Siaran Lansung Kedah vs Sri Pahang Live Streaming 8 Ogos 2023 LS19

Perlawanan antara pasukan Kedah melawan pasukan Sri Pahang akan berlansung pada 8 Ogos 2023, Selasa jam 9:00 malam bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar Kedah.

Kedah FC vs Sri Pahang FC

Perlawanan menarik dan sengit antara pasukan tuan rumah, Sang Kenari menentang Skuad Tok Gajah di Kedah Darul Aman malam ini. Pertembungan antara dua pasukan hebat di kelompok teratas liga iaitu ditangga ketiga dan keempat yang berkongsi mata. Pasukan manakah yang akan menjadi pesaing terdekat pasukan Selangor FC. 

Kelebihan buat Kedah FC bermain di halaman sendiri.

Bermain di halaman sendiri satu kelebihan buat pasukan Kedah bagi meraih 3 mata berharga. Namun begitu, cabaran tetap ada menentang pasukan pelawat yang berkongsi mata yang sama dan hanya beza 1 tangga kedudukan dalam carta liga. Pulun Kedah Pulun!

Sri Pahang FC memburu kemenangan

Berada 1 tangga di belakang pasukan Kedah, pasukan Sri Pahang pasti akan mempamerkan aksi cemerlang bagi memburu kemenangan meraih 3 mata penuh untuk dibawa pulang. Seterusnya menaikkan kedudukan di tangga ketiga di belakang pasukan Selangor FC.

Kedah FC vs Sri Pahang FC (LS19)

Waktu siaran : Selasa, 8 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
Siaran TV/ Live Strim : Astro Arena Bola 2 (CH8043), Astro GO, Sooka

Siaran Lansung Kedah vs Sri Pahang Live Streaming 8 Ogos 2023 LS19

Tiket perlawanan Kedah FC vs Sri Pahang FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Kedah FC dan Sri Pahang FC yang berlansung pada hari Selasa, 8 Ogos2023 di Stadium Darul Aman boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Harga Tiket

Teres (Terbuka) : RM 15
Pavilion (Berbumbung) : RM25
Grandstand (Astaka) : RM35

Harga Tiket kanak-kanak (12 tahun dan ke bawah)

Zon Teres & Pavilion (Kaunter B & Kaunter F) : RM10
Zon Grandstand (Terhad 200 tiket sahaja) (Kaunter F Sahaja) : RM20
*Semua kanak-kanak akan dikenakan tiket

Siaran Langsung dan Live Streaming Kedah FC vs Sri Pahang FC LS19 8 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Kedah FC vs Sri Pahang FC dari Stadium Darul Aman secara lansung menerusi saluran 803 Arena Bola dan Astro GO seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan.

Penonton juga boleh menonton perlawanan ini di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Kedah FC vs Sri Pahang FC LS19 2023

FT : KEDAH FC/ KDA (2) - (0) SRI PAHANG FC/ SRP
 Ifedayo 4'
 J. Partiban 42'


No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.