Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi LED Blinking

Lama sudah rancang nak ke Luna lights Wonderland 2.0 di Taman Malaysia Seremban. Mulanya ingatkan nak pergi masa awal buka tu 25 September 2023. Tapi lain dirancang, lain yang menjadi. Ke kampung lah kita dulu. Lagipun haritu hujan lebat.

Dan cuti sekolah pula tu kan. Mesti sesak ramai orang. Jadi lebih eloklah kita kurangkan kesesakan di waktu cuti sekolah. Tengok di media sosial pun dah macam sesak dengan ramai orangnya. 

Lepas je habis cuti sekolah, ajak encik suami pergi Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban yang tak jauh dari rumah.

Bila ada Luna Lights Wonderland ni baru tahu kewujudan Taman Malaysia Seremban ni. Apoo... nama je duduk Seremban dah 10 tahun tapi tak explore habis lagi.

Kami gerak dari rumah pukul 8:00 malam.10-15 minit je dah sampai. Masa tu tak ramai lagi. Parkir pun boleh pilih lagi nak parkir mana. Tapi parkir terpaling dekat tu memang dah penuh lah. Kami dapat parkir kereta depan bangunan Royal Gallery Tuanku Ja'afar. Jalan sikit je menuju ke Luna Lights Wonderland.

Luna Lights Wonderland 2.0 Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi : Taman Malaysia Seremban
Tempat Parkir : Royal Gallery Tuanku Ja'afar
Tarikh : Jumaat, 25 Ogos 2023 sehingga Ahad, 24 September 2023
Masa dibuka : 7:00 malam - 12:00 tengah malam

Luna Lights Wonderland 2.0 di Taman Malaysia Seremban ini merupakan terpaling besar di Malaysia 2023 daripada LUNA 2019. 4 kali lebih besar dari LUNA 2019 dan 3 kali besar daripada Stesen Putrajaya. Rekod ini telah diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record. Juga pertama kali di Malaysia Taman tema Akuatic.

Parkir kereta percuma je tanpa dikenakan apa-apa bayaran. Ada beberapa anggota RELA jaga parkir dan lalulintas. Dah siap elok parkir, menujulah kami ke jalan yang benar.  Luna Lights Wonderland ni permukaan tanah dia berbukit bukau. Kena sentiasa berhati-hati melangkah.

Macam nak turun tangga ni, kena hati-hati melangkah. Silap langkah boleh jatuh tergolek ke bawah. Sampai sini pun dah nampak meriahnya. Bahagian ni dihiasi lampu LED warna merah. Ini baru jalan nak masuk tau! Belum lagi kemeriahan dalam Taman Malaysia tu lagi. 

Layankan gambar yang banyak dalam entry ni.

Berbaloi Pergi Ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Dah turun bawah, barulah jumpa signboard Taman Malaysia Seremban ni. Jalan lagi dan jumpalah kaunter tiket.

Berbaloi Pergi Ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Masa kami sampai tak ramai orang lagi. Jadi taklah beratur lama. Kejap je dah dapat beli tiketnya.

Berbaloi Pergi Ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Harga Ticket Luna Lights Wonderland 2.0

Dewasa : RM 15.00
Kanak (12 dan ke bawah) : RM 8.00

Pembelian tiket di tempat kaunter tiket yang disediakan. Pembayaran menggunakan wang tunai sahaja.

Berbaloi Pergi Ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Dah beli tiket, jomlah kita mulakan jelajah Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban. Sebelum tu ambil dulu pintu gerbang masuk ke taman.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Sebelum masuk, tiket perlu diberikan kepada pekerja yang ada disitu untuk disemak dan dikoyakkan. Nanti dapat semula tiket yang dah dikoyakkan tepinya. Boleh simpan buat kenangan.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban ni ada 5 tema

  1. Space
  2. Animal
  3. Forest
  4. Aquatic
  5. Romance
Dari pintu masuk ke kiri akan jumpa bahagian Space dahulu.

1. SPACE

Menarik dan cantik dekorasi lampu LED bertemakan angkasa/ space ni.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban


Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Selepas ke kiri, kami terus ke kiri lagi dan masuk di terowong lampu warna-warni ni. Tak pasti nama terowong ni teroworong starwars atau terowong avarta.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Semua tempat kena ambil gambar cepat-cepat. Jangan mimpilah nak bergambar tanpa hiasan manusia di sekeliling. Jenuh lah kalau nak tunggu tak ada orang. Orang sentiasa lalu lalang kot. Ini nasib nasib je kalau tak nampak manusia lain dalam gambar.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Tempatnya memang luas betul. Dari kejauhan dan nampak kecantikan dan kemeriahan lampu LED blinking yang dikatakan berjumlah 850,000 biji. Banyak betul! Semua ruang cahaya nampak menarik dan rasa nak ambil gambar semua tempat je.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban
gambar di ambil dari atas jambatan gantung

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Okay habis bahagian Space. Sebenarnya banyak lagi gambar. Kita masukkan mana yang penting je lah.

2. ANIMAL

Okay, habis ruang space. Kita jelajah ruang animal pula. Bukan animal biasa-biasa. Luar biasa animalnya.

Yang ni rabbit tengah menyandar tapi membelakangi kita.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Zirafah ni obes betul sampai kaki belakang tak jejak tanah. Kau ni apa? zirafah ke hantu?

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Tapi comel je kan animal-animal ni semua. Kesian gajah ni bertampal-tampal rupa paras dia. Mujur bertampal-tampal sticker love bagai.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Harimau ni comel. Walaupun dia sejenis binatang garang dan bahaya. Tapi bila rupa macam ni dia jadi auto comel. Kann...

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

3. FOREST

Rasanya ini bahagian forest serba biru. Dah macam tempat acah-acah healing sampai pagi tak balik gitu. Cantik!

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

4. AQUATIC

Ruang aquatic dipenuhi dengan beberapa spesis ikan. Termasuklah cik sotong terselit disitu.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

5. ROMANCE

Ruang ni of courselah untuk para pasangan yang datang. Saya lupa bawa tripod. Jadi tak dapatlah nak bergambar berdua di photobooth yang disediakan. Ambil wefie je lah untuk simpanan.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

Selain itu banyak lagi ruang yang menarik untuk bergambar. Ini salah satu photobooth yang menarik. Saya cuma ambil gambar ruang dia je. Tak ada mood nak bergambar sebab kena tunggu giliran. Ini antara yang sempat di tangkap sementara mereka bergilir-gilir bergambar.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Betul

Kita ni gayat tapi boleh pula naik jambatan gantung ni. Bila ramai naik bergoyang dia boleh gigil lutut. Tapi disebabkan malam tak nampak sangat  bawah tu, kita macam acah-acah berani je lah. Padahal gayat!

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Betul

Dekat sini pun kena cepat-cepat ambil gambar dan pandai-pandai lah cari angle yang tak nampak manusia lain. Struggle betul. Dengan goyang lagi dengan berselisih lagi. Fuhhhh...jenuh!

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Betul

Auto cerah bergambar bila lampu putih menyala. Dah macam rupa orang lain pula dah! 

"TREE OF LIFE" 18 metres tinggi

Lampu LED ni akan bergerak dari bawah ke atas dan bertukar warna. Menarik sungguh bila tengok.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Betul

Dah puas jalan-jalan dan hampir semua dah teroka. Mohlah kita balik. 

Dari pukul 8 lebih sampai pukul 10 malam. Hampir 2 jam kami pusing-pusing dalam Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban yang serba meriah dengan lampu dan pengunjung yang datang. Pelbagai kaum dan peringkat usia datang.

Sebelum keluar, kami belok ke kiri penghujung ruang space. Kalau dari pintu masuk tadi ke kanan dulu akan jumpa ruang ni terlebih dahulu.

Mascot Terbesar di Malaysia iaitu MASCOT LUNA dengan ketinggian 11 meter

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi LED Blinking

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi LED Blinking

Sambil jalan-jalan, pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian buskers. Nampak tak di sebalik dedaun merah ni. Sempat layan buskers nyanyi sebelum beredar.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Betul

Satu lagi mascot yang tinggi ada di luar. Duta Luna berhampiran gerai makanan dan minuman. Harga minuman secawan RM5. Terus tak jadi beli. Kalau pasar malam RM3 dah boleh dapat. 

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi LED Blinking

Sebelum naik tangga yang awal turun tadi, kita ambil dari bawah pula. Atas tu tempat parkir kereta. Tak jauh pun. Tapi kalau ramai orang, parkir boleh sampai jalan besar utama. Jauh juga nak berjalan.

Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban Meriah Dipenuhi LED Blinking

Fuhh..Jalan-jalan santai pun pecah peluh juga. Entah berapa langkah agaknya dah berjalan. Yang penting harga tiket berbaloi dengan apa yang disajikan. Tak rugi datang. Penuh dalam handphone dengan gambar dan video. Mana yang gegar dan tak okay, kita delete je.

Tips ke Luna Lights Wonderland 2.0 Taman Malaysia Seremban

  1. Datang awal untuk mudah dapat parkir
  2. Pastikan bateri handphone full sebab banyak port menarik untuk bergambar dan bervideo
  3. Sediakan duit secukupnya, pembelian tiket menggunakan wang tunai sahaja. Tiada pembayaran secara online, e-wallet, QR code dan sebagainya.
  4. Sebelum datang pastikan perut di isi terlebih dahulu untuk bekalkan tenaga jalan-jalan sebab tempat ni besar ye. Jangan datang dalam keadaan lapar nanti baru separuh jalan dah nak keluar, rugi bayar tiket. Jika makan dahulu boleh jimat untuk membeli makanan. Makanan dan minuman yang dijual bukanlah murah. Jika ada bajet lebih tak ada masalah.
  5. Boleh bawa bekalan air. Jika penat boleh berehat dan minum air.
  6. Bawa portable kipas angin, confirm akan berpeluh bila turun naik tangga dan berjalan jauh.
  7. Sila pakai pakaian yang fabriknya tidak panas dan selesa
  8. Pakai pakaian yang cerah untuk lebih nampak jelas dalam gambar
  9. Jika berkerusi roda atau bawa stroller, laluannya agak terhad sebab ada banyak bahagian menarik ada tangga dan laluan agak curam sikit.
  10. Pakai kasut atau selipar yang selesa. 
Ada lagi? Sila tambah dalam ruangan komen.

Luna Lights Wonderland 2.0 mula Tour Malaysia 10 Stesen / Negeri 

Stesen 1 : KEDAH

Lokasi :  Darulaman Park, Jitra Kedah
Tempoh dibuka : Khamis, 18 Mei 2023 (Khamis) - Sabtu, 24 Jun 2023

Stesen 2 : NEGERI SEMBILAN

Lokasi :  Royal Gallery Tuanku Ja'afar
Tempoh dibuka : Jumaat, 25 Ogos 2023 sehingga Ahad, 24 September 2023

Stesen 3 : PENANG

Lokasi :  Vision Park, Bertam Perdana, Kepala Batas
Tempoh dibuka : Jumaat, 27 Oktober 2023 sehingga Ahad, 26 November 2023

5 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.