Kupi-Kupi Di Bunga 59 Cafe Sekali Lagi
pertama kali makan-makan dan mengopi di Bunga 59 Cafe
Sekali bila dok belek-belek menu dengan menggunakan QR Code tu, tak ada pula menu chiken chop dalam senarai. Dah habis agaknya kot. Sebab tu tak ada.
Almaklumlah, hari Sabtu malam Ahad. Hari minggu yang ramai orang keluar malam. Mungkin sebab tu habis cepatlah kot. Kami sampai pun lebih kurang pukul 10 lebih macam tu. Kira dah lewat juga lah.
Kami pun baru nak makan malam. Makan lewat sikit sebab perut pun tak lah lapar sangat. Tapi bila sampai tengok menu yang ada, terus auto lapar!
Saya pesan spaghetti bolognese dan hazelnut latte. Encik suami pula pesan nasi ayam penyet dan cafe latte. Masa kami sampai tu cuma ada satu je menu yang ada pelanggan. Jadi menu yang kami pesan tu cepatlah sampainya.
Bagus juga kan datang waktu macam tu. Waktu tak sibuk dan boleh santai lepak lama-lama dengan selesa.
Spaghetti bolognese sampai dulu. Macam biasa, kamera makan dulu. Sebelum kawan-kawan dia yang lain sampai, kita potretkan dia sorang-sorang.
Spaghetti bolognese.
Mengancam betul ye spaghetti bolognese dia. Sos dia melimpah dan porsi spaghetti dia pun banyak. Taburan herbs pun banyak. Kenyang betul makan sorang-sorang. Encik suami tak suka sangat bolognese, dia lebih suka carbonara.
Sos bolognese dia sedap, saya suka. Tapi dia macam manis sikit. Kalau letak black pepper tu rasa pedas sikit lebih mencapai KPI selera saya. Pempedas mesti lah nak rasa pedas. Kann...
Lepas tu barulah Hazelnut latte dan Cafe latte sampai.
Hazelnut latte.
Hazelnut latte di Bunga 59 cafe ni memang sedap. Terima kasih barista! Next time nak order hazelnut latte lagi. Hihi...
Cafe latte.
First time mencuba cafe latte. Cafe latte ni untuk pencinta kopi yang suka pahit-pahit kopi dan tak manis lansung. Espresso dengan full cream je kalau tak silaplah. Sesekali hirup kopi pahit-pahit sedap macam ni pun best juga.Nasi ayam penyet.
Selepas dua kali datang makan di sini. Saya rasa menu western dia sangat wow, sedap! Puas hatilah dengan harga dan rasa. Berbaloi! Nampaknya bakal jadi cafe persinggahan wajib singgah bila balik kampung.
Lewat betul singgah makan.
ReplyDeleteKalau ada rasa manis pada makanan yang patut masin memang lambat sedikit untuk dihabiskan.
Nanti hendak tengok rupa paras chicken chop pada pos sebelumnya.
A'ah lewat kak.
DeleteMasin sangat pun tak boleh juga. Kena balance rasa dia.
Chicken chop dia sedap!
sedapnya
ReplyDeleteYe, sedap!
DeleteMemang kliatan sedaaap bolognese nya kak 😍😍😍. Saya pun tipe yg lebih suka spaghetti Alfredo, carbonara atau aglio Olio. Jarang sangat bolognese. Tapi yg ini dari plating saja nampak tempting sangat 👍.jadi teringin nak coba 😄
ReplyDeleteMemang sedap! yang tak suka mungkin akan suka makan. Food plating memang mengancam tekak gitu. hihi...
DeleteSaya pun terpikat dengan spaghetti bolognese tu. Saua suka kalau kuahnya banyak, banjir melimpah ruah hihihii. Mewah taburan herbanya, tak kedekutlah tuan punya cafe.... slurrrppp...sluurrppp!
ReplyDeleteBetul tu Kak Amie, owner kedai tak kedekut. Berbaloi kuantiti dan harga dan juga rasanya yang sedap.
Deletekopi dia nampak menarik dan pekat!
ReplyDeleteKopi dia memang menarik dan sedap!
Delete