Karipap Gulung Inti Sardin

Biasanya pagi hari Sabtu dan Ahad, hari cuti untuk sediakan sarapan pagi. Kita cari sarapan dari kedai je lah. Haritu encik suami beli nasi lemak dan saya pesan beli kuih sekali. Semasa keluarkan makanan dari bungkusan plastik, semacam pelik tengok satu kuih ni.

Kuih apa ni? Tanya saya pada encik suami. Kuih karipap inti sardin katanya. Karipap? Berkerut dahi saya disebabkan kehairan dengan rupa paras kuih karipap sardin. Lain macam rupa karipap ni.

Pertama kali tengok kuih karipap semacam ini. Saya pun rasa. Ye, memang betul kuih karipap. Intinya sardin. Lepas tu saya pun google lah. Ohh memang ada rupanya kuih karipap macam ni. Namanya karipap gulung sardin atau sardin roll.

Dari mana asalnya saya pun tak pasti. Tak mengkaji jauh, hanya setakat tahu namanya saja. Bentuknya macam croissant versi kurus. Hujungnya yang panjang tu agak keras tapi rangup. Rasa dia memang rasa karipap biasa inti sardin tu. 

Cuma beza rupa paras dan intinya sikit je lah. Tapi tak sampai tahap inti oksigen lagi.

Karipap Gulung Inti Sardin

Karipap gulung ni agaknya lebih mudah nak buat kot. Tak perlu kelim tepi. Gulung-gulung je dah siap. Yang penting doh kulit karipap tu kena sedap. Bila digoreng dia rangup.

Karipap Gulung Inti Sardin

Jenis yang suka makan kulit karipap lebih daripada inti mesti akan suka dengan karipap gulung macam ni. Nampak macam mudah nak membuatnya. Nampak je mudah, tapi bagi saya tak semudah yang dibayangkan. Sebagai pengagal buat karipap, saya lebih rela beli dari buat sendiri. Yang faham je faham.

14 comments:

  1. Ada penah beli sedap ada penah beli tepung ajer isi ke laut hahahaaa.. Apa pun kalau dpt yg betul mmg sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya style macam ni memang kurang inti kot. Kalau tepung saja memang tak patutlah. Yang saya beli ni okay lagilah kulit karipapnya sedap dan ada intinya.

      Delete
  2. Replies
    1. A'ah sedap ni. Wahh Kak Nor pandai buat ye. Senanglah tu boleh makan bila bila masa.

      Delete
  3. ammi tak pernah cuba buat karipap sebab takut gagal buat kulitnya. intinya insyaallah boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu. Kita pun gagal bab kulit tu. Inti tu okaylah lagi ibarat masak lauk kan. Benda boleh adjust.

      Delete
  4. Pernah makan karipap gulung sardin tapi tak ingat di mana. Mungkin sewaktu sarapan di hotel. Yang diingat, ambil banyak dan makan habis sedap sedap sangat.
    Tak semua mampu buat kulit karipap yang memenuhi cita rasa kan Fiza. Kak Amie faham, sebab dulu waktu remaja pernah belajar buat karipap, dan memang menjadi, sangat sedap. Sekarang susah sangat hendak dapat / beli karipap yang berkulit / berisi sedap. Hendak buat sendiri, tak rajin pula hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sedap rupanya karipap gulung sardin ni. First time tengok dan makan. Walaupun inti kurang tapi kulitnya tu sedap buatkan dia jadi sedap. Kira hebat lah tu kak Amie berjaya dan dapat buat karipap sedap. Kalau kak Amie buat confirm ada yang meminta buat lagi tu. hihi...

      Delete
  5. Ini bertanduk pula. Hehe jenis hendak buat cepat, tidak perlu kelim. Yalah inti sedikit kalau buat cara begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanduk versi lurus. Agaknya lah kot. Itulah tu, tak dapat letak banyak inti. Kalau banyak mungkin lebih sedap kan.

      Delete
  6. Hahahahaha 🤣🤣🤣🤣 paham sangat saya. Sebagai sesama tak suka memasak, dan tak jago masak yang susah2, saya pun lebih memilih beli saja, drpd bahan2 tuh mubazir terbuang karena rasa failed akibat masak sendiri 😂😂

    Kakaaaak, saya naaak lah karipap gulung begini 😍😍😅. Karipap tuh kue kesukaan saya, sangaaatttt!! Karipap dan keropok lekor 😍😄. Jadi tiap ke Malaysia kalo nampak karipap, pasti saya beli. Tapi belum pernah pula lihat yg gulung 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, mana yang bukan kepakaran kita lebih baik kita beli je. Senang gitu. hihi...
      Saya pun pertama kali lihat dan makan karipap gulung ni Fanny. Nampak macam susah nak cari karipap gulung ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.