Gampang dan tak banyak butuh bahan ya kak 👍. Cocok dibuat kalo lapar tengah malah dan cuma ada roti juga pisang 😄❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, tak perlukan banyak bahan dan mudah sangat. Buat untuk sarapan atau minum petang pun sesuai juga.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.