Ubi Rebus Dan Sambal Tumis Cili Api Terpedas
Balik dari kampung haritu, mak bekalkan seketul ubi kayu saiz panjang lengan untuk di bawa balik. Seketul? Betul ke penjodoh bilangan tu? Tiba-tiba rasa macam Bahasa Melayu gagal.
Mulanya macam malas nak bawa sebab yang makan saya sorang je. Lepas tu, fikir-fikir bawa je lah. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak.
Sudahnya saya masak semula, tambah air dan tambah gula sikit. Kuranglah sikit pedas dia. Orang yang pempedas ni pun tak tahan, apatah lagi yang kurang makan pedas. Bukan main-main tahap pedas cili api dia.
Bila dah kurang pedas sikit, barulah kita dapat menikmatinya dengan aman sikit tanpa berulamkan air. Sesetengah tempat makan ubi rebus dengan kelapa parut dan gula. Saya belum pernah cuba lagi cara makan macam tu.
Makan dengan sambal tumis cili api juga yang menjadi pilihan utama.
Buat ubi rebus cicah sambal tumis cili api pedas pun sedap juga untuk minum petang. Makan sorang-sorang pun soranglah kan. Encik suami dah tak minat ubi rebus nak buat macamana. Ehhh... Ubi getuk makan pula. Pelik betul.
Bawa dari kampung hari Ahad, hari Jumaat baru sempat saya rebuskan. Punyalah lama peram ubi kayu tu. Mujurlah juga masih elok. Tak ada bahagian yang rosak lansung. Rebus sampai empuk dan lembut. Sedap betul ubi kayu rebus cicah sambal tumis cili api!
Sambal tumis, saya tumiskan bawang merah rose dan cili api je. Ikan bilis saya goreng dulu biar rangup, akhir sekali baru gaulkan sekali. Perasakan dengan garam, gula dan letak asam keping. Tahu-tahu sambal tumis cili api saya terpedas lah pula. Pedas berapi! Bukan pedas biasa-biasa.
Sudahnya saya masak semula, tambah air dan tambah gula sikit. Kuranglah sikit pedas dia. Orang yang pempedas ni pun tak tahan, apatah lagi yang kurang makan pedas. Bukan main-main tahap pedas cili api dia.
Bila dah kurang pedas sikit, barulah kita dapat menikmatinya dengan aman sikit tanpa berulamkan air. Sesetengah tempat makan ubi rebus dengan kelapa parut dan gula. Saya belum pernah cuba lagi cara makan macam tu.
Makan dengan sambal tumis cili api juga yang menjadi pilihan utama.
Ubi kayu rebus cicah sambal tumis cili api panas-panas di lawankan dengan kopi O kaw memang mantul! (mantap betul). Kann...
Sedapnya
ReplyDeleteSedap ya amat!
DeleteUbi rebus..!! Hhmm kena cari ni, sedap sangat nampak tu.
ReplyDeleteIkut selera saya kira sedap dah ni. Selamat memasak dan menjamu selera nanti.
DeleteBetul tu.. Ubi rebus ni kalau dpt cicah dgn sambal tumis ikan bilis ni perghh sedap hahaa.. Haishh lapar dh pagi2 ni kat ofis..
ReplyDeleteMemang sedap gandingan dua ni. Makan tak pandang kiri kanan dah! alamak, ampunnnn…
DeleteMenggoda selera sungguh rupa ubi rebus dan sambal Fiza ni 😋
ReplyDeleteAkak makan dua-dua cara, dengan sambal tumis dan kadang dengan kelapa parut.
Dengan kelapa parut tu belum berkesempatan nak cuba. Asyik kalah dengan sambal je
DeleteSedap sungguh nampaknya tu !
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap jika diikutkan selera sendiri.
DeleteTerlebih pedas ye sambal tumis cili apinya. Memang potong selera tu kalau terlampau pedas. Temankan dengan kopi o kaw memang mantul! Saya suka makan pedas lawan dengan minuman panas. Pedas melelah tapi kejap jew hilang pedasnya. Makan ubi rebus cecah kelapa parut letak garam / gula pun sedap Fiza.
ReplyDeleteA'ah..terlebih pedas pulak saya letak cili api. Terlampau pedas melampau memang patah selera nak terus makan. Dah adjust baru ok. Ngam betul dilawankan dengan kopi o panas. Kurang sikit pedasnya tu nanti. Entah bila nak cuba makan dengan kelapa parut garam/ gula. Hihi...
DeleteHehe berapa lama Fiza kena habiskan ubi kayu itu? Banyak juga kalau seorang kena makan.
ReplyDeleteSehari je habis dah kak. Makan ulang ulang pagi tengahari petang habis dah. Hihi...
Delete