Sepotong Kek Marble Jelita Dengan Manik

Sekali lagi si kek marble jelita masuk cerita dalam blog. Kali ni saya potretkan versi moody white. Nampak menyerlah lah pula si kek marble jelita ni dalam moody white. Haritu versi basic moody ke vintage mood entah. Lupa!

Nak dijadikan cerita, kononnya nak beli kuih kaswi gedik viral tu tapi habis pula. Rezeki kek marble lah dapat ikut balik. Mulanya macam malas nak ambil gambar sebab dah ambil gambar haritu kan. 

Tapi disebabkan kali ni sepotong kek marble jelita ni cantik sangat kejadian dia tanpa cacat cela dan bermanik, haruslah di potretkan dia. 

Sepotong Kek Marble Jelita Dengan Manik

Epal hijau pun nak bergambar sekali. Padahal dia bukan ada kena mengena dengan kek marble jelita ni. Saja letak sekadar hiasan. Nampak kena pula dengan warna hijau tu.

Kali kedua membeli ni, masih lagi menikmati rasa kek yang sedap. Kurang manis tu yang penting. Gebu dan lembut je keknya. Kek pun wangi butter gitu. 

Selaku seorang yang tak pandai buat kek dan kuih-muih, kagum dengan bakers yang pandai buat kek dan berseni macam ni. Sekali orang beli, mesti akan ulang beli.

Kek marble dengan butter premium memang wangi dan best lagi. Ikutkan kek butter ni harganya tak lah terlalu mahal. Tapi kerana lukisan corak tu, dia automatik akan jadi mahal. Sebab bukan mudah nak buat tu. Yang pembuat je faham kepayahan nak melukis. Makan masa, tenaga dan kreativiti.

Perlu ada teknik dan tipsnya nak bakar kek elok tanpa merekah. Nanti merekah, dah tak jelita dah keknya sebab corak pun rosak. Kena faham, benda-benda berkaitan dengan seni ni ada nilainya yang perlu dibayar. Tambah lagi barang mentah pun dah serba serbi mahal sekarang. Kann...

Suka tengok bakers yang hebat berkarya. Rasa sayang pula nak makan bila kek cantik-cantik ni. Tengok hasilnya di @qaisyarosdi semua nampak cantik dan sedap-sedap.

10 comments:

  1. cantik nya kek marble tu..memang jelita sgt

    ReplyDelete
  2. cantik... syg rasa nk makan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, rasa sayang nak makan bila tengok makanan cantik cantik ni.

      Delete
  3. Amboi..memang jelita sangat ni.
    Dulu masa menetap di NS, jiran belakang rumah akak baker. Memang keraplah ngoder kek2 gini. Sekarang tinggal kenangan semua tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangattt...
      Wah untung sangat berjiran dengan bakers. Memang kerap order lah cerita dia kan kak.

      Delete
  4. Nampak cantik soft jer kek marble ni . Betul tue kak fiza, kalau nk buat kek kena tahu beberapa teknik yg betul . Baru kek cantik kejadian tanpa rekahan

    ReplyDelete
  5. Betul kak, bikin kek nih bukan gampang. Lebih susah daripada buat makanan utama. Saya mending disuruh bikin lauk pauk daripada kek 😂. Kemarin pas lebaran nak coba bikin kastangel kek aja, hasilnya gagal total 🤣🤣. Hebat memang para bakers tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Lebih rela masak lauk pauk dari kek dan kuih muih. Terus saya google kastangel tu apa..nampak sedap tu bercheese. Hihi..takpe, belajar dari kegagalan. Next time mana tahu menjadi pulak. Ya, mereka berbakat menghasilkan kek yang menjadi dan sedap.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.