Sarapan Lontong Dan Nasi Lemak di Warung P. Ramlee Buloh Kasap

Cerita minggu lepas lagi. Banyak betul ye cerita tertangguh. Taip padam taip padam. Begitulah kalau mood nak bercerita tu tak sampai lagi.

Minggu lepas balik Johor. Dapatlah kita bersarapan lontong kegemaran di warung P. Ramlee Buloh Kasap. Warung ni popular sekitar tahun 80-90 an.

Pemilik warung ni mak kepada ex schoolmate saya dan juga ex-blogger. Tapi sekarang dia tak aktif dah. Jarang sekali dapat jumpa dia sebab bukan balik kampung dalam waktu yang sama kan. 

Haritu kebetulan balik kampung waktu pagi. Biasanya balik malam. Kalau balik malam, for sure akan singgah di Bunga 59 Cafe. Balik waktu pagi ni dapatlah kita sarapan lontong di Warung P. Ramlee ni. 

Saya pesan lontong, encik suami pesan nasi lemak dengan sambal kerang. Saya pilih air suam je sebab baru lepas minum air kopi semasa dalam perjalanan. Encik suami pesan air milo.

Lontong bersama dengan kuah kacang dan sambal tumis. Sayur banyak lagilah saya suka! Rasa kuah lontongnya sedap, just nice rasa dia. Kenalah dengan selera saya. Dah berkali-kali beli disini pun. Kadang tapau je.

Sarapan Lontong Dan Nasi Lemak di Warung P. Ramlee Buloh Kasap

Nasi lemak pun sedap. Lepas tu tapau 2 bungkus nasi lemak sambal kerang asing untuk makan tengahari. Balik rumah mak tak payah masak dah, boleh rehat-rehat.

Sarapan Lontong Dan Nasi Lemak di Warung P. Ramlee Buloh Kasap

Kot ada tersinggah di Segamat tercari-cari tempat makan sedap sarapan pagi bolehlah singgah makan di Warung P. Ramlee. Sedap dan harga berpatutan. Pagi-pagi ramai yang datang makan tak kira kaum. Biasanya berniaga sampai tengahari je kot kalau tak silap lah.

Lokasi Warung P. Ramlee Buloh Kasap

Lot 3298, Kampung Tandong, 85000 Buloh Kasap, Johor

6 comments:

  1. alahai nampak sedap betul nasi lemak tu..walaupun dah buat da nasi lemak kat sini, tapi tak lengkap sebab tak ada kacang..belum jumpa dan malas nak mencari haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap nasi lemaknya Cik Sun. Semoga jumpa nasi lemak yang lengkap.

      Delete
  2. Dua-dua menu tu saya suka!
    Lontong tu dia punya sambal, memang padu betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama fav kita kak Amie! Nikmat betul dapat sambal melimpah gitu.

      Delete
  3. Woww..Kalau ke Segamat, nak singgah lahh 🤩

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.