Tema Hari Kemerdekaan 2023, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan

Tema Hari Kemerdekaan/Kebangsaan 2023, Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan seiring dengan logo Hari Kebangsaan 2023 berkonsepkan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim.

baca juga 

Pelbagai program telah dijadualkan sepanjangan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023. Boleh semak jadual/ takwim Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dalam format pdf. Paling utama, kempen mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang bulan Kemerdekaan.

Semak tatacara penggunaan Jalur Gemilang terlebih dahulu. Jangan silap pasang, jangan silap gantung atau jangan guna bendera Malaysia dengan cara yang salah.

Tema Hari Kebangsaan & Tema Hari Malaysia 2023

Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 adalah "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan".

Tema Hari Kemerdekaan 2023 Malaysia MADANI Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
sumber : Jabatan Penerangan Malaysia

‘Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Sambutan HKHM 2023. Tema ini mendasari TEKAD pemimpin bersama rakyat bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mempunyai semangat PERPADUAN yang tinggi, bersatu-padu, aman dan sejahtera.

HARAPAN Malaysia MADANI adalah PERPADUAN sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan yang berteraskan Kemampanan budaya bangsa,berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

baca juga

Senarai tema Hari Kemerdekaan/Kebangsaan Malaysia mengikut tahun 

2023 – Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan 
2022 – Keluarga Malaysia, Teguh Bersama 
2021 – Malaysia Prihatin 
2020 – Malaysia Prihatin 
2019 – Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih 
2018 – Sayangi Malaysiaku 
2017 – Negaraku Sehati Sejiwa 
2016 –2015 Sehati Sejiwa 
2014 – Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta 
2013 – Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku 
2012 – 1Malaysia. Janji Ditepat 2011 Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera 
2010 – Malaysia Menjana Transformasi 
2009 – 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan 2008 Perpaduan Teras Kejayaan 2007 – Malaysiaku Gemilang 
2000-2006 – Keranamu Malaysia 
1999 – Bersatu Ke Alaf Baru 
1998 – Negara Kita Tanggungjawab Kita 
1997 – Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya 
1996 – Budaya Penentu Kecapaian 
1995 – Jatidiri Penggerak Wawasan 
1994 – Nilai Murni Jayakan Wawasan 
1993 – Bersatu Menuju Wawasan 
1992 – Wawasan Asas Kejayaan 
1991 – Wawasan 2020 
1990 – Berjaya 
1988-1989 – Bersatu 
1987 – Setia Bersatu Berusaha Maju 
1986 – Bangsa Tegas Negara Teguh 
1985 – Nasionalisme Teras Perpaduan 
1984 – Amanah Asas Kejayaan 
1983 – Bersama ke Arah Kemajuan 
1982 – Berdisiplin Giat Maju 
1981 – Berdisiplin Berharmoni 
1980 – Berdisiplin Berbakti 
1979 – Bersatu Berdisiplin 
1978 – Kebudayaan Seni Perpaduan 
1977 – 20 Tahun Bersatu Maju 
1976 – Ketahanan Rakyat 
1975 – Masyarakat Berdikari 
1974 – Sains dan Teknologi Alat Perpaduan 
1973 – Masyarakat Kebudayaan Malaysia 
1972 – Masyarakat Adil 
1971 – Masyarakat Progresif 
1970 – Muhibah dan Perpaduan

Lagu tema Malaysia MADANI

Malaysia MADANI merupakan lagu hasil ciptaan dan nyanyian kumpulan Bunkface menjadi lagu tema rasmi yang berkonsepkan MADANI diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lirik berdasarkan enam rukun MADANI yang menjadi kerangka visi baharu negara pimpinan Anwar, selain sebagai tonggak dalam memeta hala tuju Malaysia ke arah negara bangsa maju serta sejahtera.

baca juga 

Untuk maklumat lanjut mengenai logo, tema dan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023, layari http://merdeka360.my/

Sumber info dan gambar : Merdeka360

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.