Telefilem Cinta Paling Indah (TV2)

Cinta Paling Indah, sebuah telefilem arahan Shirin Hj. Khuzaimi bersiaran pada hari Selasa, 8 Ogos 2023, jam 9:00 malam di saluran RTM TV2. Telefilem ini dibintangi oleh Aliff Aziz, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon dan Nadia Brian.

Turut membintangi telefilem Cinta Paling Indah terbitan CMA Media Sdn. Bhd ini adalah Didi Astillah, Beego dan ramai lagi.

Telefilem Cinta Paling Indah TV2

PELAKON, WATAK DAN SINOPSIS CINTA PALING INDAH

Pelakon Cinta Paling Indah dibarisi oleh Aliff Aziz, Aprena Manrose, Mustaqim Bahadon, Nadia Brian, Didi Astillah, Beego dan ramai lagi.
  • Aliff Aziz sebagai Raes
  • Aprena Manrose sebagai Damiah
  • Nadia Brian sebagai Latifah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Solih

Cinta Paling Indah mengisahkan tentang pengorbanan dan cabaran dalam percintaan serta penghijrahan hidup watak utama bernama Raes. 

Raes digambarkan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari jalan kehidupan sebenar apabila Yazid disahkan meninggal dunia selepas mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya. Raes mengambil keputusan untuk mencari hidayah dengan belajar di sekolah pondok dan mengecewakan kekasihnya, Latifah. 

Raes meyakinkan Latifah sekiranya ada jodoh, pasti mereka bertemu lagi. Raes berkenalan dengan Damiah, gadis yang diselamatkannya ketika lemas. 

Telefilem Cinta Paling Indah TV2

Damiah pula dihantui kisah silam dengan sikap abang tirinya, Sufian yang sering cuba mencabulnya sehingga akhirnya Damiah kecundang dinodai Sufian.

Raes cuba untuk menutup aib Damiah dengan mengahwininya. Latifah kecewa apabila disahkan mengidap kanser tulang. Beliau menuntut janji Raes untuk berkahwin dengannya.

Ikuti kisahnya dalam Telefilem Cinta Paling Indah di TV2 pada hari Selasa, 8 Ogos 2023 jam 9:00 malam.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.