Telefilem Ralat (TV1)

Ralat, sebuah telefilem khas sempena bulan Kemerdekaan lakonan Azrel Ismail, Riz Amin, Ika Nabella, Nur Risteena Munim dan ramai lagi bersiaran pada hari Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 10:00 malam menerusi Slot Panggung RTM TV1. Telefilem Ralat diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Zamnaj Production.

TELEFILEM RALAT

Waktu siaran : Sabtu, 5 Ogos 2023, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Pengarah : Feroz Kader
Produksi : Zamnaj Production Sdn. Bhd.

Telefilem Ralat TV1

PELAKON DAN WATAK

Pelakon Ralat dibintangi oleh Azrel Ismail, Riz Amin, Ika Nabella, Nur Risteena Munim, Puteri Rafasya, Luna Liyana, Rahim Kidol, Sharifah Anthasha, Hashim, Ayu Azlina, Ben Ryzlan dan ramai lagi.
  • Azrel Ismail Zaim
  • Riz Amin sebagai Afzan
  • Nur Risteena sebagai Iman
  • Ika Nabella sebagai Hani
  • Puteri Rafasya sebagai Puteri

SINOPSIS RALAT

Kisah tentang dua sahabat baik iaitu Zaim dan Afzan yang bekerja di syarikat yang sama. Mereka berdua terlibat kemalangan jalan raya dan Afzan meninggal dunia manakala Zaim kritikal. Isteri Afzan, Iman mengambil alih tugas Afzan sebagai Pengarah Projek.

Anak mereka Puteri sering teringatkan arwah papanya. Iman meminta bantuan Zaim untuk memujuk Puteri. Puteri memanggil Zaim dengan panggilan papa. Isteri Zaim, Hani merupakan kawan baik Iman.

Hani syak Zaim ada hubungan dengan Iman. Iman selalu terbayangkan Zaim sebagai Afzan. Mereka berdua bernikah. Hani membawa diri untuk mencari ketenangan. Zaim dimasukkan ke hospital kerana sakit. Zaim kritikal kerana organ dalamannya masalah.

Rupanya arwah Afzan telah mendermakan hatinya pada Zaim ketika mereka berdua mengalami kemalangan. Akhirnya Zaim turut meninggal dunia.

4 comments:

  1. Cuya kalau cite2 sedih ni memang tk suka nak tengok, sebab suka happy ending je
    kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh faham faham..Risau air mata tumpah kan kalau into sangat.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.