Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) 2023
10 Oktober adalah sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day) yang disambut setiap tahun. Sambutan ini pertama kali disambut pada tahun 1992 atas inisiatif Persekutuan Kesihatan Mental Dunia iaitu sebuah organisasi kesihatan mental global dengan ahli di lebih 150 negara.
PINKtober sinonim dengan riben merah jambu, manakala kempen sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia menggunakan Riben hijau sebagai simbol kesihatan mental antarabangsa.
Sedia maklum, kita dapati banyak kes yang berlaku di media sosial yang melibatkan masalah mental dimana manusia kini sukar mengawal emosi. Mudah emosi sehingga bertindak di luar kawalan. Kes keganasan, pergaduhan, penderaan, kemurungan yang boleh membawa kepada insiden bunuh diri.
Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku. Antaranya, tekanan hidup, trauma, penderaan, kurang sistem sokongan dan sebagainya. Asasnya, perhubungan sosial dengan ahli keluarga yang bagus dan saling menyokong dapat menjadi pelindung kepada kesihatan mental seseorang individu itu.
Apabila seseorang itu keseorangan, berasa sunyi lebih mudah memudaratkan kesihatan mental. Jadi, pentingnya menjaga kesihatan mental untuk hidup yang lebih sihat. Setiap individu perlu menangani masalah tekanan hidup dengan bijak. Bersikap terbuka, amalkan gaya hidup yang seimbang. Bagi orang Islam, kembali kepada agama adalah antara kaedah pemulihan yang terbaik.
sumber : bharian
sumber : Menteri Kesihatan Malaysia |
Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran umum tentang kepentingan serta menjana sokongan tentang aspek-aspek penjagaan kesihatan mental.
Tema Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023/World mental Health Day theme 2023
Tema sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023 ialah Kesihatan Mental Adalah Hak Asasi Manusia Sejagat (Mental health is a universal human right)Ia membawa maksud, setiap anggota masyarakat iaitu setiap individu perlu bersama-sama menjaga, memberi pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan memacu tindakan menggalakkan serta melindungi kesihatan mental yang sebenarnya hak asasi manusia.
Hasil daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 mendapati berlaku kemerosotan dalam kesihatan mental golongan remaja pada masa kini. Satu daripada lapan remaja pernah terfikir untuk membunuh diri dan satu daripada empat remaja mempunyai masalah kemurungan.
Banyak faktor yang menyebabkan ini berlaku. Antaranya, tekanan hidup, trauma, penderaan, kurang sistem sokongan dan sebagainya. Asasnya, perhubungan sosial dengan ahli keluarga yang bagus dan saling menyokong dapat menjadi pelindung kepada kesihatan mental seseorang individu itu.
Apabila seseorang itu keseorangan, berasa sunyi lebih mudah memudaratkan kesihatan mental. Jadi, pentingnya menjaga kesihatan mental untuk hidup yang lebih sihat. Setiap individu perlu menangani masalah tekanan hidup dengan bijak. Bersikap terbuka, amalkan gaya hidup yang seimbang. Bagi orang Islam, kembali kepada agama adalah antara kaedah pemulihan yang terbaik.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2023, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru orang ramai menghentikan segala stigma mengenai masalah kesihatan mental.
Banyak orang tak paham kalo mental yg sakit butuh pengobatan.rata2 mereka hanya menjudge, kurang iman, kurang belajar agama etc. Padahal orang orang itu butuh pengobatan di tangan yg tepat. Dan banyak juga yg malah memvonis, seseorang sakit mental = gila, apalagi kalo ketauan berobat ke psikiatri.
ReplyDeleteZaman sekarang, harus ubah mindset. Bahwa sakit mental tidak sama dengan gila, dan merekanini butuh support dari keluarga dan teman terdekat. Bukan malah di judge,yg berakhir bunuh diri Krn merasa tak ada yg peduli :(
Ramai yang fikir mental tu gila kan. Tapi sebenarnya tak sama. Sakit mental perlu rawatan yang teratur dan sokongan daripada keluarga dan juga masyarakat. Ya, orang suka judge tanpa memahami situasi. Perlunya awareness supaya masyarakat lebih faham.
Delete