Makan Malam di Waronk D Tasek Seremban
Lepas settle bagi hadiah dan jumpa kak Suria Amanda, kononnya nak pergi menjamu selera di Richiamo Coffee di Cattleya Senawang. Sebab haritu kecewa semua cawangan tutup masa nak sambut wedding anniversary. Sekali tutup daa...
Lewat dah kot, pukul 10 lebih. Richiamo Coffee tutup pukul 10 rupanya. Takpelah, tak ada rezeki nak berRichiamo Coffee sekali lagi. Teringat ada tempat makan menarik di Seremban, Waronk D'Tasek Seremban yang viral katanya.
Waronk D'Tasek ni di Taman Rekreasi Air Seremban di Taman Tasik Seremban.
![Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjivwEv1wC558uwP32GBK6gFTGI88rIqk2J3ei7R3WtPHT4i_b_ia4BaMj-OBX015PoN6uIjH7JjfEY-VVDTbL830LmubU7YiQNglaPBea3u04H4EH7SBQz5cz9cUVlvUWt7QxTtqFXrSSD8o7O1myJOc3ufu5-Ljlg6ABJTgpTiULl-9ssQJgm0ySDxcIT/s16000-rw/Waronk%20D%20Tasek%20Seremban%20Banner.webp)
Kita pun pergilah menuju terus ke sana. Tempat makan ni menarik sebab tepi tasik. Kalau datang petang boleh beriadah dan naik bot kayuh di tasik tu.
![Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCql49ZGPACYt_7idlfOOk3hHd7MME0SLu4S2-Sl3LRuvOyWi0v2SbNViIDPAI7bos35TrV5YxWBMvcf7wurV0ZmU2tWU1DxFqb4VO-CX51i7kcByX5SucCa-8-Vb2qxg4pG357QcZwQZqz2XfMjd5FrbUy9bQYxpGDON1QCBLnEwKgpSGoxy7xYMrW6nb/s16000-rw/Taman%20Tasik%20Seremban.webp)
Tempat dah menarik tapi bab parkir agak failed ni. Kami tengok ramai parkir di tepi jalan depan masjid negeri tu sebab warung tu seberang masjid je. Kalau malam tu okaylah jalan tak sibuk. Petang petang tu tak sure mereka datang parkir di mana. Takut nanti kang tiba tiba dapat surat saman je.
Ruang Waronk D'Tasek ni menarik betul. Sambil menikmati makanan boleh layan permandangan tepi tasik. Tapi malam-malam ni kita menjamu makanan je lah. Tak ada aktiviti naik boat ke apa. Itu waktu siang je sampai pukl 7:00 malam.
Meja kerusi di sini ada pelbagai jenis. Pilih je mana yang selesa untuk kita.
![Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjoAGQFGvUj3BesJ5Olxevetlu4TcmR2-qyv_gT6f-U4lrFTfi9F0kUlQrGLpbLg8H4JdGZxX8HWEqCaYVRqfBSbiQDZzQign4ZoJUxI94sdyCLj4l6uuWPr4uZjBPbbkQbV_95HNMJHXCFhKq2xJ_UY5G1auvdtKWuF1nO7-b-eXnUzgN_-7HTLnl7gSKY/s16000-rw/Waronk%20D%20Tasek%20Seremban.webp)
Disini kena buat pesanan di kaunter. Boleh bayar terus atau bayar kemudian. Saya pesan air sirap laici dan encik suami pesan lemon ais. Makanan pula kami pesan chicken black pepper dan nasi goreng ayam boncoi. Tak pasti boncoi tu apa maksudnya. Bayar terus di kaunter lebih mudah.
Tak lama duduk, pesanan air pun sampai. Walaupun macam ramai orang sikit, laju juga pesanan air sampai. Tak lama lepas tu nasi goreng ayam boncoi pun sampai. Hmm..sedap! Mujurlah sedap.
Dapatlah mengubati kepedihan perut yang lapar masuk angin sebab lambat makan malam. Cukup rasa nasi gorengnya. Kalau nak repeat pesan ni boleh sangat. Ayamnya saya lupa nak jamah. Jadi tak tahu rasanya macam mana.
![Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhiJymX6hCzghifkC3QUtGp9dPwucg7xLPhobSLCqQp5zmzqJWw7j0iVlhBQIKeDrQbNwaTuiNOl9BXTiDS7eQ59BHvoFNCRcBZJ8e0T8BAOtSxyJBW9RZOHIvWXrv--biJlYHpyv7bg1QHsSGNKgB8pk0-08C7WSnN6bsSONSZg-2bjUZh4jCm-d3E8YXc/s16000-rw/Waronk%20D%20Tasek%20Seremban-Nasi%20Goreng%20Ayam%20Boncoi.webp)
Beberapa minit kemudian, ayam black pepper saya pun sampai. Boleh tahan sedap juga. Disebabkan lapar, kita bedal sampai licin pinggan. Suka dengan sos black peppernya. Creamy nyummy! Tapi kalau rasa black pepper tu lebih sikit mesti lagi ngam.
Ayamnya juuicy dan rangup. Salad dan sayur tu kalau lebihkan sikit okay kot kan. Brokoli pula memang dihidang fresh. Saya suka kalau brokoli di rebus atau celur dulu lagi bagus. Lembut sikit nak makan. Gigi dah tua, almaklumlah!
![Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban Makan Malam di Waronk D'Tasek Seremban](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhnn0HuxbSHbVpvZOX5Gw37s_qZ8STgOB0qjigDV65U-_ilnY7DjCBxmUvHJ63qnYKea91-c3lfvjPeUJLdQxGbY2xner2ntrmR1039hG6WfHApG6UzVXRE5mWKh2DLdYKhXtbgRjAwGBw6YeIg77Ad0_nofjVziRge7m7QrVfS75uY5N-tLpJWs_ynlClj/s16000-rw/Waronk%20D%20Tasek%20Seremban-Chicken%20Black%20Pepper.webp)
Perkhidmatan Waronk D'Tasek ni bagus sebab serba serbi cepat. Owner kedai pun pantau mana-mana meja yang masih belum dapat makan atau minum lagi. Servis laju. Harga dan makanan pula seiring. Patutlah viral dan ramai orang datang.
Wah..ni port MA lalu masa jogging ni...amik bau je .. sedap ek? Leh la cuba nanti
ردحذفOh ye? Selalu jogging sini ye. Sini sentiasa meriah dengan ramai orang beriadah kan. Next time cubalah nasi goreng boncoi tu, sedap!
حذفSedapnyaa nasi goreng
ردحذفNasi goreng ayam boncoi tu memang sedap.
حذفCantik tangkapan gambar di tepi tasik malam²
ردحذفReflection dari tasik tu yang membuatkan gambar sesiapa juga jadi cantik. Terima kasih.
حذفSaya tertarik lihat nasi goreng ayam boncoi nya 😄. Penasaran juga nak tahu arti boncoi 😅.
ردحذفTapi dilihat dari foto, keliatan ayamnya juicy, tak kering, nasi goreng pun tipe kesukaan saya, tak pakai kecap. Saya lebih suka putih begitu.
Masalah parkir memang hrsnya jadi masukan utk semua tempat makan. Parkir yg susah, pastilah buat customer mikir berkali2 untuk datang lagi
Ya, rasa curious nak tahu apakah boncoi tu kan. Saya pun suka jenis nasi goreng begini. Parkir tu kalau ada ruang parkir lebih bagus rasanya dan lebih selamat.
حذفVeiw cantik.. Service bagus mmg best la.. Kalau balik kg wife boleh singgah ni
ردحذفView dia memang menarik. Service cepat. Bolehlah singgah nanti.
حذفSaya pun tertarik dengan nasi ayam goreng boncoi tu.
ردحذفPak Google pun tak dapat berikan jawapan maksud boncoi hehehee.
Itulah tu. Nanti kena tanya tuan punya kedai kalau berkunjung lagi ke sini. hihi...
حذف