Bulan Safar Bukan Bulan Sial

Hari ini 13 September merupakan hari Rabu terakhir dalam bulan Safar 1445H dimana dikatakan akan berlaku musibah. Berikut penjelasan daripada JAKIM tentang perkara ini bagi tidak menimbulkan salah faham. 

Bulan Safar Bukan Bulan Sial

BULAN SAFAR BUKAN BULAN SIAL

Tular di media sosial yang mengatakan 13 September yang juga Rabu terakhir bulan Safar akan berlaku musibah. 

Galakkan melakukan ibadah bagi mencegah berlakunya bala dan mengaitkannya dengan bulan Safar merupakan kepercayaan karut yang pernah dianuti oleh masyarakat Arab Jahiliyyah.

Kepercayaan seperti ini hendaklah dijauhkan oleh umat Islam kerana ini adalah perbuatan yang ditegah oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW bersabda:
Tidak ada penyakit yang berjangkit, tidak ada kepercayaan bahawa haiwan memberi manfaat dan mudarat, tidak ada kesialan dalam bulan Safar dan tidak ada juga kepercayaan datangnya malapetaka disebabkan burung hantu.—Riwayat al-Bukhari (5770)

Dalam Islam, tiada bulan yang buruk. Semua bulan adalah bulan-bulan yang baik. Semoga Allah lindungi dan rahmati kita semua. Aamiin...

sumber info & images : JAKIM

10 comments:

  1. Ada lagi ya yang percaya bulan sial 🤦🏻‍♀️

    ReplyDelete
  2. ye.. semua ni dilarang dalam agama kita. Takde istilah bawa sial, buang sial, hari sial atau pun bulan sial dalam agama kita

    ReplyDelete
  3. orang dulu2 banyak yang percaya ginikan..tu yang ada mandi tolak bala di bulan safar lah bagai.

    Teringat arwah mama plan nak letak nama arwah adik "Nursafarina" sbb dia lahir dibulan safar...tp nama pun plan ... nama versi ala-ala India juga yg akhirnya ditulis oleh arwah ayah ammi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam kan sampai terbawa-bawa zaman now.
      Ohh ada kisah disebalik nama.

      Delete
  4. Setujuuu. Saya dari dulu juga tak percaya yg namanya bulan sial, angka sial, tanggal sial, atau segala macam sial lainnya 🤣. Bagi saya itu seperti tak percaya dengan takdir Allah. Atau percaya dengan segala sesuatu yg syirik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, benda syirik dan kepercayaan karut ni patut dijauhi.

      Delete
  5. Teringat dulu waktu kecil, orang kampung 'mandi safar' di pantai.
    Alhamdulillah, lama-kelamaan kepercayaan khurafat itu sudah tidak ada lagi beberapa tahun kemudian. Syukurlah ilmu agama semakin luas disebarluaskan untuk membezakan yang bathil dan yang hak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. First time dengar upcara tu. Syukurlah zaman dah berubah dan banyak pendedahan tentang ilmu agama.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.