Telefilem Insan Terpilih (TV9) Berdasarkan Kisah Benar Lakonan Syazwan Zulkifly
INSAN TERPILIH
Telefilem Insan Terpilih bersiaran semula pada 25 September 2023, hari Isnin jam 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9 dan online di Tonton. Telefilem ini pernah menjadi bualan penonton apabila mendapat tahu ianya adalah berdasarkan kisah benar ditayangkan di Slot Cerekarama TV3 pada tahun 2019.Insan Terpilih, sebuah telefilem berdasarkan kisah benar seorang pemuda yang bernama Husein yang dikongsikan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor.
Telefilem ini dibintangi oleh pelakon Syazwan Zulkifly sebagai pelakon utama. Turut menjayakan telefilem insan terpilih ini Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan dan ramai lagi.
Insan terpilih dihasilkan dengan sentuhan karya sutradara Nazir Jamaluddin. Manakala skrip ditulis oleh Yati Chung dan diterbitkan oleh syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd.
Insan terpilih dihasilkan dengan sentuhan karya sutradara Nazir Jamaluddin. Manakala skrip ditulis oleh Yati Chung dan diterbitkan oleh syarikat produksi Aniq Communication Sdn. Bhd.
PELAKON DAN WATAK
Telefilem Insan Terpilih dibintangi oleh pelakon Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan dan ramai lagi.- Syazwan Zulkifly sebagai Firdaus
- Jay Iswazir sebagai Leman
- Fathil Dani sebagai Ustaz Zakri
- Liza Othman sebagai Isteri Ustaz Zakri
- Zara Zya sebagai Mastura
- Jeff Hassan sebagai Imam
- Syrim sebagai Bilal
- Mohd Nasser Sapari sebagai Hamid
- Noraini Ahmad sebagai Che Senah
- Ayu Azlina Md Noor sebagai Che Timah
SINOPSIS INSAN TERPILIH
Hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya.Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit. Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain.
Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.
KISAH SEBENAR
Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang jemaah sebuah surau di Klang, Selangor. Telatah Husein Si Orang Gila selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda Allah bagi aku.
Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? Orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus giginya.
Bila ditanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu Allah bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.
Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’.
Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk Allah, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.
Akhir sekali jemaah dan imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Ditempiknya jemaah tu. ‘Kan Allah kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la!
Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.
Saat dia mengalunkan seruan azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘pandai kau azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib.
Aku solat tapi cara aku la. Allah tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup.
Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.
Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan ‘Husein Gila’.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
Seminggu surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan ‘Husein Gila’.
Semoga kisah ini menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.
sumber : hotfm
Post a Comment