Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir (TV9) Lakonan Shuib Sepahtu

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir (TV9) Lakonan Shuib Sepahtu

Telefilem/ Telemovie Bini Aku Hantu Langsuir bersiaran pada 20 Oktober 2023, jam 8:30 malam di slot skrin di 9 TV9 dan online di Tonton.

Pertama kali telefilem ini ditayangkan pada tahun 2013 yang telah mencatat dan memecahkan rekod sejarah slot Skrin Di 9 selepas berjaya meraih 1.6 juta penonton.

Bini Aku Hantu Langsuir sebuah telefilem komedi seram arahan Jamal Khan lakonan Shuib Sepahtu, Nur Risteena, Tasha Shila dan Hairi Safwan sebagai pelakon utama. Skrip ditulis oleh Haslizawaty Hassan dan diterbitkan oleh syarikat produksi Zeel Production Sdn. Bhd.

PELAKON DAN WATAK

  • Shuib sebagai Shuib
  • Tasha Shila sebagai Seri
  • Nur Risteena sebagai Saleha
  • Hairi Safwan sebagai Sarip

SINOPSIS BINI AKU HANTU LANGSUIR

Mengisahkan tentang Shuib, seorang penoreh getah yang memaku leher langsuir untuk dijadikan isteri setelah gagal berkahwin dengan bakal isteri pertamanya.

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir (TV9) Lakonan Shuib Sepahtu

Kisah bermula apabila Shuib menjadi murung dan kecewa apabila kekasih hatinya Saleha berkahwin dengan lelaki lain.

Semasa Shuib dilanda kesedihan, timbul pula kekecohan tentang hantu langsuir di kampungnya. Shuib terpedaya dengan kata-kata orang kampung yang mengatakan jika hendak menukar hantu langsuir kepada manusia, perlu memahat paku panjang di tengkuk hantu langsuir itu! 

Suatu malam, Shuib tekad mencuba dan berjaya memaku tengkuk hantu itu. Keesokan harinya Shuib didatangi oleh seorang wanita cantik bernama Seri yang mahu meminta pekerjaan sebagai pembantu rumah.

Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir (TV9) Lakonan Shuib Sepahtu

Tanpa pengetahuan Shuib, Seri yang dikahwininya dan juga pembantu rumahnya adalah hantu langsuir yang telah dipakunya tempoh hari. Tapi rupa-rupanya itu semua hanyalah mainan mimpi Shuib!

Tonton kisahnya dalam Telefilem Bini Aku Hantu Langsuir di TV9 pada 20 Oktober 2023, jam 8:30 malam.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.