Selamat Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia

Selamat Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia! Hari Sukan Negara 2023 tahun ini jatuh pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 yang disambut pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara sudah tentulah dipenuhi dengan aktiviti sukan yang menarik. Sambutan HSN2023 diadakan di setiap negeri seluruh Malaysia, boleh semak senarai lokasi dan jadual di peringkat kebangsaan dan negeri yang berhampiran dengan lokasi masing-masing.

baca juga
Senarai kokasi dan jadual sambutan Hari Sukan Negara 2023 Malaysia peringkat kebangsaan dan Negeri

Selamat Hari Sukan Negara 2023 (HSN2023) Malaysia
kita throwback je lah dulu ye. Nak kena seru semangat hiking datang semula ni

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan pelbagai program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan bermula 13 hingga 15 Oktober 2023.

Hari Sukan Negara bertujuan merakyatkan dan membudayakan sukan sejak penganjurannya pada 2015. Dan tema Hari Sukan Negara 2023 ialah #FitMalaysia. Jom bersukan dan amalkan gaya hidup sihat. Majulah sukan untuk negara!

Cakap pasal sukan, Tahniah Skuad Harimau Malaya layak ke pentas akhir Pestabola Merdeka 2023 selepas menang 4 - 2 menentang Skuad The Blue Tigers, India malam tadi.


Pasukan Malaysia akan menentang pasukan Tajikistan pada 17 Oktober 2023, hari Selasa di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Sempena sambutan Hari Sukan Negara 2023, banyak aktiviti run dijalankan. Maka, banyak juga jalan yang akan ditutup. Harap maklum.

4 comments:

  1. Apaa..Banyak jalan ditutup...jeng jeng jengg... Selamat Hari Sukan Negara..saya pun dah lama tinggalkan zaman hiking ni...Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, dengar macam tu lah. Untuk run je kot.
      Selamat Hari Sukan Negara.
      Hihi..samalah pulak.

      Delete
  2. Beda hari ternyata hari sukan Malaysia dengan indonesia . Kalo di sini 9 Sept kak. Tapi jujurnya saya memang tak mengikuti apa ada event atau perayaan di tgl tersebut. Kok perasaan saya sama saja dengan hari biasa 😅😅. Bisa jadi memang saya yg tak mengikuti beritanya. Krn tak terlalu digaungkan seperti di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh disana awal sikit dari sini. Hihi..faham faham...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.