Siaran Lansung Selangor vs KL City Live Streaming 8 Ogos 2023 LS19

Perlawanan seterusnya melibatkan pasukan Selangor FC melawan pasukan KL City FC dalam saingan minggu kesembilan belas aksi Liga Super 2023.

Selangor FC vs KL City FC

Perlawanan menarik malam ini (LS19), Klang Valley Derby menyaksikan pasukan Selangor FC dengan pasukan Kuala lumpur, KL City yang dijadualkan berlansung pada 8 Ogos 2023, Selasa jam 9:00 malam bertempat di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Misi Selangor FC memburu kemenangan

Jurulatih pasukan, Tan Cheng Hoe yakin dengan pemain-pemain anak didiknya mampu untuk menggalas tanggungjawab bagi membantu pasukan mendapatkan kemenangan walaupun ada beberapa pemain tidak dapat beraksi atas faktor penggantungan.

Misi Skuad Gergasi merah memburu kemenangan di tempat sendiri dan sekaligus menambah 3 mata agar tidak dipintas oleh pasukan dibelakang iaitu Kedah dan Sri Pahang.

KL City FC tidak mudah kalah

Pertembungan kedua di tempat lawan tidak akan membuatkan KL City berasa mudah kalah walaupun tewas pada pertembungan pertama sebelum ini. KL City akan memberikan saingan yang sengit buat pasukan tuan rumah dengan adanya Romel Morales dan Tchetche Kipre selaku penjaring gol terbanyak. Sudah pasti kedua-dua pemain akan dikawal rapi oleh Skuad Gergasi Merah. 

Siaran Lansung Selangor vs KL City Live Streaming 8 Ogos 2023 LS19

Selangor FC vs KL City FC (LS19)

Waktu siaran : Selasa, 8 Ogos 2023, jam 9:00 malam
Tempat : Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Siaran TV/ Live Strim : TV Okey, Sukan RTM dan Sooka

Tiket perlawanan Selangor FC vs KL City FC

Tiket untuk perlawanan Liga Super antara pasukan Selangor FC dan KL City FC yang berlansung pada hari Selasa, 8 Ogos2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya boleh mendapatkan tiket melalui laman web rasmi tickethotline.com.my.

Siaran Langsung dan Live Streaming Selangor FC vs KL City FC LS19 8 Ogos 2023

Penonton di rumah boleh menonton Siaran Lansung Liga Super 2023 Selangor FC vs KL City FC dari Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) secara lansung menerusi saluran TV Okey, Sukan RTM dan Sooka seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-perlawanan secara percuma.

Penonton juga boleh menyaksikan perlawanan lain berbayar di platform penstriman Sooka dengan melanggan pas 1 perlawanan berharga RM7.90.

Keputusan masa penuh perlawanan Selangor FC vs KL City FC LS19 2023

FT : SELANGOR FC/ SEL (2) - (0) KUALA LUMPUR CITY FC/ KLC
Harith Haiqal 32'
Mukhairi Ajmal 76'

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.